Saturday, 4 January 2014

New Year's Resolutions

St. Basil Cathedral, Moscow.
1 January 2014

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera....

Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua. Di bumi Soviet ini, kami menyambut tahun baru selama seminggu kerana Christmas di sini adalah pada 7 January setiap tahun. Mereka menganut agama Kristian Orthodox mengikut kalendar yang lain dari Kristian biasa.

Jadi, ini adalah cuti yang terpanjang yang dinikmati oleh semua pelajar di sini. Setiap kali tahun baru, dapat cuti universiti selama seminggu. Cuti inilah yang perlu digunakan sebaiknya untuk mengulangkaji pelajaran kerana selepas ini kami bakal menduduki peperiksaan semester. *study mood activated*

Untuk sambutan tahun baru kali ini, saya dan beberapa rakan lain menyambut di dalam tren ke Moscow, ibu kota Russia. Saya belajar di Nizhny Novgorod, dalam 600-800km dari Moscow. Selama 3 hari kami ada program di sana. Tapi pada pagi hari pertama, dan petang hari terakhir adalah program bebas. Tak lupa untuk berjalan sekitar Moscow. 

Pengajaran dari Cheongdamdong Alice
Siapa pernah tengok cerita korea ni? Banyak sangat pengajaran yang saya ambil dari cerita ini. Sekarang masih menonton setiap kali waktu makan. Cerita ini mengisahkan seorang wanita yang percaya dengan "L'effort est ma force" - Effort is my force. Memang dia berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap perkara walaupun keluarganya miskin. Mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan. Tapi nasibnya selalu malang, dan usahanya selalu tidak membuahkan hasil.

Untuk jalan pintas, dia bercadang untuk mencari seorang lelaki kaya dan menggunakan lelaki tersebut untuk menjadi kaya. Banyak lagi konflik dalam cerita ni, kalau cerita, memang tak habes entry saya kali ini. Lelaki tersebut jatuh cinta dan wanita tersebut rasa bersalah kerana niatnya menggunakan lelaki tersebut, walaupun dia sendiri sudah jatuh cinta pada lelaki tersebut. 

Lelaki tersebut pun meninggalkan wanita itu. Dan pengajaran untuk wanita tersebut adalah memang tiada jalan pintas untuk berjaya. Usaha sendiri itu penting. Akhirnya, harusla mereka bersatu sebab ini drama korea. Tapi dalam realiti, ending sebegini hanyalah satu dalam sejuta di dalam realiti. 

Pengajaran dari cerita ini saya ambil sebagai resolusi tahun baru. Cerita Alice in Wonderland yang penuh dengan keindahan, dengan tea party, white rabbit, and everything sweet. Pernah teringat apakah kesudahan cerita ini? Kesudahannya adalah semuanya hanyalah sebuah MIMPI. Apabila Alice bangun dan menyedari ia bukanlah kenyataan. 

Resolusi Tahun 2014
Kehidupan dan Pelajaran 
  • "L'effort est ma force" - Effort is my strength. Do everything with my full effort. Life is like a recipe book. If you follow the recipe and the instruction for combining the ingredient, you'll surely succeed InsyaAllah. The result of effort won't betray you. 
  • Don't be a day dreamer. Because after all, it is just a dream. Stay with the reality of your life. Just live your life. Its okay to dream big, but attach it with huge efforts too
  • Family always first. Love them.
  • Take chance. No regret. Try something new. Get the experience. And don't be afraid to overcome anything that you fear. 
Letakkan niat semua di atas Lillahi Taala, kerana segala usaha atau perkara tanpa niat kerana Allah, akan menjadi sia-sia. Rugi kan? Setelah mendapat Daurah (Program Agama) selama tiga hari berturut-turut, pada tahun baru, memang tidak dinafikan semangat berkobar-kobar itu pasti ada. Setiap tahun. 

