Saturday, 14 September 2013

Singapore Trip with Besties!

 From Singapore, with love....

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera....

Antara perkara yang menjadi memori terindah pada cuti semester dua bulan lalu adalah percutiaan bersama dua orang sahabat baik sejak zaman sekolah rendah ke Universal Studio Singapore. Sangat-sangat seronok. Walaupun dah pernah pergi ke USS sebelum ini, tapi kali lebih seronok dan banyak rides yang dah buka. So, lets enjoy the moment! 

Dua orang kawan baik ini, memang paling sporting tahap dewa, sebab dah kenal dari kecil kan. Masing-masing pun masih tinggal di rumah ibu bapa, dan rumah kami tak jauh antara satu sama lain. Kalau bosan je, cuma perlu call diorang, dan tiba-tiba dah sampai depan rumah. Kawan baik ini susah sangat kalau nak cari. Lagi-lagi kalau nak cari yang sama style, favourite stuff, etc. Kira diorang ni macam Life companion. Ececehhh. Macam moto S4 la pulak. Hehe.

Sebelah kiri - Farahin. Sebelah kanan - Balqis.
Life companion.

Balqis - kawan yang jenis gila-gila. Bagi je apa-apa kat dia, dia akan atasi semua benda. She's taken, and not single. Farahin - seorang yang sanggup dengar semua masalah dan cool giler! Dah nak abes blajar dan kene bagi kitorunk duit raya dah bila dah keje. Yang ni masih single. Kalau berminat, boleh pm saya ye. *Bwahahahaha. Kene sekeh kang bila Farahin baca ni esok*. 
^_^

 New in USS... Meet Sesame's Street!

Perjalanan ke Singapore.
Sebenarnya buat perancangan awal lagi, semenjak peperiksaan semester. Cuma tak dapat tarikh yang sesuai. Kami bercadang untuk pergi sebelum puasa. Takut pulak kalau naik roller coaster dan terjerit-jerit nanti, haus dan lapar jadinya. Tak bercadang untuk pergi pada hujung minggu. Satu tarikh sahaja yang tinggal sebab Balqis baru sahaja pulang dari bercuti di Eropah waktu tu. Hari Isnin 2 hari sebelum berpuasa. 

Seminggu sebelum tu, baru nak sibuk-sibuk beli tiket bas, bali tiket USS, cari dalam internet macam mana nak masuk Singapore, dan semualah~! Memang kelam-kabut. Mula-mula ingat nak ambil travel agent tapi mereka menawarkan perjalanan dari jam 6 pagi dari Kuala Lumpur, sampai Spore jam 12.30 tengah hari, seterusnya balik jam 6 petang. 

Pada masa yang sama, kami ingin berada di sana sebelum jam 10 pagi kerana memang ramai orang beratur nak masuk USS walaupun hari isnin. Jadi, kami membuat keputusan untuk pergi ke sana secara sendiri. Kos untuk pergi ke USS tanpa bermalam di sana adalah dalam RM 200-300 seorang. Perjalanan kami...
  • Bas dari Kuala Lumpur ke Larkin, Johor Bharu jam 11 malam - RM30
  • Bas dari Larkin ke CIQ Johor (Imigresen) - RM 1.60 
  • Bas dari CIQ ke USS - RM 5
  • Tiket USS - RM 130 (Dapat diskaun)
  • Bas dari USS ke CIQ - $ 5
  • Bas dari CIQ ke Larkin - RM1.60
  • Bas dari Larkin ke Kuala Lumpur jam 9.30 malam - RM30
  • Total = RM 211. (Tak termasuk makan dan buah tangan)

 Ride pertama kami, Transformers. Nampak sangat real! Pertama kali naik sebab masa 1st time datang tu tak buka lagi. A must ride!
Masa menunggu: 30-40 minit.

Kalau tengok perjalanan kami di atas, bas dari CIQ ke USS adalah RM 5. Tapi pulang melalui jalan yang sama, adalah $5. Macam lawak kan. Bas yang sama, perjalanan yang sama, cuma mata wang yang berbeza. Tiket kami masuk ke USS juga dapat diskaun kerana ada offer waktu tu di internet sekiranya menggunakan mastercard. Beli 3 tiket, dapat satu percuma. 

Masalahnya, kami berjalan 3 orang. Mana nak cari orang ke-4 last minute ni? Jadi, kami pun menjadi salesgirls yang berjaya, dan bercadang untuk menjual tiket di sana pada orang yang ingin masuk dengan harga yang sedikit murah dari biasa. Untungnya, untuk duit makan dan souvenier di sana. 
^_^

Rides of the day. The blue and red rides. Ini merupakan tarikan utama di sini. 
Masa menunggu: 40 minit untuk red rides. 25 + 20 minit untuk blue rides. 

