Tuesday, 24 December 2013

Travelogue: Venice. City of River and Bridges.

Venezia, Italia.

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Amaran. Entri ini penuh dengan gambar. Lambat loading....

Januari. Tahun 2012. Venice, Italy. Pengalaman suka dan duka. Pemandangan. Segalanya terasa indah. Bagai berada dalam mimpi. Cewahhh. Tempat yang sangat tenang, setenang air di lautan tanpa ombak. Tempat yang banyak penggambaran cerita berlangsung di sini. Antaranya, The Tourist lakonan Johny Depp dan Angelina Jolie. 

Setelah pergi ke Paris, France, saya rasa Paris lah paling cantik antara semua kerana adanya Eiffel Tower. Tapi ternyata salah, kerana Venice, adalah tempat yang jauh lebih indah. Ketenangannya sangat mengagumkan. Tidak boleh dibicarakan dengan berapa patah perkataan pun. Kalau ada sesiapa yang nak pergi honeymoon, sila ke Venice oke. Recommended! 

Antara canal di Lido Island. 
Bot menjadi pengankutan utama seperti kereta di bandar ini. 

Jadi, selepas berada di kota fesyen di Milan, kami berangkat menaiki trenItalia ke Venice. Venice merupakan bandar yang dikelilingi sungai dan jalan-jalannya dihubungkan melalui berapa ratusan jambatan. Terdapat satu Grand Canal yang menjadi laluan utama sungai di bandar Venice. 

Kami memilih untuk tinggal di Hotel di sebuah pulau luar dari Venice. Lido Island. Menawarkan harga yang murah berbanding dengan hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Venice. Reiter Hotel. Hotel ni saya recommend untuk sesiapa yang ingin tinggal di Venice dan naik bot banyak kali. 

Kedudukannya agak jauh sedikit dari tengah-tengah bandar, menyebabkan perlu menaiki bot selama 15-30 minit untuk pergi dan pulan ke hotel. Tapi, dah kata pergi Venice kan. Mesti nak naik bot banyak kali kan3! Kecuali kalau mabuk laut la. Itu, sila ambil hotel di tengah-tengah bandar. 

Perjalanan menaiki bot dari Lido Island. 
Nampak tulisan bawah tu. Tu macam stesen yang akan berhenti macam LRT. 

Lido Island
Tempat tinggal kami. Kami sampai tengahari, dan terus check in pada hotel dan rehat selepas perjalanan yang panjang. Di sini, kami dikelilingi laut! Oh, perasaan gembira lepas nampak ombak di lautan sebab kalau dekat Russia waktu musim sejuk, sungai pun beku. Semua beku. Di sini, walaupun musim sejuk, terasa seperti musim luruh atau musim bunga di Russia. 

Laut! Pantai. Oh, rindu....
Adila Ismail dan Siti Hajar mencipta memori.

Piazza San Marco
St. Mark Square. Ia seperti dataran yang luas di tengah-tengah bandar Venice. Macam meeting point kalau tersesat di bandar ini. Oke, memang ada kemungkinan untuk tersesat sebab lorong-lorong yang kita lalu, macam dah pernah lalu banyak kali. Jalan dia pula macam maze dan semestinya boleh tersesat walaupun baca peta seribu kali. 

Berdekatan dengan dataran ini, terdapat banyak tempat menarik seperti Doge's Palace, teater-teater terkenal, galeri dan jambatan terkenal, tapi bukan Rialto Bridge. Serius, sebelah-sebelah je semua bangunan terkenal ni semua. Ada satu jambatan ni, tengok kecil je, tapi semua orang ambil gambar. Rupanya salah satu attractions dekat Venice. 

Tu, bangunan tinggi tu. Ramai sangat dengan pelancong di dataran ini. 

Kami. Di tengah-tengah Piazza San Marco. 

Memang penuh dengan burung merpati tempat ni. 
Cuma keluarkan cebisan biskut breakfast, dan letak pada tangan. 

