Saturday, 1 December 2012

Kerana Salji itu cantik!

Adila, Karen, and me... 
When the snow fall...

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Tak rasa nak tulis sangat. Cuma rasa nak share perasaan seronok tatkala salji turun and membanjiri bumi Nizhny. Yup. The true Russian Winter is here. Dengan suhu -10 degree pada hari ini dengan ribut salji. Muka pun rasa macam kena hujan tatkala menaiki motosikal dengan had laju 90km/j. Oke. Pedih. Jerawat pun boleh hilang macam tu. 

Tapi musim ini juga yang ditunggu-tunggu. Kerana tatkala terjaga di pagi hari, dunia seperti putih dan suci dari sebarang kotoran. Sedar atau tidak, kotoran yang tanpa sedar dibuat oleh manusia juga. P/s: Bukan cakap tentang kotoran dari segi luaran sahaja. Kotoran dari segi dalaman dan rohani. #self-reminder

Kerana salji itu cantik. Janganlah kotori ia lagi dengan sebarang kotoron degil yang sama. Dan di pagi hari, ia digantikan dengan lapisan salji yang baru. Stop and think for a while - If you understand what I mean. Setiap pagi kita diberi peluang yang baru. Sedarlah, dan gunakan peluang tersebut sebaik mungkin. 

Oh ya! Baru terima bungkusan parcel dari Malaysia semalam. Alhamdulillah! Penuh dengan segala makanan jasmani yang made-in-Malaysia. Paling kempunan nak minum susu soya 3-in-1 dan makan maggi kari. Sampai-sampai parcel sahaja, terus buka dan cari mereka. Slurppppp... Selamat dimakan dalam perut sudah! 

Dan maggi Asam Laksa hanya dijual di Malaysia sahaja! 
-Istanbul Aku Datang- 

Last update. Baru beli tiket kapal terbang ke Istanbul. Seriously, Istanbul Aku Datang! Tak balik Malaysia musim sejuk ni. Melancong Istanbul pun jadilah. Tak sabar. Tak sabar. Tak sabar! Tinggal nak tempah hotel dan pengankutan untuk hari pertama. Selanjutnya diselesaikan oleh Travel Agent.

That's all for now.
Thank you for readin'

Nota hari ini: Baru tengok muvie Istanbul Aku datang. Beli tiket ke Istanbul. dan bakal bermimpi tentang Istanbul. Dah tiba masanya untuk melawat negara Islam. 

Nota hari esok: Gymnasium yuk!

Nota hari-hari: Stay away from sins, big and small. Repent and don't repeat. Even a large ship will sink from a small leak if left unfixed. 

1 comment:

  1. my god !! aku pon tgk cite tu smlm wehh..wahh dah beli tiket tuu..untunglaa jalan2 lagi :P

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^