Friday, 17 May 2013

Travelogue: Berlin. Modern City.

Brandenburger Tor

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Dah berkurun pergi, baru sempat nak update kan. Kalau nak update pasal travelog ini sangat banyak nak cerita. Itu yang menyebabkan sangatlah lambat nak update pasal travelog. But still, something is better than nothing kan! Mana tahu ada orang berminat nak pergi ke German nanti.

Mesti semua tertanya-tanya. Macam mana pelajar di luar negara dapat pergi jalan ke Eropah dengan mudah? Sebenarnya. Sebab utama adalah kerana kos perbelanjaan yang tidak mahal berbanding jika mahu melancong dari Malaysia. Tiket penerbangan kami pergi balik ke mana-mana negara Eropah hanya dari RM500 hingga RM900. Jika dibandingkan dengan tiket dari Malaysia yang berharga RM 3000, dapat menampung kos kami berjalan dua minggu termasuk tiket kapal terbang, makan minum, pengangkutan dan penempatan. Berbaloi kan!

Berlin. German. Kali pertama jejak kaki ke sini adalah tahun lepas. Sewaktu cuti musim sejuk tahun ketiga sebagai pelajar. Cantik. Moden. Bandar yang tersusun. Senang dan mudah untuk diterokai. Tak payah pakai travel agent pun takpe. Macam kami, pakai redah je. Trip kali ini agak berbeza kerana macam tahun-tahun lepas, semua pergi jalan dengan senior. Tapi kali ini jalan dengan satu batch sendiri. Adila, Ameerul, Azfar, Bashirushdan, Fauzan, dan saya.

Perlancongan yang penuh dengan emosi, perbezaan pendapat dan macam-macam ragam manusia dapat lihat. Orang kata kalau nak kenal dengan sebenar seseorang itu, kena pergi berjalan dengan orang tersebut. Memang betul pun. Tapi kenangan itu semua yang menjadikan trip kali ini sangat memorable. 
^_^

Berlin. Kami mengambil penerbangan Air Baltic untuk sampai ke Berlin. Dari segi penempatan, saya sangatlah mencadangkan untuk tinggal di Plus Berlin Hotel and Hostel. Tak ambil gambar pun dekat hostel. Ada kolam renang dan sauna, tapi tak menggunakan pun =.=''. Hostel sangat selesa, dan harga berpatutan. Yang paling seronok, dekat dengan dua line Subway/Metro. Jadi, tinggal pilih je nak naik line apa. Tak perlu tukar-tukar banyak kali. 

Subway station at the Brandenburger Tor.

We'd been there. Done that.

Brandenburger Tor
Salah satu tempat yang kena pergi kalau sampai Berlin. Tor atau Gate ini telah terselamat selama perang dunia kedua. Ia merupakan pintu gerbang ke Istana zaman dahulu kala. Semasa pemerintahan Nazi, ia menjadi simbol kepada pemerintahan. Jadi, sekarang ia telah dibina dan dibaik pulih dari sisa yang terdahulu. Kalau tak, takkan lah secantik gitu ye dok?

Nasib baik pergi dengan Adila kat sini waktu malam, sewaktu hari kami tiba di German. Mula-mula ingat nak pergi siang dan malam untuk dapat gambar berbeza, tapi tak sempat pergi siang. Kenapa ea? Lupa dah. Jadi, kami berdua pun sampai dan selca di hadapan bangunan ini.


Legoland Berlin
Okay. Ini lawak! Beberapa hari sebelum pergi ke Berlin, baru tahu pasal Legoland ni. Punyalah seronok dan dapat tahu pasal offer kalau beli tiket online 7 hari sebelum. Semua orang pun setuju untuk beli tiket ni. Sampai sahaja dekat pintu masuk, dah pelik. Sampai kat kaunter, lagi pelik. Kenapa semua budak-budak kecik macam budak tadika dan sekolah rendah yang nak masuk? 

Baru lah tahu yang ini Mini Legoland. Ride pun macam budak-budak punya. Haha! Sangat lawak. Enam orang dewasa yang excited semacam nak masuk. Dan sayalah orang yang beli tiket tu. Hehe. Maaf ye kawan-kawan. Tapi, seronok jugak la. Takde la bosan sangat. Ada banyak sangat bangunan, watak kartun, watak movie seperti Harry Potter, Star Wars, dan macam-macam lagi yang diperbuat daripada Lego. Kreatif!

Adila Ismail playing with Lego...

Dapat token untuk main bot ni. Excited bukan main!

From Indiana Jones movie...

Wah! Kepala giraffe ni tercabut la...
*Muka terperanjat*

Potzdamer Platz.
Ini terletak di tengah-tengah bandar. Dalam peta, ia antara tempat yang kene pergi. Dekat dengan tempat Legoland rasanya. Jadi, kami pun berjalan hingga ke tempat ni. Punyalah cari apa tempat yang menarik sangat kat Potzdamer Platz ni. Rupa-rupanya, ia hanyalah plaza terpenting dan intersection di tengah-tengah Berlin. Dah sampai kan, ambil lah beberapa keping gambar untuk kenangan. Kalau tak, mesti semua orang lupa pasal Plaza ni.
^_^

Tak ingat. Ini dekat Potzdamer Platz atau selepas keluar dari Legoland.

In da middle of Berlin. Potzdamer Platz. 

