Thursday, 14 November 2013

Project Fun: Sauna Sakura

  
31 October 2013

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera....

Sauna! Siapa pernah cuba try test sauna angkat tangan. Best kan? Rasa macam tak nak tinggalkan tempat ni walaupun dah habiskan 2 jam kat sauna Sakura ni. Orang kata, sauna boleh cantikkan kulit kita dengan keluarkan toxin dalam badan, tapi kene pastikan untuk mandi semula lepas sauna. 

Tak lupa juga, dapat meningkatkan imuniti badan pada suhu yang agak tinggi. Sauna juga boleh mengeluarkan lebihan air dalam badan. Saya tak pasti bagaimana sauna di Malaysia. Orang kata bayar untuk sekali masuk ikut bilangan orang, dalam tu ramai orang sekali.

Berbeza dengan sauna kat Rusia. Kat sini, selalunya sauna disewa mengikut jam. Sebagai contoh, sauna Sakura yang kami pergi ni harganya 1300 Ruble (RM130) untuk satu jam. Minimum sewa 2 jam. Maksimum orang yang boleh masuk adalah 10 orang. Jadi, totalnya 2600 Ruble (RM260) untuk 2 jam. 

Yang seronok sauna kat sini, ada banyak kemudahan disediakan sekali, bukan bilik sauna sahaja tau! Ada swimming pool, steam room, sauna room, hall, and bedroom. Kira harga sewa tu untuk semua ni dan kira private sangat untuk 10 orang yang sewa sekali ni. Ekslusif kan! Rasanya Malaysia boleh cuba macam ni jugak. 

Jom tengok dalam Sauna Sakura....

Swimming pool. Rasa nak rendam dalam ni lama-lama.

Swimming pool. Rasanya masa duduk kat sini, paling lama berendam dalam kolam renang dia. Bukan pergi sauna namanya, pergi swimming pool! Hehe. Kolam ni nampak je kecil, tapi sebenarnya besar tau. Kira boleh la masuk semua orang dalam kolam ni sekali. Tinggi dia paras dada. 

Tapi kalau nak berenang kuak lentang dalam ni, memang tak boleh la kan. Untuk suka-suka, berborak, bertukar cerita, kira boleh la. Kira tempat hangout kat tengah-tengah. Best! Tak rugi bayar untuk kemudahan macam ni. 

Hall dekat tengah-tengah. Ada tv dan tempat karaoke.

Bilik sauna. Muat untuk 7-8 orang duduk. 

Bilik sauna. Panasnya~! Bilik sauna ni bukan yang macam elektronik keluarkan haba dan bahang je. Tapi bilik sauna manual yang kene letak air atas batu panas. Curah banyak-banyak air kat situ, boleh pengsan duduk dalam ni lama-lama. Serius panas. 

Tak lama pun duduk dalam bilik sauna ni. Swimming pool tu lagi tempting walaupun tak reti nak berenang. Nasib baik tak dalam sangat. Kat tempat hall tengah-tengah tu lawak. Punyalah semangat bawak lagu nak karaoke, nak pasang muvie la. Tapi memang takla. Lagi berbaloi habiskan masa dekat sauna, swimming pool dan steam room. 

Satu bilik tidur kalau dah penat sangat.

Steam room. Nice! Apa beza dengan sauna room? 

Steam room. Beza dengan sauna room adalah kelembapan bilik ni. Untuk sauna room, adalah sangat kering walaupun keluarkan haba dan bahang. Berbeza dengan steam room, wap air  panas akan keluar dengan sendiri dan jika sampai ke bahagian ceiling yang dipenuhi dengan tiles penuh, wap air akan terkondensasi dan menjadi titisan air. 

Menyebabkan bilik ini sentiasa berada dalam keadaan lembap. Gambar ini di ambil waktu tiada steam. Kalau waktu penuh dengan steam dan pintu ditutup, serius tak nampak hujung bilik tu. Teknik steam room ini juga digunakan di slimming centre terkenal, seperti London Weight Management. 

