Saturday, 16 November 2013

Travelogue: Milan. City of Fashion

 
Milano, Italia. January 2012.

Assalamualaikum
dan salam sejahtera....

Update kali in lagi dah berkurun lama. Cuti musim sejuk sewaktu tahun pengajian ketiga. Ia merupakan sambungan dari Travelogue: Berlin dan bersama dengan orang yang sama. Saya, Adila, Pong, Pojan, Bashir, dan Apar. Jom jalan sekitar Milan pula kali ini. 

Milan, Italy. Ia merupakan bandar fashionista yang penuh dengan pereka-pereka terkenal. Sekali gus menjadikan Milan sebagai pusat beli-belah terkenal di dunia. Iye la, cuba tengok drama-drama semua. Kalau nak shopping pegi mana? Milan jugak kan. Apa Yang Menarik dekat sini? Jom lihat...


Stadio San Siro, Milano.
Memang tempat yang mesti pergi untuk peminat bola. Terutamanya pasukan AC Milan, kerana di sinilah tempat mereka berlatih untuk ke UEFA. Eh ye UEFA? Sori bukan peminat bola sepak. Stadium ini memang terletak di Milan, tapi untuk sampai ke sana, perlu naik metro dan berjalan agak jauh untuk sampai ke sana. 

Disebabkan kami pergi dengan rakan-rakan lelaki juga, merekalah yang eksaited nak masuk stadium ini. Untuk masuk stadium, tak ingat dah kena bayar berapa sebab saya sendiri pun tak masuk. Pong, Apar dan Pojan yang masuk dalam stadium.

Pagar belakang stadium ni. Tinggi tak tinggi...

Bukan apa, saya sendiri tak minat dengan bola. Cukuplah satu pengalaman masuk ke dalam stadium Manchester United. MU banyak pemain yang terkenal dan stadiumnya sangat terkenal. Jadi, untuk stadium San Siro, saya tunggu mereka di luar sahaja. 

Perjalanan pergi dan balik yang jauh dengan perlu berjalan kaki menyebabkan banyaklah gambar yang diambil sepanjang perjalanan. Banyak graffiti-graffiti menarik dilukis di dinding sepanjang perjalanan. Berbakat jugak orang Milan ni. Rasanya dinding ini memang disediakan untuk melukis graffiti bagi mengelakkan vandalisme di tempat lain.

Adila Ismail dan perjalanan yang masih jauh di hadapan....

Graffiti sepanjang perjalanan ke stadium San Siro. 

Graffiti lagi ^_^

Piazza del Duomo, Milan.
Ini adalah Gothic Cathedral terbesar di dunia. Pembinaan bermula pada tahun 1386 dan mengambil masa 500 tahun untuk siap. Disebabkan punyai 3200 patung yang diukir di sekeliling dan di dalamnya. Oke. Baru tahu info ni masa google tadi sebab nak cari nama sebenar tempat ni. 

Sebenarnya, pelancong dibenarkan masuk dan naik ke tingkat atas Duomo ni, tapi kami tak naik pun atas Duomo ni. Semua pun tengah kelaparan, konflik itu dan ini, menyebabkan masing-masing tidak naik. Haha. Lawak ingat balik peristiwa di tengah-tengah Duomo ni. If you're reading this Adila ^^. 

Piazza del Duomo...

Bashirushdan. The tourist.

Banyak sangat orang buat tricks dekat tengah-tengah tempat ni. Antara cara mereka adalah dengan menggunakan teknik makanan burung. Banyak sangat burung merpati terbang sekitar tempat ni, jadi mereka minta tangan kita dan meletakkan makanan burung di atas tangan kita. Burung pun berduyun-duyun terbang pada kita dan berjaya ambil gambar yang cantik. Selepas itu, mereka meminta 1-5 Euro untuk makanan burung itu. Sangat tidak berpatutan!

Cara lain, merekan mengambil tangan kita dan mengikat benang menjadi gelang. Setelah siap cantik kat tangan, kita dikehendaki untuk membayarnya. Haiyaaa. Jadi kenalah sentiasa berhati-hati dengan tangan kita. Kebanyakan antara mereka adalah orang luar, bukan penduduk Italy sendiri. 

Pintu masuk Galeria Vittorio Emanuele...

Galeria Vittorio Emanuele II
Bangunan ini terletak di sebelah Duomo sahaja. Jadi, kira dua tempat dalam satu masa. Nama Galeria ini diambil dari nama Raja pertam Italy. Terdapat banyak kedai-kedai ekslusif, cafe dan restaurant. Bila kata kedai ekslusif, memang ekslusif habis! Louis Vuitton, Gucci, Prada, semua kat sini. 

