Monday, 9 December 2013

Pre-Tuberculosis Exam.

7 December 2013
Walkside in front hostel post-workout at gym.

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera...

Update belog 15 minit. Salji dah lebat kat Nizhny! Tiap-tiap hari jalan macam bawa berat muatan lebih sebab kena pakai baju berlapis-lapis dan seluar pun berlapis. Oh, tak lupa pada salji di daratan yang memberatkan lagi perjalanan. Macam jalan dekat pasir tepi pantai! Perlu lebih banyak tenaga. 

Apatah lagi bila dah lambat untuk ke kelas. Macam nak lari, tapi tak boleh sebab ada bahagian yang seperti ais, ada bahagian tanah yang seperti padang pasir. Di tambah dengan tiada bas sebab salji tebal. Oke, akibatnya lambat setengah jam lewat ke kelas hari ini. Kawan-kawan lain pun sama. Kira sama-sama lambat untuk hari ini. 

Exam TB! Khamis ni. Mohon doa semua pembaca yang berhati mulia semua, agar dipermudahkan peperiksaan ini. Semua X-ray nampak macam sama je. *Nanges*. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Takpe Hajar, usaha tu penting. Learning is a process. Belajar untuk ilmu yang akan melekat dekat kepala. Bukan untuk exam sahaja oke. Lagipun kes TB dah banyak kat Malaysia tu. 

Oke. Cukup 15 minit. Jom study! 
P/s: Jemput follow Instagram saya @schajar. Tapi serious. Jarang update sangat. 

10 comments:

  1. Selamat belajar yea, insyallah boleh buat tu. Study,doa buat solat hajat insyaallah dapat jawap dengan baik exam nanti.

    ReplyDelete
  2. semuga jadi doktor muslimah terbaik untuk malaysia satu harinanti... belajar kerana Allah, insyaAllah mudah...

    ReplyDelete
  3. Good Luck yer.Semoga dipermudahkan.Amin...

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan semasa menjawab exam nanti.
    Bestnya dapat main salji!

    ReplyDelete
  5. good luck! waa rindu pulak dgn snow nihh.sobsob

    ReplyDelete
  6. x ray tu kalau dalam ada screw driver, pensel, boleh Nampak la kot? tapi selain tu memang ye la semua sama..haha.

    ReplyDelete
  7. salam.saie dri contest I follow u syiralokman.done follow sni.hmm syoknnye maen salji

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum awak. kesiannya nak jalan g U.. jenuh haihh nak melangkah kann. saya dah follow instagram awak. hihi

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^