Tuesday, 14 May 2013

Guilty Pleasure.

 

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Alhamdulillah. Baru sahaja habis peperiksaan dermatology tadi! Habes sudah tiga peperiksaan untuk semester ini. Nanges terharu! Ingat macam tak larat sangat nak habiskan semester ini masa mula-mula masuk semester. Tahniah group 431-M. We did it! Eh, sabar. Ada lagi peperiksaan menanti di akhir semester. Dan ia merupakan peperiksaan yang besar. Bertahan.

Luahan perasaan seorang pelajar ni mesti tak habis-habis pasal exam kan. Bosan dah. Tapi nak tulis jugak sebab saat ni la yang akan kita akan rindu suatu hari nanti. Jadi, lepas je habes exam tadi, terus rasa nak makan! Lapar. Mana tak nya, sarapan pun tak sempat makan. Takut sangat mungkin?

Punya lah lama nak buat keputusan nak makan dekat mana. Nak makan sushi larh, nak cuba Velvet Cafe larh, Biblioteka, Tubeteka. Semua keluar. Akhirnya, makan dekat Shokoladnitsa yang terletak beberapa langkah dari tempat peperiksaan. Haha. Buat penat je pikir nak naik bas ke tak.

Shokoladnitsa. Kali pertama makan kat sini. Loser nyer! Hehe. Tak kisah. Better late than never rite? Cafe biasa-biasa je sebenarnya. Cuma yang istimewa kat sini mungkin dessert dia. Banyak sangat! Bau coffee kat kedai ni pun best. Tapi sori, tak order coffee pun. Saya bukan peminat coffee. Kalau ice-blended coffee dengan wheat cream boleh terima. Jadi, Amir dan Adila yang order coffee tadi.

Sekarang dah mula nak cuba restoran dan kafe baru. Cuba menu baru dan benda baru. Cuba buat aktiviti yang baru. Tak salah kan kalau sekali sekala cuba sesuatu yang baru? Kadang-kadang ia membuat hidup ini lebih seronok. Tapi jangan cuba benda bukan-bukan pulak. 

 
Today's choice.

My choice - Farfalle in white sauce with mushroom. Yummy! Sedap. Lain kali boleh cuba ye rakan-rakan. Adila pula amek Fetucini with salmon. Amir amek Spiralle in tomato sauce. Oh ya. Semua menu kami sama ada makanan laut, tak pun sayuran. Biasa lah. Tinggal negara orang ni, kene jaga sikit pasal makanan. Jangan lupa, makanan tak halal akan menjadi darah daging dan rosakkan hati kita literally. 

My choice. 
Farfalle - Pasta bentuk riben. Tak ke comel?
^_^

Cakap pasal Pasta ni, meh tambah ilmu sikit pasal pasta. Kalau cari kat wikipedia tak pun google, banyak sangat jenis pasta yang wujud dalam dunia ni. Kalau jenis yang saya makan hari ni bentuk ribbon - Farfalle. Yang jenis empat segi macam kene penyek, tapi panjang macam spagetti - Fettucini. Yang famous selalu orang makan, tapi tak tahu pun ia adalah sejenis pasta berbentuk segi empat - Lasagna. Jenis yang berputar macam skru pulak - Spirale. Macam-macam lagi larh. 

Jadi, kalau lepas ni orang cakap pasal pasta - Ia merangkumi semua jenis, termasuk semua yang disebut di atas. Bentuk riben ke, siput ke, skru ke, empat segi ke. Semua dalam kategori pasta cuma bentuk berbeza. Ada faham?

Warna pasta. Yang ini mungkin ikut restoran. Ataupun ikut paket yang kita beli kat kedai. Kalau yang murah dan kurang kualiti sedikit - mungkin mereka gunakan pewarna untuk jadikan pasta warna hijau, oren, hitam dan sebagainya. Tapi kalau yang sebenarnya di restoran mewah, warna Hijau - mereka gunakan Bayam atau Spinach yang Popeye makan tu. Oren - Tomato dan lobak merah. Hitam - Yang ini sangat istimewa guna squid ink. 

Dan akhir sekali, makan dessert - Chocolate Fondue. Yang ni seronok kalau makan ramai-ramai sebab sambil makan sambil borak. Dah kenyang makan pasta, boleh makan strawberi dan pisang cecah chocolate dengan hati riang. Dan perut pun buncit serta kalori yang makan pun jadi dua tiga kali ganda. Ini Guilty Pleasure! Lagi satu guilty pleasure bila waiter datang bawak bil untuk bayar. Tutup sebelah mata mungkin sebab hari ni baru lepas exam?
^_^

End our lunch with dip-in-choc strawberry, banana, cake, and marshmello.  
Thank you for reading!

15 comments:

  1. I ske gileee makan pasta,lebih2 kuah die carbonara. Tp mknan yg u makan tu halal x? Tkut la chef tu ltak arak ke bg nk sdapkn mknan. Heh. Mknan yg bwh skali tu, choc die kemain, but I'm not into choc sgt yg mcm u order tu. Sket2 boleh la.

    ReplyDelete
  2. i love pasta but kte suka kuah prego..hehe
    btw, klu student mmg xkn dpt lari dari exam..

    ReplyDelete
  3. tahniah...Teena kalau lps habis exam mesti g kuar makan ngn membe2 nk release tension..nmpk sdp lah pasta tu

    ReplyDelete
  4. waaa~ yg bwah tuu nmpk sedap,! Dhia baru 2 hari lepas mkn ni,.tp nan buah strawberry jerr,. :)serius sedap sangat-sangat,.

    ReplyDelete
  5. kiteorang pon lepas exam mmg suke mkn besar besar :)

    ReplyDelete
  6. Sarah: InsyaAllah halal. Takde tulis wine ke ape ke dalam resipi :)

    Pasta sangat sedap! dan paling best bila makan lepas exam. Mesti seronok. Rupanya memang semua student makan besar lepas exam eh...

    ReplyDelete
  7. salam.. tq kerna sudi jadi follower blog saya.. salam perkenalan ;-))

    btw, ur blog really nice.. & luv reads ur story about ur life in russia

    ReplyDelete
  8. aduh..x tahan betul tgk chocolate fondue tu !! :)

    ReplyDelete
  9. ahhhh laparnya..
    eh kita pun exam jugak tau.yeah student always that.tapi itu lar yang nak dirindu nanti.ihik

    keep eat!wahahhaa

    ReplyDelete
  10. ya ampun terlioq nyer tgk but mmg betui salah 1 nak lupa stress etc ni ialah mkn mkn n mkn...hikhik tue pun bahaya gak if asyik makan jer khen....cherita student gituew exam tu ibarat isi n kuku cuma beza nak jd doc more difficult compare other course kot. yeahhh blh horayyy kejap gituew khen :)

    ReplyDelete
  11. Wah sedapnye strawberry n marshmallow cicah coklat tu.. Nomnomnom..

    ReplyDelete
  12. owh, kiranya nie sesi merewardkan diri sendiri ler lepas penat perah otak utk exam ye..hihi

    ReplyDelete
  13. yep pasta pelbagai jenis memang sentiasa ada dalam fridge i sebab husband i penggemar pasta. tapi i tak suka angel hair sebab halus sangat haha. i suka fettucini dengan macaroni :D

    ReplyDelete
  14. terliur tengok semua gambar makanan ni. mcm2 jenis pasta lak tu :)

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^