Tuesday, 22 May 2012

The Time has Come


Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Sedar tak sedar peperiksaan nak dekat dah. Baru nak sedar betapa banyak masa terbuang sebelum nie dek kerana ligat bermain dan kurang study untuk peperiksaan. Memang betul pun, nikmat yang paling kita tak nampak dalam kehidupan kita adalah nikmat MASA LAPANG dan KESIHATAN. 

Sabda Rasulullah s.a.w "Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang." 
Al-Bukhari

Bukan nak cakap panjang lebar, cuma nak cakap, bersegeralah, bersegeralah, bersegeralah dalam setiap perkara yang kita buat. Jangan berlengah lagi. 
p/s: Tadi masa google hadis kat atas tu, terjumpa dengan artikel ni dan video nie. Mungkin sedikit sebanyak dapat beri idea tentang bagaimana untuk menggunakan nikmat Allah yang kita tak nampak ni dalam kehidupan seharian.

Lagi satu, nak cakap pasal USAHA. Hari tu, semasa atuk saya menelefon, saya mengadu pada atuk. Takutnya atuk, exam nak dekat nie... Tapi atuk jawab.. La, buwat apa nak takut. Beranikan diri nak jawab exam. Bila fikir-fikir balik, memang betul pun. Result kita dah tertulis pun dan apa yang Allah nak tengok sekarang adalah usaha kita. Jadi, apa yang kita boleh buwat sekarang adalah cuba yang terbaik dengan usaha yang terbaik. InsyaAllah, dengan izin Allah, kita boleh. 

Tapi kalau dengan izin Allah juga kita tak berjaya, janganlah bersedih kerana...
Tanpa kita sedari, itulah yang terbaik untuk kita. Segala usaha kita bukan sia-sia kerana kita dah niatkan pada Allah, InsyaAllah.

Nota hari ini: Mungkin saya bukanlah yang terbaik untuk beri nasihat ini. Tapi nasihat ini untuk diri saya lah. Ambil yang baik dan tinggalkan yang buruk. 

Nota hari esok: Cuba untuk bersyukur dengan kedua-dua nikmat tersebut dengan bangun pagi setiap hari menyebut Alhamdulillah atas segala nikmat yang kita tak sedari itu. 

Nota hari-hari: There's no such thing as free time for a Muslim. There's a lot of thing that we need to do in this world. Above all, worship Allah would be first. Always say zikrullah. Then, u'll remeber Him always and you realize that u're not wasting your time.

3 comments:

  1. yea mmg pun terlalu rasa banyak masa,tp masa tue cepat ja berlalu& tnggalkan kita..goodluck!!azza azza fighting

    :baru ja nk habis exam...hehe

    ReplyDelete
  2. goodluck exam! buat yg terbaik :)

    banyak2 berdoa, solat hajat supaya Allah permudahkan nak jawan exam ye :)

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^