Sunday, 27 October 2013

Fullhouse Restaurant

Siti Balqis dan Siti Hajar
25.07.13

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera...

Oke. Last update tentang cuti musim panas lepas di Malaysia. Lepas ni tulis tentang kehidupan di Russia pulak ye. Nak cerita tentang seharian keluar dengan besties dari pagi ke malam. Oh ya, bawa Sarah juga dan rasanya dia ponteng sekolah hari ni sebab nak ikut kakak dia main ice skating. Haih. Pengaruh siapa la ni ponteng-ponteng. 

Jadi, pada sebelah pagi, kami ke Sunway Pyramid untuk skating. Masalahnya, waktu dalam kereta, setiap sorang dari kami pun tak pandai nak pergi macam mana. Peta ke, GPS ke, bukan nak bawa kan. Pakai jalan je guna signboard yang ada. Nasib baik sampai juga akhirnya, walaupun sesat jugak la awal-awal tu. 

Tapi yang lawaknya. Macam biasa, ayah saya call tanya dah sampai belum. Jawabla belum. Letak telefon. Tiba-tiba, sekali lagi dia telefon. Tanya buat apa kat tengah-tengah KL? Ada urusan apa-apa ke? Terpaksala jawab sesat. Malunya. Mesti dia check guna gps kat mana la anak dia dua orang ni sesat pagi-pagi buta. 

Sunway Pyramid. 
Farahin, Sarah, Hajar, Balqis...

Disebabkan kawan-kawan yang awesome, berjaya jugak sampai ke Sunway! Let skate like there's no tomorrow. Oh ya. skate ni pun waktu bulan puasa. Banyak aktiviti kena buat bulan puasa sebab kalau tak, tak sempat habiskan semua. 

Lepas dah skating, buat keputusan nak buka puasa kat luar. Tapi ibubapa kami semua suruh makan dekat-dekat je. Kalau makan kat Sunway, alamatnya sampai pukul 10 malam tak sampai-sampai rumah. Jadi, pergi ke Wangsa Walk. Dapat window shopping dan banyak sangat restoran best kat sini. Tinggal nak reserve je sebelum buka puasa sebab kalau tak, mesti penuh dengan lautan manusia. 

Ada KFC, Burgerking, Pizza Hut, Manhattan Fish Market, TGIF, dan Fullhouse. Pasar malam jual itik pun ada kat tepi jalan Wangsa Walk punya parking lot. Ingat nak cuba sesuatu yang lain, sebab tak habis-habis pergi fastfood restaurant je kebelakangan ni. Cuba la restoran Fullhouse yang orang kata ala-ala korea ni. 

In front of the restaurant...

Farahin. Interior design of the restaurant.

Dari segi interior design dia, cantik dan menarik. Berkonsepkan ala-ala garden dan menggunakan tema warna putih. Menarik perhatian. Macam cute la untuk perempuan-perempuan hang-out kat sini. Tapi orang kata Fullhouse Wangsa Walk punya design tak secantik yang dekat satu lagi tempat, One Utama rasanya. Situ design dia lagi superb! Tak penah pergi lagi la.

Dari segi makanan, saya order makanan feveret setiap masa. Spaghetti Carbonara with white sauce. Mula-mula, ingatkan makanan kat dalam restoran ni semuanya korea-korea. Kimbap ke, Ramyun ke. Last-last makan western food jugak. Air ambil Banana Shake with bubble. Sarah ambil Spaghetti with tomato seafood sauce. Pedas sangat! Tukar dengan kakak punya jugak akhirnya. 

Sekarang telah masuk waktu berbuka puasa. Jemput minum...

Tak sah kalau tak Selca kan! 

Untuk harga makanan. Ambil set berbuka puasa dalam RM20-25 setiap set. Untuk Spaghetti Carbonara, tiada dalam set berbuka puasa. Harganya dalam RM16.90 atau RM18.90. Oke. Tak ingat dah. Portion makanan dia memang banyak. Kalau untuk kanak-kanak, memang tak habis satu pinggan. Jadi, bolehla anda semua cuba kat restoran ni nanti. 

Pada hari yang sama, kawan-kawan dari pantai timur datang ke KL untuk tukar Visa dekat Embassy of Russia. Tapi saya sendiri tak dapat nak bawa mereka pergi jalan-jalan sebab dah janji dengan besties sejak beberapa hari lepas. Kirah, Yana, dan Mirah Farhanah tinggal dekat Hotel De Palma, Ampang. Lima minit je dari rumah. Jadi, esoknya, pergi teman mereka pergi Embassy dari hotel. 

Inilah perjalanan cuti dua bulan yang memang tak henti-henti berjalan. Kalau hari minggu, tak sah kalau tak keluar. Duduk rumah memang jarang. Hari minggu keluar dengan keluarga, isnin sampai jumaat dengan kawan-kawan. Tak campur dengan praktikal kat Hospital Ampang dan Hospital Melaka. Dua bulan adalah masa yang sangat bermakna.
Every minute is precious. Don't forget to count your blessing. 

Jemput makan. Rindu nak beli makanan Malaysia yang sedap dan murah.

That's all for now.
Thank you for readin'

8 comments:

  1. bestnya,,jln2 sana sini,,
    yes!! stuju sgt ayah kita akan risau sgt dgn anak2 dia,,:)

    nasib baik dilla egat button utk komen :) bahasa lain yg jadi,,so?? ok jer

    have fun awk

    ReplyDelete
  2. Bagus2, memanfaatkan cuti dengan baik.. :)

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi g fullhouse. asyik tgk dalam blog je..hihik

    ReplyDelete
  4. Memang cuti ni betul2 dipenuhkan dgn aktiviti yg menarik ye kak. Sy sendiri pun belum pernah main ice skating.. Suka tengok akak jalan2.

    ReplyDelete
  5. full house blom prnh try huhu,ice skating pernah try skali je, esk nya habeh sakit 1 badan, sbb asik jatuh ja wkt main..hahha. btw thanks for visting

    ReplyDelete
  6. Best fullhouse ni! hihi nanti follow kita balik ^^

    ReplyDelete
  7. amboi ingat semua rege makanan tuhh aku pon lupe kot muehehe

    ReplyDelete
  8. syok balik bercuti kat malaysia yea.

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^