Saturday, 29 December 2012

Travelog: Amsterdam. City of Surprise!

Amsterdam, Netherlands. 
Walking through the street.

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera...

Pernah minum susu Dutchlady tak? Kat sinilah origin  susu Dutchlady tu! Oke. Tau la kilang dia kat Malaysia, tapi perkataan Dutch lady itu membawa maksud lady from Netherlands or Holland. Yup. Netherlands dan Holland adalah negara yang sama. Saya pun mula-mula tahu masa pergi trip jalan-jalan ni. Banyak sangat pengalaman kalau pergi jalan-jalan kat negara orang. So, lets travel!

Amsterdam, Netherlands
City of surprise? Why? Kejutan buat saya sahaja rasanya. Itulah akibat tak buat research tentang tempat yang nak pergi. Asek ikut senior je kan tanpa membuat kajian sendiri. Yes, its something different. Bandar ini membenarkan sesuatu yang illegal di negara lain, iaitu penggunaan weeds and prostitution. Jadi terdapat banyak sangat-sangat coffee shop with mushroom cupcakes. And also lollipops with weed are selling fast and everywhere here. If you know what I mean. 

Mungkin ia juga terkenal sebagai City of entertainment di kalangan sesetengah orang, kerana apa yang tidak dibenarkan untuk dilakukan di negara masing-masing, dibenarkan di sini. Undang-undang bandar ini sangatlah berbeza dengan negara lain. Masa tu baru tahu kenapa my dad keep asking me to be careful there. Its totally upside down to the world we know. So, lets go around the city.

1st Picture in Amsterdam. 
At the junction in the middle of the city.

I think this is the most important monumen here. 
But I can't recall its name. It'd been 3 years already.

Jadi, sampai bandar ni agak awal pagi dalam 4 atau 5 pagi, menaiki bas Euroexpress dari Paris. Tiket semua beli on the spot sebab buat keputusan tentang tarikh nak pergi memang masa kat Paris. Crazy! Its like we just went there and it just happened. 

Hostel yang kami pergi, horror! Situated just on the red light district. Memang untuk backpackers betul. Bukan keadaan/kebersihan hostel yang horror, tapi terkejut dengan keadaan hostel tu sendiri. Oh, we're living just above an irish bar. And must pass through the bar to go upstairs. Tapi pagi tu lepas check-in, terus masuk dan tidur sampai pukul 8 malam sebab penat sangat rush sana sini dekat Paris. Bangun malam-malam, lapar and dining-out together kat luar. Cari je restoran yang berdekatan. 

Hari seterusnya, baru pergi jalan-jalan dekat bandar ini. And manage to buy a pair of boots there for 5 euros only! Masa tu sale  kat kedai apa entah, spotted the boots tapi macam tak nak ambil. Perfect size for me. Just nice. Tiba-tiba ada seorang perempuan comel yang ambil. Omg. Nooooo! Harap-harap dia letak balik, tapi dia pun cuba dan saiz memang just nice untuk dia juga. Please dont buy it, said it in my heart. Dia pun letak balik dan saya terus ambil kasut tu dan bayar kat kaunter. Suddenly, perempuan tu cari balik kasut tu, tanya kaunter kalau-kalau ada kasut macam tu lagi, tapi dah habis. Conclusion: Kalau tengah sale dan murah, just grab it!

New autumn jacket. New boots. New scarf. 
P/s: My favourite jacket till now!

Jalan kaki je. Tak naik basikal pun. 
Its a small city.

Depan museum apa entah. 
Kalau kat Europe, memang banyak sangat patung-patung ukiran di bandarnya.

Torture museum
Tak ada yang menarik sangat pun. Cuma cara-cara yang dilakukan oleh orang dahulu kala untuk menyiksa orang lain atau hamba. Tapi tengok alat-alat yang digunakan, ngeri juga la. Kalau siapa-siapa yang hidup zaman medieval ni dan terkena siksa macam ni, kinda hurt. Dan mereka siksa sampai mati. Itu sangat kejam! Semuanya tinggal sejarah sekarang. 

Walking through the city, terdapat banyak sangat empangan-empangan dan sungai-sungai kecil untuk dilalui. Macam setiap lorong ada sungai mereka sendiri. Sebenarnya nama Amsterdam berasal dari sejarahnya, Amstelreddame, Sungai Amstel yang menjadi empangan untuk bandar ini. Jadi, sepanjang di bandar ini, memang terdapat banyak empangan-empangan kecil untuk dilalui. 


Torture museum. Medieval exhibition.
Kak nad and me.


Kak zahid yang teringin sangat-sangat nak masuk museum ni.
So, just went with it.


I Amsterdam.
Kalau pergi Amsterdam tapi tak tangkap gambar kat sini memang tak sah. Its like Eiffel tower for Amsterdam. hehe. Just kidding. Melampau la tulisan ni nak samakan dengan Eiffel tower. Tapi satu benda nak cakap. Memang penuh dengan orang sampai susah sangat nak conquer satu tulisan yang panjang ni untuk kami sendiri. Kalau tangkap gambar kat depan, kat perkataan belakang mesti ada orang and vice versa. Jadi, cubaan berkali-kali pun bermula.

Melihat keadaan. Macam mana nak fit in.
Fikirkan strategi.

Try untuk fit in kat huruf hadapan dahulu.
Huruf belakang masih penuh dengan manusia.

Cuba conquer dari arah belakang pula.
Tapi nak nampak tulisan apa dari belakang?
=.=''

Finally! Kosong. We'd made it.

Central Park, Amsterdam.
Lepas penat berjalan, masa untuk berehat sebentar di padang yang hijau. Tapi waktu tu sejuk dan basah padang. Tak boleh duduk atas rumput yang hijau yang tak ada kat Russia pada musim sejuk. Apa yang boleh buat hanya rehat atas kerusi dan tangkap gambar pemandangan yang hijau. Yup. Cukup hijau.

The greenish green park.
Spot us here!

Gambar lompat pertama yang menjadi. 
Kat Paris, cuba untuk paling banyak kali tapi tak menjadi. Tapi kat London next year nyer, memang dah mula banyak gambar lompat.

We found this cute lil mini lorry with 3 tyres!

So, this is what we basically do when they read the map.
Taking picture. Nope. Be in the picture! 

That's all for now.
Have a nice holiday everyone!

No comments:

Post a Comment

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^