Friday, 25 October 2013

Flying Cessna 150 Aircraft

I pilot this Aircraft. Like a boss.
23.08.2013

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera...

Pengalaman baru cuti musim panas lepas. Sebenarnya, memanglah tak tahu apa-apa pasal macam mana nak pandu kapal terbang atau nak rujuk dekat mana semua. Sampai tahun lepas, ayah saya tanya, nak cuba bawa kapal terbang? Dan saya macam 'Hah?!? Seriously pa? Eiii. Takutla..'

Tapi waktu tu tahun lepas la. Masa penakut dengan semua benda. Semua benda baru tak nak cuba sebab takut salah dan fikir macam-macamlah. That was then, when I hold on to something/someone who I'm not sure of what future it can guarantee me. But now, when I just LET GO of it, I just realize of the surrounding and people around me. Nothing can stop me from wanting whatever I want in life. I saw windows of opportunity here and there. So, why not give it a try? 

Sambung balik, cuti lepas memang awesome! I did everything that I want. No regret. Jadi, antaranya adalah menjadi juruterbang pesawat Cessna 150. Ia merupakan hadiah hari jadi yang ke-22 daripada ayah saya. Sesuatu yang jarang diberi oleh ayah-ayah lain. Jadi, lepas ni boleh la minta kat ayah korang hadiah ni. Pengalaman. Itu yang bermakna. 

My dad and my lil sister, Sarah. 
They accompany me to this flying academy. 

Lima hari sebelum pulang ke Russia, baru dapat jumpa tarikh yang sesuai. Waktu ni, ayah saya ambil cuti annual leave dan sarah baru lepas ambil report card. Jadi, hari ini memang berjalan sakan. Hari jumaat. Waktu pagi sebelum bertolak, hujan renyai-renyai. Kena doa banyak-banyak sebab kalau tak, memang tak boleh bawa kapal terbang. Cuaca tak membenarkan dan ada kemungkinan tak dapat bawa langsung sebab nak balik Russia dah. Kekangan masa. 

Alhamdulillah, waktu jam 9 pagi, hujan mula reda. Bersyukur sangat. Saya orang yang pertama dalam list temujanji. Hooray! Waktu sampai di Subang Jaya, tengok kat landasan ada helicopter, kapal terbang persendirian dan macam-macam lagi. Tempat orang-orang kaya kalau nak pergi mana-mana, naik personal jet. Kita ni naik kapal terbang biasa je. Ekonomi pulak tu. Tapi jangan lupa bersyukur dapat naik kapal terbang juga. 
^_^
Mulakan perjalanan yuk! 

Kecik sangat kapal terbang ni. Muat-muat dua orang. 
Nampak tu dua stereng untuk pilot dan co-pilot. 

Sebelum terbang. Menunggu giliran kapal terbang lain untuk berlepas. 

Tempat duduk comel je. Cukup untuk dua orang. Yang saya bawa ni kapal terbang untuk 2 orang. Ada lagi satu kapal terbang untuk 4 orang, boleh dimuatkan dengan orang penumpang lain. Jadi, kira kita boleh bawa sahabat handai atau sanak saudara la. Memang kena pakai headphone tu untuk komunikasi sebab angin kuat kat atas nanti susah nak dengar dan cara komunikasi dengan tower yang jaga boarding and landing. 

Nah dua stereng. Dan monitor untuk lihat kelajuan, tinggi dari aras laut, posisi kapal terbang, butang untuk kawal minyak dan macam-macam lagi. 

I can see all the houses there. Oh, pilot tu tunjuk juga The Curve, Damansara dari atas. 
Tapi bukan dalam gambar ni la.

Me and the Captain of the flight. 

Waktu kat atas, kalau kapal terbang dah stabil, pilot akan beri kebenaran untuk kita bawa sendiri. Kontrol kapal terbang sendiri kot! Gila gempak! Kali pertama pegang stereng tu, macam bawa kereta, kita akan letak sedikit pressure pada stereng. Akibatnya, kita tertolak stereng ke hadapan, dan menyebabkan kapal terbang turun ke bawah sedikit. Oke, cuak dah. Pastu, tarik semula stereng dan lihat pada meter kedudukan kapal terbang agar selari, tidak mendaki, tidak pula menjunam. 

