Monday, 31 December 2012

Travelog: Brussels. City of Rush.

Brussels, Belgium.

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Destinasi terakhir untuk percutian di musim sejuk sebagai tahun pertama - Brussels Belgium. Brussels adalah sebuah bandar yang terkenal dengan chocolate, waffles dan ice-cream. Memang berbeza dengan bandar lain, bandar ini menawarkan makanan yang berbeza dari yang lain. 

Tapi sayangnya trip kami ke bandar ini adalah sangat singkat. Rasanya dalam kurang dari 12 jam kerana jadual bas yang begitu hectic. Jadi, kami hanya tinggalkan backpack dekat stesen bas, dan mulakan perjalanan di sekeliling bandar ini dengan berjalan kaki. 

Lets walk through the city.

1st picture at belgium.
Okay. We dont rilly know what is it...

Waktu sampai kat Brussels, semua macam dah penat. Entah la, bila travel nie, kesian kat bandar terakhir yang dilawati sebab semua orang macam akan dah tak larat dan rasa nak balik. Gambar yang diambil pun sangatlah sikit berbanding bandar pertama yang semua orang pun bersemangat sangat. Jadi, itulah yang terjadi di Brussels. 

Tapi kami masih sempat membeli chocolate yang banyak dan makan bila sampai Nizhny. Sedap! Super duper delicious! Oh ya, gambar dalam kedai pun tak sempat nak ambil. Malas sangat kan! Conclusion: Jangan nak malas ambil gambar dah, nanti menyesal sangat-sangat. 
=.=''

Us. Photo from one side.

Us. Turn around and snap the lazy picture again.

Dan akhirnya, berjalan dengan hala tuju. Mencari Manneken Pis. Macam tempat yang perlu pergi apabila menjejakkan kaki di Brussels. Sebenarnya hanyalah sebuah patung gangsa menunjukkan seorang budak lelaki. Mula-mula ingatkan patung tu besar la jugak sebab macam mercu tanda. Tapi bila sampai je, rupanya kecil je patung ni. 'Dang. Ni je patung yang kita nak cari tu?'

Belgium's flag behind me. I'd been there.

Last picture there. Manneken Pis. 
Down to memory lane.

Perjalanan pulang ke bandar Paris pun bermula. Flight kami dalam tengah hari dari bandar Paris. Tapi perjalanan kami ke sana adalah di waktu lewat malam sehari sebelum. Apa yang terjadi adalah kami terkandas di stesen metro kerana metro telah tutup dan tiada pengankutan ke airport. Omg. Mana nak tinggal kalau macam tu.

Mula-mula decide nak tidur kat kawasan metro je. Kerja gila! Cuaca yang sejuk yang terlampau pada malam tersebut menjadikan kami terpaksa mencari hotel yang berdekatan dan fit-in dalam hotel. Nasib baik jumpa satu hotel di kawasan penghujung stesen metro, dan akhirnya terus tido dalam hotel satu malam sebelum ke pulang ke Nizhny.

At metro station in Paris. 
During night and its cold!

So, that's all my story for 1st year winter break. Will update about 3rd year winter break later.
Thank you for reading
^_^

Nota hari ini: Malam ni malam new year. Tapi tak decide nak keluar untuk tengok bunga api dan main snow. Tiap-tiap tahun pun tak pernah nak pergi. Malas nyer!

Nota hari esok: Selamat tahun baru kepada semua yang membaca :)

Nota hari-hari: Just be yourself. Its worth it. And it makes you happier day by day.

1 comment:

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^