Perasaan bercampur-baur, antara perkara negatif yang perlu ditinggalkan dan perkara positif yang perlu ditambah. Terlalu banyak. Tapi, perlu dilakukan sedikit demi sedikit, tetapi berterusan. Susah, kerana kadang-kadang perkara tersebut sudah jadi kebiasaan yang melekat dalam diri. Takpe, asal kita cuba okey?
^_^

*Jangan lupa Al-Mulk sebelum tidur.
*Mutabaah amal sila sempurnakan.

Kesihatan
Mengamalkan gaya hidup sihat. Makanan yang sihat dan teruskan dengan Diet Atkin sehingga mencapai target berat badan yang diingini. Physical exercise sekurang-kurangnya 2 kali seminggu setiap hari minggu di gym di Miza, kecuali ada perkara yang lebih penting yang perlu dihadiri atau peperiksaan pada minggu berikutnya. 

Love Life
Umur pun dah 23 tahun ini. Jemputan perkahwinan dah banyak. Tapi saya percaya pada jodoh. Jodoh itu sebenarnya dah tertulis. Bila tiba masanya, ia akan datang dan segalanya menjadi mudah. When the times comes, the chemistry will sparks, and you know he's the one. 

Inilah antara resolusi tahun 2014. Mampu atau tidak? L'effort est ma force. I'll do my best! Apakah resolusi anda semua untuk tahun baru ini?

That's all for now
Thank you for readin'

*Akan jarang update blog hingga akhir bulan Januari kerana akan sibuk untuk menumpukan pada peperiksaan Pediatrics pada 21 Januari dan Epidemiology pada 27 atau 28 Januari. Doakan dipermudahkan segalanya untuk saya. Amin. 

18 comments:

  1. goodluck ye exam nnt..bestnya cuti lamaa.syok bole jln2..bile la nk smpai moscow ni hehe..happy new year!

    ReplyDelete
  2. syok la jalan2..hehe...jwb leklok exam tu ye :) doa bnyk2

    ReplyDelete
  3. bila la kita ni boleh sampai kat negara orang. untunglah diaa.. hahah. anyway, gud luck n enjoy to be there :)

    ReplyDelete
  4. Dah lama saya tak ikut aktiviti Daurah since dah kerja ni.
    All the best ye sis :) gud luck in your exams.

    ReplyDelete
  5. good luck for your exam, semoga dipermudahkan segala impian...ameen :)

    ReplyDelete
  6. happy new year Siti.. Cheongdamdong Alice tu mmg fiza ngk.. semoga segala azam yg dihajati tercapai.. amin...

    ReplyDelete
  7. Selamat maju jaya untuk tahun 2014 ini siti. Semoga bertambah sihat dan di mudahkan urusan belajar di sana.

    ReplyDelete
  8. "When the times comes, the chemistry will sparks, and you know he's the one"

    Btol3..xyah gopoh2..si dia ade je kat lua sne..cme mb lmbt sket nk jmp..saba menunggu okey? Hehe..gud luck for the exam dear :)

    ReplyDelete
  9. Selamat menghadapi peperiksaan..semoga Siti Hajar sentiasa di dalam rahmatNya serta dipermudahkan olehNya semua urusan...aamiin

    Seronok membaca kisah travelog awak di negara orang..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum awak. thanks sudi follow blog umi-to-be. hehe. salam perkenalan ye. saya follow sini jua. hehe. bestnya awak study kat overseas. semoga menjaga kesihatan ye :)

    ReplyDelete
  11. I just realised how did they clean up the St Basil colourful towers and domes? Cantikkk eh.
    Is it tiap2 hari panjat2 or what?
    haha

    ReplyDelete
  12. Hepy new year...
    Bestnya duk negara orng ye...thx sudi singgh blog sy...

    ReplyDelete
  13. salam thn baru dr bumi mesia..weee :) semoga segala resolusi 2014 awk akan tercapai,InsyaALLAH

    ReplyDelete
  14. Wahh..bestnya tahun baru die..harap-harap apa yng diimpikan tercapai. Amin :)

    ReplyDelete
  15. panjang nya list. hihi.. moga tercapai ye :)

    ReplyDelete
  16. selamat tahun baru !!

    :)

    bw here ..follow me if blm ... i will follow back ! ^^ salam ukhwah .. :)

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^