Monday, 30 December 2013

Project Fun: Pool Billiard

19 December 2013
Fantastika Shopping Complex

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Pengalaman Pool Billiard untuk kali pertama! Siapa pernah cuba main pool? Oke. Jangan terperanjat ye semua. Nanti tak pasal-pasal kena kritik tentang perempuan pergi main pool. Sebelum membuat andaian apa-apa, meh dengar saya cerita dulu ye. 

Jadi, pada beberapa minggu lepas, Kelab Umno Luar Negara - Nizhny Novgorod, telah menganjurkan sukan pool dan bowling untuk pelajar-pelajar di sini. Banyak lagi sebenarnya aktiviti yang telah dianjurkan oleh kelab ini untuk mengeratkan hubungan sesama pelajar. Antaranya, hari keluarga, hari sukan, dan macam-macam lagi lah.

Jadi, untuk sukan pool dan bowling ini pun diasingkan antara lelaki dan perempuan. Perempuan pada hari khamis jam 4 petang, bukan malam ye. Lelaki hari jumaat jam berapa entah. Lebih selesa kalau asingkan kan. Kami juga bermain di tempat yang terbuka, sebelah meja pool tu, ada bowling lines. Waktu tu, budak-budak kecil tengah main bowling dekat sebelah. 

The best moment is when the ball fall on the corner of the table.

When there's No Harm in trying something new...

Ini merupakan pengalaman pertama saya dan banyak orang yang lain untuk main pool. Fuh, memang epik la! Saya dan Adila satu kumpulan. Permainan pertama dengan kumpulan Kak Amal. Memang amatur habis. Tembak angin je pada kebanyakan kali. Serius. Nampak dalam movie dan orang yang hebat main, macam senang. Realiti untuk pertama kali, harapan la nak kena bola. Haha. 

Setiap kali dah target bola, dan letakkan stick dekat posisi yang betul, tapi memerlukan force yang kuat untuk berselerakkan bola, jadinya - tembak angin sahaja sebab stick lari dari tangan sebelah kiri yang tidak dominan. Kesalahan lain adalah mengangkat kepala sebelum shoot bola. Lari habis dari target. Perlawanan pertama kami kalah teruk. Tapi ambil sebagai pengajaran. 

Untuk perlawanan kedua dengan kumpulan Atirah dan Ejoe. Fuh, mereka ni pakar! Pernah main dah sebelum ni dekat Turki. Gaya profesional habis. Keseluruhan untuk perlawanan kedua sangat sengit. Cewah. Dah belajar dari pengalaman. Shoot pun takde lah tembak angin je. Ada juga terkena pada bola. Perlawanan tamat dengan meninggalkan satu bola kuning milik kami. Nice game! 


Saya, Ejoe, Atirah, Adila...
Baju formal sebab pagi tu ade conference Diabetes sempena Diabetes day.

That's all for now.
Thank you for reading.

10 comments:

  1. wah.mcm best je kan. penah gk follow hubby dlu skali tp x reti laa main hihi

    ReplyDelete
  2. Saya tak pernah main pun. Dan saya rasa tahun ni first time kot saya pernah main bowling. Kesian kan, ketinggalan zaman. Huhu

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru 2014
    semoga semua impian tahun 2013 telah tercapai :)

    ReplyDelete
  4. tak penah main....dua2 pon tak pernah...old skool la akk

    ReplyDelete
  5. salam pekenalan dari umi ..

    bestnya main pool .. umi belum pernah lagi try hihi

    ReplyDelete
  6. sayabtak pernah main pool tgk ada ler . confirm bola melenting klu saya yg main !

    ReplyDelete
  7. hi awak.hehe..follow awak...hehe...

    ReplyDelete
  8. suggest la main ice-hockey.. Russia kuat ni game. Dahsyat!! haha.

    ReplyDelete
  9. eh...ade nmpk name blog sy kat bloglist laaaa..tq ('',)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum awak. bestnya main pool. saya pandai tengok je tak pandai main. hehhee. ohh awak 23 years old ye. panggil adik boleh? hehhe saya atas setahun :)

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^