Di sinilah terdapat Hard Rock cafe, dan tempat bermulanya untuk beli-belah souvenier. Tidak lupa juga butik-butik terkenal. Semua terletak di sini. Mula-mula macam tak percaya jugak, macam mana butik-butik terkenal seperti Zara, Massimo Dutti (brand famous made in Italy), Mango, Ferrari semua nak ada kat lorong-lorong kecil ni. Dah la boleh sesat kat lorong-lorong ni. 

Tapi, dengan susunan, jambatan, tangga dan sebagainya, semua jadi cantik je. Satu je, memang kena ingat jalan dan lorong yang dah lalu sebab kalau tidak, memang akan sesat dan tak jumpa pangkal jalan. Kedai souvenier pun banyak dekat sini. 

Antara yang paling femes kena beli adalah masquerade handmade in Italy. Apa perbezaannya? Kalau yang dibuat di Italy, memang ada tag khas menunjukkan dari Italy. Untuk masquerade yang jenis keras dan bercorak, ia sebenarnya tidak dibuat menggunakan plastik. Ia dibuat menggunakan lapisan kertas yang banyak, dibasah, dibentuk dan dikeringkan. Jika yang diimport dari China, mereka menggunakan plastik. 

Jadi, saya dan Adila tidak lepaskan peluang untuk beli masquerade dari Italy ini. Harga berbeza mengikut corak dan jenis sama ada yang keras atau benang sulaman. Daripada RM40 hingga beratusan ringgit. Tapi sebab kat sana guna mata wang Euro - 8 Euro. Nampak murah la. Nampak je la. Saya beli yang jenis sulaman - 15 Euro sebagai kenangan. 

Masquerade. Nampak tu, jemput beli dengan kad kredit masing-masing. 

Kedai-kedai souvenier di tepi Piazza San Marco. Penuh!

Jumpa dengan batchmate perempuan yang buat trip ke Venice juga.
Nampak belakang tu, lorong-lorong shopping. Tiada mall ye di Venice.

Ponte di Rialto
Rialto Bridge. Antara jambatan yang paling terkenal dan paling tua yang melalui Grand Canal. Grand Canal ini dikira sebagai sungai utama di Venice. Jambatan ini sangat besar yang dipenuhi dengan orang setiap masa. Tapi, pemandangan dari sini, memang superb! Boleh nampak perjalanan sungai yang dipenuhi bot-bot dan gondola.

Di belakang itu. Rialto Bridge. 

Pemandangan dari atas Rialto Bridge. 
Lihat bot yang besar tu, itulah bot penumpang seperti bas yang kami naiki untuk pusing-pusingdi kota venice.

Gondola Sevice
Gondola? Apekah? Gondola ini adalah pengankutan seperti sampan yang wajib dinaiki jika anda berada di Venice! Antara Things-to-do in Venice. Kalau tak naik, tak sah sebab ia merupakan tarikan utama di sini. Gondola adalah seperti sampan yang didayung yang boleh memuatkan sehingga 6 orang di dalamnya.

Untung untuk kami, yang datang secara berenam. Cukup-cukup untuk naik satu Gondola. Bagaimana pula dengan harganya? Harganya adalah super duper mahal. Harganya berbeza mengikut laluan yang dilalui. Jika Gondola itu melalui Grand Canal, boleh mencecah 120-150 Euro (RM480-RM600). Itu adalah laluan Gondola yang termahal. 

Jika ia melalui lorong-lorong kecil dan tidak melalui Grand canal, harga mencecah 80-100 Euro (RM320-RM400). Perjalanan adalah selama 30 minit hingga 45 minit. Kami bercadang untuk menaiki laluan tanpa Grand Canal - 80 Euro untuk enam orang. Antara yang termurah boleh didapati. Tapi takpe, pengalaman itu yang tidak ternilai harganya. 

Service Gondola Danielle. 

Saat ini paling berharga...
Walaupun kecian dekat pakcik tua belakang tu kayuh kami berenam. 

