Sunday, 20 October 2013

Archery Day.

  
Archery day out with friends. 
19.08.2013

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Aktiviti dua bulan lepas. Maaf lambat update! 
Archery atau sukan memanah. Sebenarnya, ini kali pertama pergi memanah seumur hidup. Iyelah, cuti musim panas lepas rasa macam nak buat semua benda baru sebab baru tersedar akan satu realiti. Realiti yang dalam masa dua tahun lagi, semua keseronokan hidup anda bakal ditarik. Semua keseronokan hanya tiba apabila berjaya menyelamatkan nyawa pesakit. Hospital Life.

Jadi, untuk dua tahun ini, akan sentiasa cuba benda baru, benda mencabar dan perkara yang tidak dapat dibuat lagi selepas ini. Salah satu, archery dengan rakan-rakan dan keluarga. 

Pada hari ke-7 syawal, lepas beberapa hari pulang dari kampung halaman, saya dan adik-adik lelaki pergi ke Star Archery, di tingkat 5, Berjaya TimeSquare. Sepatutnya pergi dengan satu keluarga, tapi waktu tu ibubapa dah mula kerja mencari rezeki, abang dah balik lumut untuk berkhidmat, dan lagi sorang dah balik bekerja. Sarah dah mula sekolah. Tinggallah penganggur-penganggur di rumah. 

My brother. Farhan. 18 years old. 

Me and my lil brother, Faiz, 16 years old. 

Jadi, pergilah dengan my younger brothers, Farhan dan Faiz. My dad supposely join together during his lunch time, sebab kami pergi waktu tengahari. Tempat kerja dekat je dengan Pavilion, boleh naik monorail dari situ tanpa perlu tersekat dalam trafik dan terus ke dalam Timesquare, tapi sibuk kot. Jadi, pergilah kami bertiga.

Farhan, baru lepas SPM. Darah muda la katakan. Tak habis-habis nak rasa kebebasan dunia. Dunia tanpa sekolah. Dunia tanpa curfew sebab boleh balik rumah jam berapa pun. Tambah pula Faiz, nampak je besar dan tough tapi dalam hati ada taman. Seriously, manja bukan main. Memang jadi tak betul sikit kalau keluar dengan adik-adik lelaki ni. Nak paw kakak macam-macam No.1!

Archery with bestfriends. Sisterhood.

Oh, lupa nak bagi tahu. Kalau ada sesiapa yang ingin mencuba, lebih baik dan menguntungkan beli tiket di Groupon. Lebih murah dan berbaloi. Kadang-kadang terfikir, kenapa perlu bayar lebih untuk sesuatu yang kita boleh dapat dengan potongan harga lebih murah kan? Jadi, rajin-rajinkanlah diri melihat offer di Groupon.my. Jangan risau jika tidak punyai kad kredit, kerana Maybank2u pun boleh.

Contoh offer yang saya ambil untuk archery...
RM19 untuk 76 arrows maksimum 3 orang. Harga sebenar RM40. Kalau nak memanah sorang-sorang pun boleh, tapi boleh patah tangan nak panah 76 shots waktu pertama kali main. Kalau pergi tiga orang, seorang hanya perlu bayar RM6.33 untuk mencuba satu pengalaman yang baru. Murah kan! Tambah dapat hangout dengan kawan-kawan. 

Seminggu sebelum pulang ke Russia, sempat pergi lagi sekali ke sana dengan kawan baik sejak sekolah menengah. Hari tu, pergi Singapore dengan kawan baik sekolah rendah, masa untuk sekolah menengah pula. Bersyukur sangat dapat kawan-kawan yang sangat caring dan tak kisah dengan macam mana pun cara kita.
Friends from school, we don't choose them based on anything. Just our sincere heart that kept our friendship. 

Raja, Najwa, Me, and Zarina. 
Friends for 9 years and still counting...

Its their first time! And my second time.

Waktu pergi memanah dengan diorang, guna dua kupon = 152 arrows! Seorang dapat dalam 38 arrows. Rasa nak patah tangan. Bila banyak sangat arrows nak panah, memang tunggu masa je nak habes. Lepas tu pergi makan tengahari kat Lower Ground floor, tak ingat restoran apa, tapi nice sangat. Makanan western. Dan coolblog! Oke, rindu coolblog dah especially perisa honeydew dan perisa oreo!

Nah result memanah!
Gambar atas: First try with brothers. Memang bersepah! My one number 5 which you guys tak nampak sebab 1st shot dah strike dan jatuhkan nombor 5 tu. Muahahaha...
Gambar bawah: Second try with bestfriends. My one number 11. Hebat tak? Masuk bakul angkat sendiri. Haha. 

That's all for now.
-Schajar Mcflurry-

P/s: If you don't like the road you're walking, start paving another one. 

6 comments:

  1. Saya tak pernah pun memanah. Sebenarnya nak sangat cuba sebab memanah ini kan sunnah nabi. Dulu kat univ ada kelab archery tp lambat daftar. Tak dapat nak join. Btw, bestnya rumah kat area KL, nk g mmne senang jer.

    ReplyDelete
  2. finally im here..haha join lah ok tqsm 4 d supports!! :D btw haritu de try mein ni ingtkan xreti RUPENYERRR i kena tepat kat tengah tau!! hhhahahahha moral of d story dun underestimate urself!!

    ReplyDelete
  3. finally im here..haha join lah ok tqsm 4 d supports!! :D btw haritu de try mein ni ingtkan xreti RUPENYERRR i kena tepat kat tengah tau!! hhhahahahha moral of d story dun underestimate urself!!

    ReplyDelete
  4. bila tengok ni rasa rindu lak nk hangout ngan kawan2.. huhuu...

    ReplyDelete
  5. seronok juga..terasa macam nak cuba :)

    ReplyDelete
  6. sukan favorite Fiza nie.. mmg tiap2 minggu Fiza akan luangkan masa ke lapang sasar memanah...

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^