Pengalaman baru. Waktu berbual dengan pilot, dia cakap kalau nak buat lesen kapal terbang persendirian, bukan komersial, dalam RM38k. Oke bai. Mahalnya. Iye la, harga kapal terbang ni, kalau 2nd hand dalam RM200k, kalau baru dalam RM500k. Tu tak masuk maintanence setiap bulan dalam lima ribu sebulan untuk servis dan parking. Iye la, takkan nak parking kat rumah kot. Kene la sewa tempat parking. 

Kos untuk nak bawa dalam sejam dalam RM500-1000. Minyak, servis, parking di tempat lain pula. Kalau helicopter lagi mahal. Dalam RM3000 sekali naik. Kalau orang berkemampuan, memang mampula untuk mereka. Kalau orang biasa-biasa macam kita, naik kereta pun boleh. 

Here you go. 
I'm piloting the cessna while the pilot taking picture of me. 

Sekarang, ada tak rasa nak jadi co-pilot Cessna? 
Kalau nak, program yang saya ambil ini dari FAS Udara Flying Club. Pengalaman membawa kapal terbang dalam 20 minit dan penerangan di landasan dalam 10 minit. Tapi waktu saya bawa, banyak sangat kapal terbang lain nak landing, jadi kene stay kat atas lama jugak la. Total jadi 40 minit. Rezeki. 

Program ini, harga sebenar RM590. Tapi FAS udara flying club ini selalu membuat offer. Selalu ada tawaran kat Groupon. Jadi, dapat separuh potongan harga, RM290. Oke kan? Kalau takde groupon pun, boleh call mereka waktu tengah tawaran oleh mereka sendiri. 

Kalau nak program yang lain sikit, bawa Cessna sekitar KLCC dan KL Tower, kena ambil yang Royal Selangor Flying club. Offer ni selalu kat groupon sahaja dan agak jarang. Harga sebenar RM990. Selepas diskaun RM450. Yang menarik, boleh bawa 2 penumpang sekali. Jadi, boleh bawa ayah dan adik. Yang FAS flying club, kalau nak tambah satu penumpang RM120. Jadi, agak mahal kalau nak bawa dua penumpang dan bayar asing. 

A priceless experience. Now everyone can fly.

P/s: Kalau ada apa-apa soalan, boleh tanya kat comment form bawah ni. Terima kasih sudi baca. 

7 comments:

  1. bestnya,
    tetiba dilla rasa teringin pulak ,,
    insyallah one day,,,,

    ReplyDelete
  2. Oh, saya ingatkan orang yg ada lesen kapal terbang jer yang boleh bawak flight ni. Ada kena attend any class ke before nak fly? Susah tak nak kawal kapal tu bila dah berada di udara?

    ReplyDelete
  3. Teena, tak perlu attend kelas ape2. Tu yang best! Tak susah pun nak kawal sebab kalau apa-apa jadi, pilot ada untuk kawal suasana.

    Paling best waktu belok kanan/kiri. Memang rasa macam kita yang control kapal terbang punye direction :)

    ReplyDelete
  4. Seriyesss I'm so jelly tgk pics ni
    Curlastt sgt
    Nk bawa gakkkkkk

    ReplyDelete
  5. seriously AWESOME!!! dah lama geram nmpak gruopon voucher tuuu tp budget perlu distribute ke temp lein yg lbh penting lah yang..neway u go girl!! ^^

    ReplyDelete
  6. Thanks sebab tulis artikel ni.. tahu jugak brape harge nk buat lesen psdirian tu. :)

    ReplyDelete
  7. Nak tnya ni..kalau nak buat private lesen kan..perlu ada kelulusan dlm spm ke ? Ade x tnya pilot tu pasal ni..

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^