'Eh. Macam best je naik Gondola ni!'

Seperti yang kita tahu, servis pengankutan utama di sini adalah bot. Jadi, kami membeli ticket bot secara online untuk mendapat harga yang sedikit murah berbanding beli terus pada hari kejadian. Bot di sini seperti bas, yang berhenti pada setiap stesen yang ditetapkan. Tidak lupa juga, pada bot taxi, bot polis dan bot ambulans. Yup! Ambulans pun guna bot tau. 

Ambulans versi bot. 

Keseluruhannya, Venice adalah bandar yang ingat indah dan tenang. Orang-orang di sini pun baik-baik belaka. Ais krim (Gelato) pun sedap. Tidak lupa pada pasaraya Billa dari Italy, tempat kami membeli biskut dan susu untuk sarapan pagi. Jadi, ia merupakan bandar yang seharusnya pergi sekali lagi. Too beautiful to resist. 

Makanan yang perlu di makan jika pergi ke Itali - Pasta dan Pizza! Its a must! Sebab di sinilah asalnya spagetti dan pizza yang bermacam-macam jenis. Kebanyakan pizza di Europ adalah thin-crust. Berbanding pizza di Malaysia yang kebanyakannya tebal-tebal. Dan pizza dia sangat besar! Penuh satu muka kita bila nak makan. Yummy~

Pizza yang sangat besar di Venice. Perisa Cendawan.

That's all for now.
Thank you for reading.
^_^

19 comments:

  1. venice lagi ok eh! heheh. teringinnyaa. tp entah bilalahh dapat jejak kaki sana. syokk tgk pic2 awak!

    ReplyDelete
  2. wah ! jeles gitu ... sgt menarik !

    ReplyDelete
  3. mnmmmm best nya dapat pegi venice . Selalu tgk kat tv ja rasa nya memang tak dak chance seumur hidup nak pegi ke sana .. ^_^

    ReplyDelete
  4. Best, seronok, enjoynya. Gambar tu amik sendiri ke? Fotogenik laaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade beberapa gambar kat atas amek dari photographer hebat. Tu yang cantik ^^

      Delete
  5. Seronok kan..akak x pnh sampai lg dan x tau la boleh sampai ke x...dlm mimpi je kot..

    ReplyDelete
  6. seronoknya dapat berjalan ke sana .. :)

    ReplyDelete
  7. Wah seronoknya. Bagusnya Ambulans versi bot pun ada juga.

    ReplyDelete
  8. best nya,,journey yg trbaik ,, rasanya mmerlukan wang sckup2nya nk jln2 kt itali ,, no wonder la klau 2000 kat purse,,hhehehe

    ReplyDelete
  9. pengalaman yang tak dpt dibeli.. mmg menarik la dik.. bertuah sgt badan dpt merasa pengalaman yang tak semua org dpt...

    ReplyDelete
  10. wahhhhh... ni Mayor Venice baca ni, I think dia offer awak jadi Ambassador Venice.
    Orang semua agaknya lepas baca macam sekarang jugak nak naik sampan kayuh gi Venice hahaha...

    ReplyDelete
  11. cantik gila venice!!tgk masquerade tu teringat cerita kasanova

    venice kalau kat malaysia nie Melaka la kannn..hahahahha

    ReplyDelete
  12. Salam kenal...

    Seronoknya dapat berjalan ke Venice... Nampak menarik... ^__^

    ReplyDelete
  13. wahhh!! bestnyaaa,,,, heee.. >.<

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum. nangis baca ni. sangat cantik Venice tu. Subhanallah. bertuah awak dapat jejak ke sana. best gila tengok gambar2 ni. *sambung nangis terharu* heheheee

    ReplyDelete
  15. best nya...muda2 dah dpt gi melancong jauh2...study oversea...semoga terus sukses.. :)

    sy dah lama teringin nak gie italy, tapi tak tahu lah dpt pegi ke tak...huhuhu.. :(

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^