Kita pelajar-pelajar ni, jadi window shoppers je la kat situ. Masuk kejap je kat dalam ni dan ambil gambar. Lepas tu, terus keluar dan pergi makan sebab semua dah lapar sangat. Otak pun tak berfungsi dengan betul masa tengah lapar. 

Dalam Galeria itu sendiri. Kedai kanan tu Prada...

Shopping dan Window Shopping
Siapa yang tak nak shopping kalau dah sampai Milan kan! Kami pergi ke walking street di Milan. Tapi tak ingat dah jalan apa sebab banyak sangat tempat shopping kat sana. Ni kira tempat yang mahal jugak, tapi kurang sikit berbanding dengan Galeria atas tu. Kira affordable untuk student la.

Kedai macam Zara, H&M, Guess, United colour of Benetton dan sebagainya ada kat sini. Kan tengah winter sale, jadi memang ramai orang di sini sehingga kedai tutup. Kedai tutup selalunya jam 6-8 malam. Awal kan? 

Zara kat sini ada untuk lelaki dan perempuan, kedai yang berasingan. Tapi, barang kat Zara bila waktu sale dan belah petang, memang semua berlonggok-longgok je. Tak larat kalau jadi tukang lipat baju kat Zara ni. Boleh pengsan terus. 

Sebenarnya nak cari hadiah hantaran untuk abang saya yang nak menikah waktu saya pulang cuti musim panas nanti. Bukan main lagi nak hantaran dari Milan. Yang beli kat sini adalah purse untuk belah perempaun. Design dia oke la, tapi kena pandai cari. Tapi overall, tak shopping sangat pun untuk diri sendiri kat Milan. Banyak shopping kat Florence sebab rumah dekat center of shopping.

Next stop, Venice! My favourite...

Rasanya, ini gambar pertama yang ada kami berenam...
3rd Year Medical Student. January 2012.
A memory to kept forever.

That's all for now.
Thank you for readin'
^_^

18 comments:

  1. Salam ziarah dan follow kembali. Memandangkan sekarang dah mengantuk, nanti saya datang lagi. Nak baca catatan si pengembara. :)

    Salam kenal.

    ReplyDelete
  2. Baru semalam akak saya cakap nak pergi Milan. Saya suka reka bentuk bangunan di sana, unik terutamanya yang Piazza. Graffiti tu pun cantik. Shopping kat sana mahal tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shopping kalau kat Duomo tu, memang kategori tak mampu la. Mahal sangat.. Tapi kalau shopping dekat walking street, kira affordable je untuk student. Murah je brand name semua sebab tengah sale ^^

      Delete
  3. best jadi pelajar oversea. leh g jalan2 seluruh dunia.

    ada kawan saya punya caption "this world is my playground" =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Never used that caption before. Maybe can use it now ;)

      Delete
  4. selama ni belajar Sejarah, sebut pasal Venice. ada banyak lagi gambar kt Venice tak? hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sangat nak cerita pasal Venice lepas travelogue ni. Sebab venice sangat cantik. Tunggu next travelogue ye bila ada masa lapang ;)

      Delete
  5. wow.. terpesona..
    untungnyer bpluang kesana..bangunan cantik2..penuh kesenian..
    n cara capture pic pon sgt cantik !

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Datang singgah sini buat kali pertama :)

    Seronok tengok semua gambar. Untung dapat peluang teroka negara lain. Saya pun teringin nak buat trip macam ni especially Europe trip tapi kena simpan duit dulu la. Hihi.

    ReplyDelete
  7. kwn saya study kat us sampai master . dia kata dah round hampir satu dunia ...

    ReplyDelete
  8. sgt suka dgn design bermacam2 kt dinding..memang kreatif.

    ReplyDelete
  9. seronoknya dear :) dah dduk oversea jalan2 kat sana.. all the best for your future as well .

    ReplyDelete
  10. wah...bestnyer...suka sis tgk bangunan2 kat sana.cantik la bangunan Piazza del Duomo. teringin jea nak pi sna.

    ReplyDelete
  11. wahhh... seronoknye..tak tahu nak ckp ape.. pengalaman yang tak dpt dijual beli...

    ReplyDelete
  12. Bagusnya,berjalan menikmati alam sejarah dapat mematangkan pengalaman hidup.

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^