Sunday, 16 December 2012

A Day Out in -16 degree Russian Winter!

Lets go out for a while and learn about Russian Winter...

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera...

Suhu hari ini -24 darjah selsius. Musim sejuk sebenar di bumi Russia telah tiba! Ye. Sebelum ini hanya lah sekadar permulaan dengan suhu 0 hingga -10. Tapi hari ini dan selanjutnya di minggu ini akan menjejaki -20 dan ke bawah. Wah! What to wear? How to go to class? Because we just used to it, and there's not gonna be cancellation on class due to the weather eventhough it reaching -40 degree.

Jadi, jumaat lepas dengan suhu -16, teringin juga keluar selepas seminggu bergelut dengan cycle yang susah bagi saya. Some people may like the neuro cycle, but definitely not me! Entah, hati ini terasa ingin menjejakkan kaki ke pusat membeli-belah terdekat, namun tetap mengambil masa 40 minit untuk sampai ke sana. Dalam pukul 6 petang, keluar dari rumah, dan tunggu di stesen bus berdekatan. 

Ingat nak naik bas T17 dan bayar 20 ruble (RM2.00)  untuk sampai terus ke Fantastika, tapi tiba-tiba bas nombor 2 sampai. Tak perlu keluarkan duit dan tunjukkan Student's bus pass je sudah mencukupi. Yey! Nasib baik dalam bas ada heater, oh ya, antara waktu yang paling ditunggu-tunggu setelah sampai ke stesen bas adalah waktu naik bas. Dalam bas sangat warm, sedangkan kat luar macam dalam peti sejuk. Grrr....

Things you can do inside the bus's window. #art 

Tada... dah sampai! 
Btw, snow tahun ni sangat tak lebat. Tapi jalan sangat licin sebab penuh dengan ais...

Cara untuk memanaskan tangan paling efficient sebelum terkena frossbite... 
Wakaka.. Mesti tak pernah dibuat orang!

Dan persediaan Christmas pun banyak diletakkan dalam pusat membeli belah. Christmas adalah sambutan terbesar di sini sekali dengan Tahun baru. Tapi, yang berbezanya, sambutannya adalah pada 7 January, setelah seminggu menyambut sambutan tahun baru secara besar-besaran. Yang paling seronok untuk pelajar adalah cuti untuk 10 hari di awal tahun! Tapi lepas tu peperiksaan semester pun bermula.
=.=''

Dan 10 hari tersebut biasanya di isi dengan aktiviti sesama pelajar. Ice-skating, ski, snowboarding, dan macam-macam lagi. Kalau nak pergi jalan-jalan pun boleh! Yang terdekat adalah jalan-jalan sekitar bandar Moscow, ibu kota Russia.  

 Entering Fantastika through Obi.

Christmas decoration is all out there!  

Oh ya, lupa nak bilang. Pokok christmas pun banyak dijual. 

Tempat favourite untuk masuk walau tak beli apa-apa, terutamanya sewaktu musim bunga - Obi. Ada rumah hijau dan terdapat banyak sangat bunga-bunga segar dijual. Dah penah beli banyak kali dah, tapi pokok-pokok bunga semua pun dah mati tak sampai musim panas pun. Sedih! Nak beli bunga musim ni sangat mahal dan tidak berbaloi. 

Roses in vase!  

Bunga lagi....

Lets continue walking! Banyak sangat kedai-kedai yang best dalam ni. Tapi tak boleh nak lawan dekat moscow la kot. Kat sana lagi banyak. Dalam waktu sekarang, Sale banyak baru bermula. Hanya 30% diskaun boleh didapati. Tapi, melewati akhir januari nanti, semua kedai akan menjual dengan harga yang murah hingga 70%! Murah kan! 

Kedai-kedai berjenama turut akan menurunkan harga dengan murah dek penghabisan stok untuk musim salji yang bakal berakhir. Tapi musim salji di Russia hanya berakhir setelah bulan 4. Sejuknya! Grrrrr... Sewaktu itulah fenomena shop-till-drop bakal berlaku! Murah sangat3!

 Walking through...

 The inside....

Oh ya. Lupa nak bagi tahu. Hari tu jalan sorang je sebab rasanya ada satu masa, rasa macam perlukan kedamaian. Tak nak rush. Tak nak teman. Just need time for my own. To walk. To think through. Dan tiba-tiba terjumpa sale! Kebanyakan baju dan jeans 99 ruble (RM 9.90)! Mungkin kerana kedai tu nak tutup cawangan dia. Dan terus grab banyak jugak baju dan jean! dan baju untuk Sarah pun dah beli untuk bagi waktu summer nanti.
^_^ 

Gara-gara sale ini juga, tiba-tiba cashier cakap, 'anda tinggal 5 minit sebelum kedai tutup'. Tengok jam, yaaaaa, lagi 5 minit sebelum pukul 10? Like seriously? Hostel tutup pukul 11 malam. Nak balik ambil masa 40 minit kalau dapat bas terus. Jalan sorang-sorang in the middle of the night? Tiba-tiba takut! Oke, relax. Pegi bayar baju dulu, lepas tu rush ke stesen bas. Nasib baik lagi skali bas nombor 2 tidak menghampakan harapan. Sampai tepat pada masanya!

Me in lacey peplum and favourite wedges boots!

That's all for now.
Will update something in a short time. 

2 comments:

  1. oemmgeee bestnyee shopping !! nak jugak nak jugak ! :P

    ReplyDelete
  2. salam babe.....lama tak melawat ur blog..hehe
    * suke tgk header ur blog tu...;-P

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^