Friday, 29 November 2013

Project Fun: Mirror Maze and Maze of Terror

4th November 2013

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera...

Beberapa minggu lepas, kami pergi ke Mirror Maze and Maze of Terror! Yup. Ini adalah salah satu projek #HowIHaveFunInRussia. Seronok la kalau buat benda ni. Banyak benda dapat explore. Cakap tentang tempat ni, sebenarnya mudah je - Rumah Hantu dan Rumah Cermin. 

Eleh, nama nampak macam gempak kan? Iyelah. Itu nama tempat tu. Bukan direka atau dicipta oleh saya. Mula-mula memang dah tahu lama dah tempat ni ada dekat Walking Street Nizhny. Tapi serius mahal sangat nak masuk. Macam membazir duit sangat.

Entrance of both maze....

Harga nak masuk sebenar - 450 Ruble (RM45). Sangat mahal untuk tempat yang taklah besar sangat. Jadi, waktu nak dekat Halloween tu, ade diskaun dekat Groupon Nizhny! Uraaaaa! Siapa tak suka bila dah turun harga kan? Jadi 250 Ruble (RM25). Oke sangat kan?

Tapi kalau nak banding dengan rumah hantu kat Malaysia, memang tak adil sangat la. Sini kebanyakan barang mahal, nak masuk semua tempat pun mahal. Jadi, untuk harga ni, kira okay sangat la. Disebabkan hari yang bosan sangat, kami pun bercadang untuk pergi. 

Always see ourselves from different perspectives 
and make the best out of it TODAY! 

Mirror Maze
Kami masuk Mirror Maze dulu, sebab takut bila masuk rumah hantu tu nanti dah tak best nak tangkap gambar dan berseronok dalam rumah cermin ni. Basically, Mirror Maze ini sangat unik. Serius, mula-mula ingat macam mana la orang boleh sesat dalam ni. Tapi disebabkan cermin yang memang bersih dan disusun dengan kreatif, memang boleh sesat.

Dan semestinya, boleh terlanggar dinding kalau tak rasa dan pegang cermin di hadapan anda! Oh ya, kami dibekalkan dengan sarung tangan plastik untuk mengelakkan mengotorkan cermin di hadapan kami. Saya rasa, cara ni memang penting sebab kalau tak, dinding akan kotor dan dapat kenal pasti sama ada jalan di depan kami cermin atau jalan sebenar. 

Dalam ni, memang banyak sangat tempat untuk ambil gambar. Kamera pun dibenarkan masuk. Jadi, overall, it was fun! Lagipun dah lama sangat tak keluar dengan Atirah, Arinie, Aqilah, Nabilah dan Didy. Jadi, guna sepenuhnya masa untuk sisterly bonding. 

Nur Nabilah and Me. My parallel groupmate. 

Nor Arinie. 
My usrahmate, ex-usrahmate, and usrahmate again. 

Maze of Terror
Rumah hantu. Baru pertama kali rasa rumah hantu dekat negara orang. Selalu pergi yang dekat Malaysia, kali ni nak cuba rumah hantu versi Russia pula! Rumah hantu dia sangat seram. Dengan ada hantu clown  yang tinggi sangat macam galah yang kejap-kejap hilang, kejap-kejap ada macam chipsmore. Tapi serius tinggi dan besar dan menakutkan. Sebab dia tunggu je kita jalan dekat dia.

Kedua, hantu chainsaw. Kalau ada sesiapa yang takut dengan gerudi besi yang boleh potong orang tu, memang akan terngiang-ngian bunyi bila masuk situ. Hantu tu akan duduk sedekat mungkin dan tarik gergaji tu. 

Akhir sekali, hantu cucuk badan orang. Hantu ni akan terperanjatkan kita dari semua tempat. Tiba-tiba je kaki kena pegang, entah dari mana muncul entah. Suasana dalam rumah hantu, gelap sangat. Lampu kelip-kelip. Kami masuk ber-enam sekali, sebab takut apa-apa jadi. Kalau tiga orang, mungkin boleh pengsan terus. Hehe. 