Itulah antara kemudahan di sini. Kira lengkaplah tempat ni untuk meluangkan masa dengan rakan-rakan. Waktu ni, pergi dengan groupmates dan parallel groupmates. Seronok sangat! Pergi direct lepas kelas Epidemiology dekat Minina. Bayangkan bawa beg berat-berat penuh dengan baju, tuala, dan macam-macam lagi. 

Sebelum tu, pergi makan dekat subway dan beli barang sikit dekat eurospar. Iyela, nanti mesti lapar lepas berenang. Jadi, siapkan perut awal-awal. Kami pergi 7 orang sebab agak susah nak kumpulkan tepat-tepat 10 orang. Jadi total yang perlu dibayar bahagi dengan tujuh. Seorang dalam 370 Ruble untuk dua jam. 

Untuk sesiapa yang ingin pergi ke Sauna dekat Nizhny, boleh tengok website ini.
Untuk Sauna Sakura, website ini.

Enjoying my time with you girls. 
Spending every moment with smile and joy.
Dari kiri: Nabila, saya, Insyirah, Farahin, Karen dan Adila. Plus Jona tengah ambil gambar. 

That's all for now.
Thank you for readin'

Nota hari ini: Rasa sangat tidak bijak jika pergi ke kelas dalam keadaan tidak bersedia. *Sigh*. Jom bijakkan diri baca Xray!

Nota hari esok: Eh, jumaat dah? Tak perasan masa berlalu terlalu pantas. Jangan lupa untuk jadikan setiap detik hidup ini bermakna. 

20 comments:

  1. pehh best nyee sauna cenggtuuu! btw cantiknye blog awakkk hihi :D

    ReplyDelete
  2. Wahhh, macam fantasi lah sauna tu, especially pokok yg kat tengah-tengah.
    Dah lama saya tak melawat blog akak. Dah berubah wajah rupanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat Teena! Rasa macam kat tengah-tengah hutan pun ade. Hehe..

      Delete
  3. Macam best je, macam best je ! Hehe.

    ReplyDelete
  4. Cantik sauna di sana, teruja tengok gambar2 di entri ini. Ermm salam kenal Siti Hajar.

    ReplyDelete
  5. Wah cantik tempat sauna ini, pertama kali sinngah ke blog ini. Menarik boleh dengar kisah dari sana, dah masukkan blog Siti Hajar dalam bloglist saya.

    ReplyDelete
  6. salam singgah pagi
    thanks sudi follow anum
    anum singgah and follow back
    tq

    ReplyDelete
  7. Salam....

    wah...menarik jugak sauna kat sana rupanya...sy pernah laa jugak pergi sauna sekali dua kat malaysia tapi takde laa cantik macam kat sana..hehehe..

    p/s: follow sini

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. salam adik....
    this is my first time akak singgah sini...masih di Russia?dah lama akak x bersauna..even nak urut satu badan pun x ada masa...bz aje...salam kenal..akak follow..

    ReplyDelete
  9. wah macam cantik jekkk...tp mesia ni panas...takyah sauna pun takpe..hehe

    ReplyDelete
  10. tak pernah bersauna berspa bagai...huhu...kesian kan,tapi teringinnnnnnnnnnnnnn sangat2:)

    ReplyDelete
  11. Salam, wahhh sy ingat di malaysia, rupanya bukan..patutlah tempat nya nmpk ekslusiv dan mcm jarang lihat berbanding sauna2 yg ade kat sini, sgt cantik dan rse mcm nak pergi je..haha..kemudahan pon lengkap, berbaloi lah dgn bayaran..
    haha sy xpernah g sauna, setakat rendam kaki kt kolam air panas pernah lah, hehehe :p

    ReplyDelete
  12. cantik nye sauna sane! swimming pool menarik sgt :)

    ReplyDelete
  13. Yup. Masih tinggal di Russia lagi setahun setengah insyaAllah. Salam kenal juga ;)

    ReplyDelete
  14. perhhh..best giler la dik.murah jugak kalau dapat share ramai2 gini. rasa exclusive tempat gini.cantik lak tu.

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^