Wednesday, 4 September 2013

Via Vietnam Airlines.

Anthem by Hlovate. 
Peneman di waktu sunyi. Di angkasa. 

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera...

Oke. Rasa macam dah berjuta tahun tak tulis apa-apa dalam belog ni. Macam ni la keadaan tiap-tiap tahun sewaktu Summer Break. Dua bulan kat Malaysia memang jarang nak buka laptop. Apatah lagi nak update belog. Malaysia offers too much fun for me! Seriously, bersyukurlah kalau tinggal dekat Malaysia sebab di situlah terletaknya jiwa dan raga kita. Tak terkira jantung hati kita - our parents and family. 

Cerita pasal cuti musim panas lepas, jom tengok My checklist of things to do in Malaysia!

- Being Me program
- Universal Studio Singapore with besties
- Ice skating Sunway Pyramid
- Cosmo world with Family
- Archery
- Bowling with friends
- Flying Cessna 
- Bungee Jumping
- G Force
- Hangout with Seniors
- Russian Program Summer Retreat
- Wedding kak Dayah
- Wedding kak Skiena
- Wedding kak Fiza
- Wedding Farah Atikah
- Osem Program 
- Berbakti kepada ibu bapa setiap masa

Kebanyakannya dapat dibuat dengan jayanya. Kecuali Bungee Jumping kat Sunway dan G force. Dua-dua tu kat Extreme Park. My dad tak bagi kebenaran untuk buat bungee jumping dekat Malaysia sebab katanya tak selamat sangat. Dia tak percaya sangat dengan safety provided by Malaysian dan benda ni di luar kawalan kita. Kalau sky diving boleh pula, sebab kita yang kawal parachute semua tu. Kalau Bungee, kita hanya berharap pada tali tu tanpa boleh buat apa-apa. 

Wedding Kak Skieyna dan Kak Fiza, dan Program Osem, sebab tiada masa. Waktu tu sangat sibuk selepas raya. Secara keseluruhan, cuti musim panas kali ini sangat-sangat seronok! Semua akan di update di belog nanti ye, waktu punyai masa lapang. Tak sabar rasanya! 

Nampak tak kapal terbang ijau tu? Bukan kapal terbang kami pun. Muahahaha. 
Tapi tu la basically Vietnam Airlines. 

Jadi, sewaktu pulang ke Russia semula, kami menggunakan perkhidmatan Vietnam Airlines. Dua jam dari Malaysia ke Vietnam. 12 Jam transit di Vietnam. 10 Jam perjalanan seterusnya ke Moscow. Oke. Penat. Secara total = 24 Jam. Tak campur tunggu nak naik tren dari moscow ke Nizhny, dan perjalanan dalam tren itu sendiri. Konklusi - Tersangat penat. Alhamdulillah sampai juga dan sudah memasuki semester baru sebagai pelajar tahun ke-5. 

Souvenier kat Airport.

Transit 12 jam kat lapangan terbang. Nak buat apa...?
Kalau siapa-siapa dapat transit di waktu siang dan bandar berdekatan sahaja dari airport, silalah menghidup udara negara itu ye. Bila lagi nak dapat kesempatan untuk pergi negara tu kan. Tapi malangnya, kami transit pada waktu malam. Macam bahaya je nak keluar di Vietnam di waktu malam. pukul 10 malam dah waktu tu. Jadi, solusinya - cuma cari tempat gelap dan selesa, kerusi panjang, dan dipersilakan tidur di airport. Hehe. 

Mungkin boleh juga beli cenderahati untuk keluarga dan kawan-kawan. Cewah. Macam pergi melancong kat Vietnam pulak. Hari tu saya sempat hantar poskad ke Malaysia. Perkhidmatan hantar poskad biasanya disediakan di airport. Kalau rajin-rajin, tanya di tempat yang jual poskad sama ada boleh tolong hantarkan ke pakcik posmen ke tak. Selalunya mereka friendly je. 

Ini muka tak larat setelah tarik beg dari airport ke stesen keretapi. 
30kg beg besar, 5kg beg laptop, 7kg handluggage.
Pengsan.

Lain kali tak nak naik Vietnam Airlines dah. Taubat. Waktu naik dari moscow ke vietnam, 10 jam tanpa TV sebab penerbangan di waktu malam. Dia nak suruh tidur je. Lepas tu dah mati kutu nak buat apa dalam kapal terbang. Bateri laptop dah mati, bateri handphone dah kurang sebab ingat nak tengok movie je dalam flight. Duduk tempat tengah-tengah sebelah orang tak kenal. Sadis. Tapi boleh ambil sebagai pengalaman.
^_^

1st day class. Foggy day. 18 degree celcius. 
2 September 2013.

That's all for now.
Thank you for readin'.

8 comments:

  1. wah..siap ada senarai apa nak buat kat mesia.ptt la bz tak sempat update blog yea.

    ReplyDelete
  2. lamanya tak update blog. siap dah balik ke rusia balik dh . takpe penat tapi new experience kan. nak fridge magnet rusia bole? hihi takde lg fridge magnet sane :p

    ReplyDelete
  3. anthem?dah lama khatam dah.ekekeke
    kak dah final yearr ehh..

    ReplyDelete
  4. waduh travel ke viet .... bestnyaaa..cepat update cepat epdate nanti !!! ><

    ReplyDelete
  5. Oh, ni dah balik rusia semula ye. Mesti berat hati nak tinggal kan Malaysia kan. Love your statement, malaysia offer too much fun. Soo true. And welcome back to campus life.

    Insya Allah doctor-to-be

    ReplyDelete
  6. 10 jam transit? lama tu..nsib baek ada tempat untuk tido..hihi

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^