Wednesday, 5 February 2014

Semester Kedua.

Gamla Stan (Old City), Stockholm, Sweden.
1 February 2014

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Masuk semester baru pada hari ini. Semester kedua Tahun kelima. Hampir lima tahun dah menetap di Rusia, tapi semestinya balik Malaysia setiap tahun. Siapa tak rindu tanah air sendiri kan? Alhamdulillah, berjaya habiskan semua peperiksaan semester lepas dan naik semester baru. 

Baru semalam menjejakkan kaki semula ke Nizhny. Ingat nak update terus, tapi tak larat sangat. Perjalanan yang memakan tenaga dan masa sehari amat meletihkan. Walaupun kebanyakan masa tidur dalam kapal terbang, mahupun di airport. Airport Riga sangat sejuk! Tidur sangat tak selesa. Rasa nak beku dan kena pakai baju belon waktu tidur. 

Nanti waktu hujung minggu, kalau ada masa, akan update tentang travelogue di Latvia dan Sweden oke, sebab esok masih punyai kelas. Oh ya, kami berempat ponteng kelas selama dua hari. Sepatutnya kami tak ponteng kelas, sebab dekan kata kelas bermula 6 Februari, iaitu esok. Tapi jadual semester baru keluar sehari sebelum pergi berjalan dan kata semester bermula 4 Februari. Semua pun terkejut sangat. Akibatnya, ramai lagi rakan-rakan belum pulang dari cuti semester di serata Eropah. Minggu depan baru penuh kedatangan rasanya. 

Jadi, semester baru telah bermula. Sila rajinkan diri dan penuhkan diri dengan semangat baru! 

Do's 
All your homework on time.
Eat clean and exercise regularly.

Don't
Don't study last minute and regret later.
Don't delay any work given by lecturer. 

That's all for now
Thank you for readin'
^_^

30 comments:

  1. Salam, best pergi holiday, kena develop mood to aim and achieve all As :) take care

    ReplyDelete
  2. saya sukaa ayat yang akhir tu..mempeirngatkan sayaa akan sesuatu haha

    ReplyDelete
  3. All the best for your new semester, Hajar! :)

    Tak sabar tunggu entri Sweeden :D

    ReplyDelete
  4. All the best untuk sem baru !
    Student life ni kalau tak ponteng kelas memang tak sah. Hehe

    ReplyDelete
  5. jaga diri baik2 ye hajar
    gud luck sem baru

    ReplyDelete
  6. take care.. :)
    wt yg terbaik k...

    ReplyDelete
  7. selamat meneruskan perjuangan tu!
    new sem new challenging kan..?so..semangat kena new jugak..kena lagi membara2..hehe..=)..All the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. New semester, new challenge. Moga dikuatkan untuk hadapinya :)

      Delete
  8. Heyy dah balikkk rupenyee. Gud luckk utk new sem. Jgn lupe whatssapp aku nantiii tau :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti la! Kene rancang untuk trip Sarawak kita ni ^_^

      Delete
  9. best of luck hajar untuk sem baru~
    chaiyok2!! u can do it...hehe..da 5 taun ek?
    lame btol..bile nk blk secare kekal? :P

    neway, tnjuk sket pic baju belon~ :P

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah bakal doc kan? semoga pulang mmbwa kejayaan :)


    http://ibuzara-corner.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. Semogalebih berjaya pada semester baru hajar.

    ReplyDelete
  12. All the best for new sem, Hajar... x sabar nak tunggu next update... suka baca travelogue Hajar... ^__^

    ReplyDelete
  13. Semoga dipermudahkan ALLAH. part exercise tu dah lama dha berazam... badan makin kembang.. tapi malasnya nak exercise.. huhu..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum hajar. semoga dipermudahkan urusan pembelajaran kamu disana. jaga diri baik2 ye. hehehe

    ReplyDelete
  15. singgah follow.. salam kenal.. :)

    ReplyDelete
  16. bestnya... byk melancong ni...sambil study sambil melancong...

    ReplyDelete
  17. syiok berada dinegara orang. .. banyak gak tempat dah pergikan.. moga terus berjaya... menjadi kebanggaan semua...

    ReplyDelete
  18. Hello I'am Chris
    Assalammualaikum...
    This is not a spam
    Your blog is not on the "Directory Blogspot" ?
    With little site offers free website promotion
    I invite you to join
    You Have A Wonderful Blog Which I Consider To Be Registered In International Blog Dictionary. You Represent Your Country
    World-Directory is 193 countries in the world! and thousands of blogs
    Please Visit The Following Link And Comment Your Blog Name
    Blog Url
    Location Of Your Country In Comment Session Which Will Be Added In Your Country List
    On the right side, in the "green list", you will find all the countries and if you click them, you will find the names of blogs from that Country.
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
    Happy Blogging
    ****************
    We follow your blog! Please follow mine
    You can forward this invitation to your friends

    PLEASE IMPERATIVE !
    Registration for the "Directory" blog, are free.
    We only ask you to follow the blog. Thank you for your understanding
    **********************************************

    Last news of "Directory Blogspot" "
    Soon we will award the best Fashion blog and psp, Makeup, nails, crafts, handmade, cooking, paintings, home, photography, jewelry

    ReplyDelete
  19. our second semester started earlier than usual, takde masa nak rehat langsung lepas exam. Jeles sangat tengok Hajar sempat travel. hihi :)

    ReplyDelete
  20. wahh chantekk gmbr sweden tuuu.,ehHHHee

    ReplyDelete
  21. dah 5 tahun yer..dah lama tu.. tapi Fiza tengok Hajar mmg pandai susun jadual belajar dan berjalan2.. selamat menghadapi sem baru yer..

    ReplyDelete
  22. wahh..cepatnya masuk..yana awal bulan 3 ni.. yeah. DOs and DONTs tuuu nak jugak!
    selalu tersasar je tauuu...malas byk kite ni. heheheh

    cantikkkkkkk gambar! :) :)

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^