Berlin 360.
Ini macam KL Tower dekat Malaysia mungkin? Cuma rupa dia berbeza. Kalau naik tower ni, dapat lihat seluruh kota Berlin dengan jelas, dengan 360 darjah dapat melihat kota ini. Ia sebenarnya merupakan Television Tower di Berlin. Rasanya waktu dalam perjalanan ke bangunan ini, cuaca sangat mendung dan hujan renyai-renyai. Tapi, sewaktu sampai, hujan telah reda. 

On the way to the 360 Berlin. 
Behind us is the Tram going around the city.

The tower. Ada rupa KL Tower tak?

Tak ingat pula berapa euro untuk naik tower. 
Tapi kami tak naik pun.

Ritter Sport Outlet
Jangan percaya penunjuk arah ke outlet ini! Ini kalau anda travel setahun lepas. Sangat terseksa nak cari kedai ni! Dengan hujan renyai-renyai, lapar, dah lewat malam, dan macam-macam lagi. Kedai tu dekat je sebenarnya. Tapi sebab dok ikut papan tanda yang salah, rasanya semua orang macam nak berputus asa dah. Tak larat kot. Pusing-pusing, takde jugak kedai. Last round pusing, baru jumpa. 

Kalau siapa yang memang minat Ritter Sport chocolate, ia seperti syurga Ritter Sport! Semua jenis perisa ada, dan perisa yang tak pernah nampak di kedai lain di serata dunia. Memang outlet ini sangat ekslusif. Ada cara-cara mereka membuat chocolate secara ringkas. Yang paling menarik, anda boleh buat chocolate sendiri. Cuma pilih perasa apa yang anda mahu, nak letak kacang, kismis, badam, dan tunggu dalam satu jam. Mereka akan buat dan siap Ritter Sport anda. 

Bagi yang mahu Ritter Sport ekslusif, ada versi Limited Edition untuk dipilih. Untuk harga pula, memang di outlet mereka jual dengan harga murah iaitu Euro 0.85. Dalam RM3.50 untuk satu chocolate. Banyak juga la beli waktu sebab nak cuba perisa baru. Yummy! 

Berpuluh perisa chocolate untuk dipilih! Konfius!

Tempat mereka membuat chocolate yang di tempah khas.

Ritter Sport versi Besar! 
Ini hanyalah hiasan. Tidak boleh dimakan. heee.

Terima kasih sudi baca!
Next travelogue: Milan, Italy.

15 comments:

  1. Murah nyer, nampak seronok sgt, nnt kalau g mana2 update la lg, Teena suka tgok, btw Teena ada jgk kwn study kt Rusia, kt St Petersburg kalau x silap..

    ReplyDelete
  2. hi thanks sudi follow i. follow u jugak.

    bestnya story byk2 ye pasal travel. boleh refer blog u nanti kalau one day ada rezeki nak pg :D

    ReplyDelete
  3. waa besnyaa. part coklat tu pleng best.hee

    ReplyDelete
  4. sronok tgk tempat yg cantek2 ni,bertuah die dpt pegi jenjalan around europe ;D

    ReplyDelete
  5. bestnye baca cerita sis kat berlin..lepas ni update la selalu pasal travelogue sis ni..boleh jadi panduan kalau bercuti kat sana :)

    ReplyDelete
  6. wah, bestnya2..tetiba rasa mcm nk p jenjalan makan angin kat oversea jgk..hehe

    ReplyDelete
  7. wahhhh bestnyaaaaa
    sila berjalan sepuas2nya sebelum balik mesiaaa :p
    tiket mesia mahalll
    kuikuikui

    ReplyDelete
  8. ni lah namanya pengalaman kan, nampak seronok sgt cik belog jenjalan...:)

    thanks follow akak...hehhe

    ReplyDelete
  9. bessttt nye dapat travel ke Berlin.. So jealousssss.... hhuhu

    ReplyDelete
  10. oh Berlin at night is even more beautiful. I went to Berlin but the weather was terrible, therefore don't really have nice pics. Anyway thanks for visiting my pic..got to know a Malaysian in Russian, that's nice :)

    ReplyDelete
  11. coklat Ritter Sport.sedap sgt coklat tu. aritu terbeli kat langkawi.adik sis la yg bgtau sedap.


    syokkan dapat jln2. adik nik yg duk uk pun suka pi cuti2 ngan kwn2 bila ada masa.

    ReplyDelete
  12. Kita x pergi tgh hari sbb semua mengadu dah penat..

    One memory x boleh lupa dekat berlin. macam mana kita macam kena pukau beli mee x sedap tu tgh2 malam. Hajar dari nak beli donat boleh beli mee.
    Pastu balik hostel ja, excited gila cerita dekat pojan. Padahal mee kicap ngan taugeh ja pun. ^.^

    ReplyDelete
  13. coklat tu boleh pengsan kalau dpt ngk real... haha...

    ReplyDelete
  14. Nonetheless, a substantial twenty five% of federal federal government spending is targeted towards the training sector,
    one thing which is frequently bringing rewards to the area.
    Walker speaks of the man highly with respect and honor, and even admits
    that he is biased to the man, meaning right away when he heard Konrad was in Dubai, he had a tendency to give the man generous thoughts right
    off the bat. soil is and has been as acute as it was on 911 or even before.


    Also visit my page - IT Relocation

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^