Walking street during the night time. Just after the maze.

Dinner at HessBurger
Lepas tu, dah lapar sangat lepas kena kejar hantu, kami pun pergi makan bersama-sama di HessBurger dekat Walking Street ni. Restoran ni sekali dengan Cinnabon dekat bahagian tengah Street ni. Pertama kali juga cuba burger dekat sini. Burger ikan. Sedap jugak la sebab penuh dengan isi ikan. Mana boleh makan burger lain, kami kan pencinta hidupan laut bila tinggal di luar negara.
^_^

HessFish Burger - 95 Ruble (RM9.50)

Say cheese. The burger is super duper nice! 
Boleh la ganti fillet-o-fish McD, sebab dah boikot McD...

Oh lupa, hari ni hari Isnin, tapi kami cuti. Bukan sempena Awal Muharam seperti di Malaysia. Tapi sebab Unity day in Russia. Jadi waktu pulang dari sana, dekat taman depan hostel, ada orang buat konsert terbuka, tapi hujan renyai-renyai sikit. Tinggal saya dan Didy je yang pergi lihat kejap konsert ni. Mereka nyanyi lagu English! Seronok bukan bahasa Russia. 

Unity Day tu apa? Jom baca dari Wikipedia kejap.

"Unity Day (also called Day of People’s Unity or National Unity Day; Russian: День народного единства, Denʹ narodnogo yedinstva) is national holiday in Russian Federation held on November 4 (October 22, Old Style). It commemorates the popular uprising which expelled Polish occupation forces from Moscow in November 1612, and more generally the end of the Time of Troubles and the Polish-Muscovite War (1605–1618)."

День народного единства. 
Cara sebut = Denʹ narodnovo yedinstva.

That's all for now.
Thank you for reading! 

13 comments:

  1. Seronoknya dpt g msuk umh cermin ni..hajar blajar kt rusia ke?wah.....bestnya..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Belajar kat Russia. Unik kan ^^

      Delete
  2. wow mcm best ja tmpat ni.. ^_^ especially cermin tu yg menjadi kegilaan wanita hehe... eh mana gmbaq hantu nya ? kalo ada gambaq hantu lagiii beshh ^_^

    ReplyDelete
  3. Bestnya, nak2 bila dapat harga yg murah cmtu. Tapi teena mcm tak berani nk masuk rumah hantu. Penakuttt

    ReplyDelete
  4. Takkan pernah berani masuk maze terutama Mirror Maze :/

    ReplyDelete
  5. jalan2 bw sampai sini. haha. btw, bahasa + abjad rusia mmg susah nak faham.

    ReplyDelete
  6. wah, best3..tp kalo tang yg rumah hantu tu, sy xnak imagine sbb tkt mlm nnt xboleh nk tido lena..hik3,

    ReplyDelete
  7. Mirror maze tu macam best sangat. Rasanya takde lagi kot di Malaysia kan. Rumah hantu tu pernah lah dengar, kalo ada funfair mesti ada rumah hantu. Tapi setakat ni, tak pernah lagi masuk. Bukan takut tp rasa macam tak best je. kehkeh

    ReplyDelete
  8. sekali2 masuk oklerkan... tapi kat Malaysiani pun dah mahal gak... tapi bab nak merasatu akakpun kadang pejamkan mata bayar...
    seronok gak yerk pengalaman tempat orangni...

    ReplyDelete
  9. Wah, seronoknya! Sambil belajar boleh jalan2 tengok negara orang. ;p

    ReplyDelete
  10. seronoknya jejalan..kat sana..yew...

    ReplyDelete
  11. best nyer masuk kat cermin banyak2

    ReplyDelete
  12. wahh kehidupan di obersea..heheheh plg suke adlh RUMAH HANTU! hahaha..btw dear thx a lot for keep on loving n supporting mine yar..muuahhhhh3x!!! ^^

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^