Tuesday, 12 November 2013

Project Fun: Rock Climbing

10th October 2013

Assalamualaikum
dan salam sejahtera....

Rock Climbing. Orang kata orang yang tough je boleh buat. No way! Perempuan yang lemah lembut pun boleh buat tau. Tapi kena ada semangat yang kental dan jangan cepat putus asa. Sebenarnya dah lama sangat nak cuba rock climbing ni. Mula dari nampak offer kat groupon tentang rock climbing kat Extreme Park, Shah Alam.

Macam biasalah, tangguh punya tangguh, terus tak pergi. Padahal dekat sangat dengan rumah atuk nenek kat sana. Pergi hampir tiap minggu pula tu. Haih. Pastu, bila sampai Russia, mula lah kempunan nak cuba kan! 

Nasib baik hari tu jumpa kat internet tentang Rock Climbing kat Nizhny. Dekat Center Ladz, tiga stesen bas je dari hostel. Dekat kan? Tapi masa tahun pengajian kelima baru perasan. Trainer tu pun tanya, kenapa tak pergi sebelum ni. Dua tahun dah buka. *Pening kepala nak jawab apa*. 

Banyak kategori boleh cuba. Yang slanting wall pun ada untuk professional.

Pergi hari ahad yang memang tak disangka-sangka. Mula-mula ingat nak survey dulu tempat tu dengan Syazul. Syazul la eksaited sangat nak cuba rock climbing ni. Beberapa minggu sebelum tu, sama-sama search dekat internet semua. Waktu pergi jam 3 petang cam tu, dia kate trainer takde dan kena datang jam 6 petang. 

Jadi, kami yang super eksaited ni, nak pergi jugak walau dah lambat dan esoknya ada kelas Epidemiology. Jam 5.45 gerak dari hostel dan sampai sana jam 6 petang. Bermula lah sesi rock climbing hingga jam 8.40 malam tu. 

Pengalaman kali pertama Rock Climbing
Nampak trainer tu panjat dekat batu-batu yang pelbagai saiz tu - 'Amboi, senangnya...'.  Tapi bila cuba sendiri untuk tahap yang rendah tanpa tali, Fuh. Serius mencabar! Kalau tak kena dengan cara memanjat dan pegang batu, teknik meletak kasut di posisi yang betul, memang takkan melekat jadi Spiderwoman.
^_^

Moment paling best - waktu panjat sampai ke atas sekali, dan kepala berjaya sampai ke ceiling. Rasa macam satu perasaan yang tak dapat nak gambarkan. Puas! Yes. Puas sangat. Berbaloi dengan apa yang kita dah belajar teknik yang betul dan duit yang dah bayar. 


Lesson Learnt - TRUST. It it the most important thing to get up there and to trust your partner. Your life depend on the rope hold by your partner. If she let go, then, you'll fall freely to the ground. If she hold tight, then you're safe. Trust her and you'll be alive. 

Serius. Tak sangka pula kena jaga tali untuk kawan sendiri waktu kat sana. Teknik ikatan yang betul. Setiap kali nak jatuhkan diri, akan cakap pada Syazul - 'Hajar percaya pada Syazul ni'. Kalau kat Malaysia kan, ada orang terlatih yang jaga kat bawah. Kat sini, diajar untuk berdikari. 

Pengalaman tidak dapat dilupakan - Waktu nak tangkap gambar atas ni. Ya Allah. Waktu ni dah penat sangat tak terhingga. Tapi sebab nak satu gambar yang ada kat atas, cuba juga. Sebelum panggil trainer tu untuk tangkapkan gambar, banyak kali sangat trial nak naik sampai atas dibuat tapi tidak berjaya. 

Yang ajaibnya, waktu untuk tangkap gambar, adrenaline rush sangat la kan. Jadi terer giler naik sampai atas dan berjaya lepas batu besar warna pink tu. Naik dari belah tepi sana. Lepas tu, memang tergelak habis ingat semula. 

Secara keseluruhan, ia merupakan pengalaman yang tak dapat dilupakan. Untuk sesiapa yang ingin mencuba rock climbing kali pertama: 
  • Siapkan mental dan fizikal sebelum aktiviti. Kalau boleh, buat beberapa exercise beberapa hari sebelum. Jogging atau skipping pun boleh. 
  • Pakai kasut yang tidak licin dan ada grip bahagian depan.
  • Bawa teman yang anda percaya untuk jaga diri anda.
  • Pastikan pada keesokan harinya anda cuti kerana akan sakit seluruh badan untuk hari berikutnya. Ini serius! Rasa sengal-sengal badan. Bukan sengal yang lain oke. Hehe.   
Keesokan harinya, pergi kelas dengan sakit seluruh badan. Macam nak minta cuti je. Syazul pula luka bahagian tangan akibat terpegang batu yang tajam. Jadi, berhati-hati oke semasa melakukan aktiviti ini. Dan bawalah jiwa kental anda untuk terus sampai atas sekali. 

Partner of crime - Syahirah Zulhaimi...
^_^

P/s: If you wanna fall down on something or fall for a person, make sure you trust the person enough. Because if not, you're gonna fall hard to the ground. Selamat malam dunia. Esok cycle Paeds Surgery. 

10 comments:

  1. Wow! Tak pernah cuba lagi rock climbing ni.. Nampak macam kena guna banyak tenaga sbb nak panjat semua kan.. Phew! Apa-apa pun tahniah sbb berjaya! :D

    *tumpang tanya, awak yg menang mask giveaway dekat blog anis kan? Ada dapat email tak dari HiShop?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye ke Anis? Nanti saya contact Anis oke ;)

      Delete
    2. Hajarrr, blog hang apa takdak ruangan komen kalau nak komen kot iPad. Sighh.

      Btw cambessss rock climbing. Volgo ni boleh panjat mamaev aje la

      Delete
    3. Iye ke? Selalu comment ikut phone dan lappy. Nanti tengok la macam mana.

      Haha. Nak rock climbing kat mamaev pun boleh :D

      Delete
  2. tak perna pun mencuba rock climbing nie...confirm tak ternaik...

    ReplyDelete
  3. macam menarik jer wall climbing macam ni :)

    www.illyariffin.com

    ReplyDelete
  4. pernah try 1x. tapi macam xpandai aje rsa.. sbb tangan xkuat.

    ReplyDelete
  5. prnh buat 3 kali, tapi tak pernah pun smpai atas. sempat 3/4 je. haha

    ReplyDelete
  6. Saya tak pernah cuba rock climbing ni :'(

    ReplyDelete
  7. sis teringin gak nak try. tapi tak brapa yakin ngan diri sendiri. tapi mcm menarik jea kan. masa muda ni la nak cuba.hehe

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^