Ini memang paling best! Walaupun masa menunggu sangat lama, sanggup juga naik rides ini dan hanya 2 minit sahaja. Heh. Tapi memang berbaloi. Malangnya untuk kami, sesudah menaiki red rides, kami telah beratur selama 25 minit untuk blue rides tetapi tiba-tiba hujan yang lebat telah turun. Mother's nature. Tiada siapa boleh halang. Jadi, kami pergi menaiki The Mummia's ride. Alhamdulillah, lepas tu hujan dah reda dan pergi beratur semula untuk blue rides. 

Yup. Memang hujan! Apa lagi, basah lencun kami dibuatnya. Seluar jeans, baju, tudung pun basah kuyup. Peta pun koyak rabak. Itulah nasib tak tengok ramalan kaji cuaca sebelum pergi. Nasib baik hujan turun hanya 30 minit hingga satu jam sahaja. Fuh, selamat! Sayang juga kalau tak dapat naik banyak rides. Sewaktu hujan, kami bermain indoor rides yang disediakan seperti Shrek 4D! 

 Far far away land. Shrek world.
Setelah kering baju dan tudung lepas naik roller coaster, jeans belum kering lagi. 
Jeles dengan tudung Farahin yang tak kemik even hujan lebat!

 Rumah idaman. Haha.

 Rumah dan tandas Shrek. 

Tips and tricks.
Banyak sangat benda yang kami belajar waktu travel bersama ke Singapura. Antaranya...
  • Perjalanan akan sesak ketika di Imigresen antara Malaysia dan Singapura di waktu pagi, kerana waktu tu adalah waktu orang masuk ke pejabat. Jadi, kena ambil langkah untuk gerak awal ke CIQ. 
  • Kalau lepas dah naik bus dari CIQ Johor, iaitu setelah kita diturunkan dari bas untuk cop passport di Imigresen Singapore, perlu bergerak super duper pantas! Kertas putih itu perlu dalam keadaan yang sudah berisi. Berjalan pantas tanpa berlengah. Sebab kalau tak, bas akan bergerak sahaja tanpa menunggu penumpang yang lambat, dan kita perlu menuggu bas yang seterusnya satu jam kemudian. Itulah yang terjadi pada kami. 
  • Untuk mengelakkan beratur yang panjang, sila beli tiket online. Mana tahu, ada rezeki dapat offer lagi murah dari biasa. 
  • Berada di USS jam 9.30 kerana pada waktu tu, nak tangkap gambar depan USS dan beratur untuk masuk bersama ticket. 
  • Jika nak rasa puas main, beli la Priority Pass kerana kalau beli yang biasa, dengan orang yang begitu ramai, tak berapa puas sangat main. Lagi, kene beratur minimum 30 minit untuk setiap rides. Nangis.

 Welcome to Hollywood.
Population: Glamorous.

 Can you spot the zebra crossing?
Ni baru zebra crossing sebenar. So cool! 

 Termenung masa depan. 
Life is too short to regret the past. Just live with it and make a better You.

And don't forget to smile! 
-Schajar Mcflurry-
xoxo

12 comments:

  1. Sy ingatkan pergi naik satu kereta, mahal jugak kan. Sy baru bercadang nak ke satu tempat dgn member2. Anyway, thanks sgt2, entry ni memberi sy idea & gambaran awal sebelum nk memulakan satu perjalanan.

    #orang baru dapat lesen lah katakan...hehe

    ReplyDelete
  2. wah bestnyer! mai mmg teringin nk g..target ujg thun ni

    ReplyDelete
  3. Teringat Zmn moda remaja dulu
    Time single jejln g ngan geng la
    Teringin gak nk p USS ni USJ dh smpi
    Summer holiday x hbs lg ekkk

    ReplyDelete
  4. waduh waduh .....

    teringin nak pergi , tapi belum masanya lagi ....huhuhu... :3

    ReplyDelete
  5. teringin nak pegi uss tuu,sgt besttt tgk you g sane, n btw sihat tak?lame tak kumen kat blog you.hehehe ;D

    ReplyDelete
  6. baru target akhir thn nie nk pii !! best ye awk da p..... ! may our dream come trueee..... hohoho

    ReplyDelete
  7. rindu nak pergi USS lagi...seronok kan kalau travel ngan kwn2 ni..barulah happening !

    ReplyDelete
  8. Tak sabar nak tunggu trip sarawakk julaii nie wiwiwi

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^