Saturday, 22 February 2014

Meet Olaf - The Snowman.

Built a Snowman with girlfriend, Adila Ismail. 
19th February 2014

Assalamualaikum
dan salam sejahtera....

Its weekend again! Mesti semua tengah berseronok dan bergembira dengan orang tersayang kan3? Hari minggu lah kita ada masa untuk bersama keluarga atau kawan-kawan. Nanti bila masuk hari Isnin je, mesti monday blues. Eh, tak boleh tau macam tu. Kena berdisipilin sikit. Lagi dua minggu nak exam opthalmology. 

Oke. Ini kisah beberapa hari lepas. Waktu ni, kami bercuti di tengah-tengah minggu masa kelas Traumatologi. Setelah lama tak turun salji, sebab suhu yang semakin meningkat, tiba-tiba, bangun pagi dan tengok luar tingkap. Ya Allah. Cantiknya! Its snowing. So beautiful. Pure white. All over the ground and hanging on the trees. 

Lepas tu, mulalah tanya Adila - Jom pergi park depan hostel. Membazir sangat nak rugikan hari yang cantik ni. Bila lagi nak tangkap gambar dengan salji. Mana tahu lepas ni tak snowing lagi kan. Adila pulak suka sangat pergi park untuk tenangkan fikiran. Jadi, kami pergi dengan tujuan nak main slide and photoshoot. 

 
View dari atas slide (gelungsor) sebelum turun dekat snow bergolek-golek. 

Slide ni memang akan dipasang pada musim sejuk sahaja. Kalau dah musim bunga lepas ni, mesti kena cabut balik. Sebab tak sejuk sangat tahun ni, slide ni jadi sangat kesat dan tak smooth. Nasib baik bawa tempat duduk untuk alas untuk turun laju sikit. Kalau sejuk lagi, selalu akan ada satu lapisan ais atas slide ni, jadi memang akan turun dengan lajunya. 

Bila dah puas main slide, ingat nak pergi jalan-jalan sambil menikmati pemandangan yang awesome ni. Bila tengok-tengok salji yang tinggi dan tambahan jenis yang melekat, kami pun dengan spontan bercadang nak buat snowman. Serius. Sebab tu la, snowman kami takde aksesori apa-apa pun. Carrot untuk jadikan hidung Olaf pun takde. Huhu. 

Adila trimming the snowman head. 
Behind her, a mom and a son rolled the snow to make the body of snowman. 

Teknik yang kami guna - Gulung snow macam karpet! Amazing! Sebenarnya kali pertama guna cara ni. Sebelum ni buat snowman masa salji turun, tapi bukan salji yang jenis melekat antara satu sama lain. Jadi, kena tempek-tempek salji sehingga besar. Ayah saya dah kata banyak kali dah - just rolled the snow. Pastu, kami pun cuba la gulung salji dari satu gumpalan padat sebesar genggaman tangan. 

Tak sampai sepuluh minit pun, dah siap gulung badan Olaf! Tapi serius, berat sangat, walaupun hanya tolak salji sebab semua salji yang dilalui oleh badan Olaf ni, melekat kat situ. Perlu kekuatan saya dan Adila untuk menolak badan Olaf. Tak dapat bayang kalau nak buat snowman besar lagi. *Pengsan*

"Do you wanna build a snowman? Come. Lets go and play."
-Frozen, Disney- 

Dan akhirnya, Olaf dah siap! Cuma. Tiada aksesori yang lengkap. Guna ranting kayu untuk buat mata, mulut dan tangan Olaf. Hidung Olaf pun takde. Riben tu dapat pinjam dari pakcik yang tengah potong pokok Krismas dekat park tu. Kalau perasaan, dekat gambar slide kat atas, pokok krismas tu dah separuh botak, sebab ada orang tengah potong pokok tu. Pinjam kejap riben dekorasi pokok krismas untuk buat riben baju Olaf. 
^_^

Lepas dah sejuk buat snowman, akhirnya balik terus je kat hostel, tanpa jalan-jalan dan tangkap gambar dengan pemandangan. Penat dah dan sejuk beku dah tangan. Dua-dua kami pun tak pakai sarung tangan water-proof. Habis lencun glove. But its worth it! Love the moment. The environment. and my beloved groupmate and bestie. 

Last sekali, Olaf pun nak selca dalam gambar oke!

That's all for now
Thank you for readin'
^_^

19 comments:

  1. Aaaaaaaaa, bestnya. Snowman tu sangat comel :D

    Semalam ingat nak buat snowman tapi hujan pula. Memang tak de la nak buat.

    ReplyDelete
  2. bestnya hajar,,, huhuhu... brape tahun lagi study sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi setahun setengah insyaAllah. Kejap je lagi. Sayang pula rasa nak tinggalkan bumi russia ni.

      Delete
  3. hye, i'm Olaf. And I love warm hugs :)

    ReplyDelete
  4. suka jugak dulu buat snowman @yukidaruma kalau dalam bhsa jepun hehe.tp main tempek2 je sbb kalau roll tu nak angkat beratt haha. tapi mmg siap pakai glove pegi main snowboard tu tu tgn tak la sejuk sangat hihi.aa rinduu yukiii @ snoww wuwuuu.btw sgt la comelnyee olaf tu

    ReplyDelete
  5. Wah nak beli tiket nak join sekali :)

    ReplyDelete
  6. snowman with the 2 snowwhite :0

    ReplyDelete
  7. syg! bestnyeeee ade snow. aritu kt mesia heboh ckp nak turun snow jgk! esaited je kite haha. btw, i really wish to go there feel the different weather. Hopefully! InshaAllah! Balik cni gtau, i wish to meet u :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada rezeki nanti. InsyaAllah boleh punye datang main salji. Wish to meet u too dear. Jarang jumpa rakan2 blogger bila kat msia. Teringin nak jumpa jugak ;)

      Delete
  8. I was wondering macam mana snow man tu boleh bertahan, means dia tak roboh pun kecuali bila nak cair la kan. Saya yang tengok jer ni pun rasa seronok pulak. Hehe

    ReplyDelete
  9. Salam ziarah dari bunda...selamat berhujung minggu..

    ReplyDelete
  10. salam heyp haja!. bestnya teringin jugak nak samoai sana one day. hehe.
    http://izzatirani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. olaf tanak dtg mesia la...hhee... kalau tak bule jumpa...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Hajar, wahhh best gila buat olaf! hehehee kenangan ni ~~~

    ReplyDelete
  13. wah seronoknya buat snowman..

    ReplyDelete
  14. best nya main saljiii. akak jenis tak tahan sejuk , baru ja masuk kat ice doom dh merah menyala hidung macam nak tercabut dah, macam mana nak main salji yg betol ? memang tak la.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je survive. Kena pakai baju tebal2. Mesti jadi snowman punye.hehe

      Delete
  15. lawa snowman.
    pinjam la snow sikit.
    sini is very the panas and kemarau tau msia/spore haha.

    ReplyDelete
  16. kenapa takpanggil snowgirl.kahkahkah

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^