Saturday, 29 December 2012

Travelog: Paris. City of Love.

Eiffel tower, Paris.
31 January 2010

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Cuti tahun baru dah bermula! Semua masa di dunia adalah untuk kami. Mulalah jari-jari terasa nak update tentang semua benda. Sebenarnya memang dah lama sangat nak tulis pasal travelog yang tertangguh dari dulu lagi. Travel trip tahun lepas pun tak tulis lagi. Thinking of finishing it by the end of this year. There's gonna be a lot of travel stories! Lets go to Paris this time...

Paris, France.
Tempat pertama yang saya pergi sejak tahun pertama pengajian di Russia. Entah kenapa dan bagaimana, tiba-tiba pergi ke sana. Waktu tu tinggal dengan senior, jadi Kak Zahid dan Kak Nad pun ajak pergi sekali tiga negara. France. Netherland. Belgium. Rindu sangat diorang! Waaaaa. Semua dah jadi doktor sekarang. Masa itu sangat-sangat la tak tahu apa-apa. Jadi, semua benda pun Kak Zahid yang rancang, Mastermind! Hebat sangat. 

Trip perjalanan lima orang. Kak Zahid, Kak Nad, Halim, Ameerul dan saya. Kak Nad dan saya sangat-sangat teringin nak pegi Paris. Eksaited bukan main! Macam mana entah Ameerul boleh terikut sekali. Macam too sudden. Decision made in a day. Crazy 1st year students. Jadi, pertama kali jejak ke Paris, kota yang ramai sangat orang nak pergi. Tak sangka sangat dapat pergi. Rezeki waktu tu, Alhamdulillah. 
^_^

 Walking through the center of Paris.
Their walking street.

Yeah, sesat jugak awal-awal pergi negara orang... 

Disneylands Paris.
Something miracle. Something different. Something magical! Sangat-sangat cantik. Macam ada kat zaman kanak-kanak. Semua Disney movie and character ada kat sana. Dari Mickey mouse, Minnie mouse, Donald Duck, all the princess was there. Tapi masa tu sempat jumpa Princess Jasmine sahaja. Princess lain tak sempat jumpa pula. And my favourite Princess Aurora from sleeping beauty is not there either. 

Satu hari suntuk di Disneyland! Wonderful day. Tapi yang tak seronok adalah hujan dan salji bersilih ganti waktu tu. Jadi, baju kami lencun basah dengan hujan dan saya tak bawa payung. Conclusion: Sila tengok weather forecast sebelum jalan ke sesuatu tempat dan sediakan payung sebelum hujan. Dan saya beli banyak sangat souvenier kat sini. Nak sangat lawan dengan souvenier yang ayah saya beli dulu kat Disneyland Hollywood. 

The castle, Disneylands.
 Me, Kak Nad, Halim, and Kak Zahid.

 Yeah. Its raining and it pouring on our coat!

 Mickey mouse show was on the road at that time! Great!

 There's a lot of cute souvenier shop in Disneylands. 
And the stuffs are always cute and tempting to buy. 

Walt Disney Studios! Located next to Disneylands.

Moulin Rouge, Paris.
You'll never pronounce it the right way for the first time. Oh ya. Stesen metro dan semua tulisan kat Paris ni, kalau baca dengan sebutan English akan jadi lain sangat dengan sebutan yang betul. Paling lawak masa baca tulisan untuk stesen metro selepasnya, tiba-tiba bila konduktor sebut, terus jadi lain sangat-sangat. And what we can do about it was to laugh at it. Awesome feeling!

Kami sangat-sangat suka jalan dan tangkap gambar kat sini sebab ada satu spot tu, ada kawasan angin bertiup dari bawah. So, its kinda fun and we love it so much! Look at our picture. There's wind blowing from tunnel below. Rasanya jalan kat sini dalam dua kali atau lebih sebab nak tangkap gambar ni sahaja. Owh ya. Waktu tangkap gambar, akan ada ramai orang yang tengok dan beratur untuk naik lepas tu. Segan jugak la sebenarnya. 

 During the day. Enjoying the wind. 


During the night. Still enjoying it. 

