Wednesday, 16 October 2013

Our Version of AidilAdha

Your family is your friends when you live in a far far away land.
531M & 531L

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Alhamdulillah. Berakhir sudah hari pertama raya Aidiladha. Mesti semua yang ada kat Malaysia sibuk dengan suasana hari raya dan ibadah qurban di kampung mahupun di bandar. Persiapan hari raya, ketupat, rendang, kuah kacang menjadi makanan utama pada waktu ini.

Sudah lima tahun menyambut hari Raya Aidiladha di perantauan. Kadang-kadang terlupa bagaimana sambutan hari raya ini ketika di Malaysia. Mesti ada yang tertanya-tanya, bagaimana sambutan hari raya di sini? Jom baca! 
^_^

Di pagi Hari Raya AidilAdha.
15 oktober 2013

Penduduk Russia yang beragama Islam di Russia hanyalah minoriti berbanding pemegang agama lain. Namun, di setiap bandar, akan ada sekurang-kurangnya satu masjid yang didirikan kecuali di bandar Kazan. Sekiranya di bandar tersebut, terdapat banyak masjid kerana ramai penduduknya terdiri dari orang berbangsa Tatarstan, menganuti agama Islam. Tengok sini.

Jadi, pada malam hari raya, dengan inisiatif pelajar-pelajar sendiri, laungan takbir hari raya dapat didengari. Selepas solat isya' berjemaah, kami bertakbir raya di koridor tempat solat kami. Pada malam hari, mulalah pelajar-pelajar memasak rendang, merebus ketupat dan macam-macam lagi. 

Pada hari raya, sesetengah dari kami mendapat izin dari pensyarah untuk cuti, sebahagian yang lain yang berada dalam cycle /matapelajaran berat, agak sukar untuk mendapat cuti dan terpaksa ke kelas. Bagi yang ingin melaksanakan solat hari raya, boleh dilakukan di masjid atau bersama jemaah di hostel. Untuk kami pula, kelas Psychiatry menanti kami di pagi hari raya.

Bersama groupmates dan parallel groupmates...

Untuk sebelah petang, kami punyai lecture Internal Medicine. Tapi tak rasa nak datang di hari raya, jadi, sendiri buat cuti untuk lecture ini. Sekali je, raya kot! haha. Sebelah petang, pelajar yang tidak punyai kelas dan telah memasak dengan banyak kebiasaannya akan membuat rumah terbuka. Jadi, sesi melawat rumah orang di petang hari.

Untuk kami pula, tiba-tiba saja mencadangkan untuk mengadakan makan raya bersama di malam hari. Masing-masing memikirkan idea untuk masak apa, dan bawa apa sahaja yang ada. Ye la, last minute kot! Terima kasih kepada semua yang masak, terutamanya kepada orang yang balik lecture jam 5 petang, dan perlu masak dengan cepatnya. 

Akhirnya, dapat jugak makan menu hari raya macam kat Malaysia di Hari Raya! Suka sangat-sangat! Menu yang ada: ketupat mini ekspress, rendang ayam, kuah lodeh, kuah kacang, nasi jagung, ayam masak merah, telur sambal dan macam-macam lagi. Tak lupa air dan ais Nabila. Hehe. 

 Makan Hari Raya! Lets eat. Omnomnom..

 My girlfriends.

 Photo bombing attempted by groupmate.

Last but not least, nak ucap selamat hari raya Qurban kepada semua muslim di Malaysia mahupun di mana-mana sahaja. Selama kita muslim, kita bersaudara. Kalau yang berhari raya dengan keluarga dan sanak saudara, hargai setiap detik itu kerana mungkin anda sudah lali dengannya dan ia sudah menjadi rutin tahunan, tetapi buat kami di perantauan, setiap detik bersama keluarga adalah amat berharga. 

 Salam Aidiladha dari kami penduduk 420-421.
Oh, terlupa Amy! Just kidding.
^_^

1 comment:

  1. Selamat Hari Raya Aidiladha. Saya tak dapat bayangkan kalau saya beraya di perantauan tanpa keluarga. Huu...

    Yg jamuan malam tu buat kat rumah ea sebab nampak ada katil tilam kat situ.

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^