Arc De Triomphe, Paris.
Monumen yang ada dekat tengah-tengah kota Paris juga la. Tapi tak tahu sangat sejarah ia. Yang tahu ia adalah antara tempat yang perlu dilawat. Dan Arc De Triomphe ini sebenarnya boleh di jumpai di banyak kota di Eropah seperti di Barcelona, Spain dan Rome, Italy. 

Arc De Triomphe. 
Below it, in the tunnel. 

The monument and the double decker bus.  

Musee Du Louvre, Paris
The art museum. Tapi untuk pelajar medik macam kami yang tak pandai menghargai seni sangat, kami pergi sebab nak tengok lukisan Mona Lisa. Lukisan tersebut terletak agak jauh dalam beberapa meter, jadi nak tangkap gambar dekat-dekat tak boleh. Dan banyak lagi lukisan dan seni dapat dilihat di sana. 

Apa yang unik adalah bentuk museum ini sendiri. Lain daripada lain. Untuk mereka yang hendak ke kota Paris, rancanglah elok-elok kerana ada hari untuk masuk museum ini percuma. Kalau rancang betul-betul dan tengok calendar, mungkin boleh dapat masuk percuma. 


Them. In front of the museum. 

Musee Du Louvre. 

Eiffel Tour, Paris.
Akhirnya! Sampai juga Eiffel tower yang ramai sangat orang nak pegi. Seriously, ia hanyalah sebuah monumen yang diperbuat daripada besi yang boleh dinaiki orang. Kerana bentuknya yang unik dan ianya memang tercatat dalam sejarah, Eiffel tower menjadi sangat terkenal. 

Dan, luckily waktu kami sampai di pagi hari, cuaca sangat-sangat baik! Awan yang berkepul-kepul macam gula kapas mencantikkan lagi monumen ini. And guess what? We climbed the eiffel tower! Like seriously, climbed the stairs till up there. Sangat penat! Inilah akibat pergi dengan budak lelaki dan orang yang aktif, kene ikut diorang panjat Eiffel tower. 

Tapi sebenarnya, Eiffel tower tak boleh naek sampai puncak. Yang boleh adalah sampai tingkat satu dan dua seperti dalam gambar. Lepas tu, tiang yang tinggi-tinggi tu tak boleh dinaiki oleh orang awam. Macam KLCC jugak, orang-orang tertentu je boleh naik sampai tingkat atas. Orang biasa boleh naik sampai jambatan KLCC je kan? Same goes here. 

Walking to Eiffel tower.  

 Us! After climbing Eiffel Tower. Tired! 

That's all for now.
Thank you for reading'

Nota hari ini: Gambar 1st year! Waktu naive sangat. Tak reti pakai contact lense. Tak reti make up. Tak reti pakai selendang. Yang reti pegi jalan-jalan je. Keh3. Upload gambar pukul 3 pagi memang pantas! Tapi internet waktu petang sangat lambat. Grrrr.... 

Nota hari esok: Lot of things to do. Owh ya. Saya start cuti esok! Siapa yang kene datang kelas, teruskan usaha lagi ye :)

5 comments:

  1. salam...kite nak ikut..untung laaa g paris...ahh teringin juga.. like this entri very much..eheheh..

    ReplyDelete
  2. Wahh. Best! Manda rancang nak pi paris juga ni. Nak tumpang tanya sekali. Dulu menginap kat mana ekk? Pastu pengangkutan macam mana? Kena beli pass eaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ingat dah hostel mana Manda, sebab dah lima tahun ke sana. Tapi kalau pengankutan, kami naik metro dia guna pass harian. Kalau kat paris lebih dari 3 hari, ada pass yang untuk 3 hari rasanya. Murah sikit. Dia jual ikut zone. Untuk ke Disneyland, zone dia lain sikit. Beli pass lain untuk Disneyland sahaja. Ada juga bas hop-in tu, kalau nak cuba pun boleh ^_^

      Delete
  3. Whoaa..very useful blog! Plan nak g Paris this year & tgh survey must go places! :D

    ReplyDelete
  4. harap2 satu hari nanti sy dpt jugak pegi paris... :)

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^