Wednesday, 19 February 2014

Travelogue: Stockholm, Sweden. City of Perfection.

Stockholm Harbour, Sweden. 1st February 2014
P/s: Tengok sungai kat belakang tu beku dah. Tapi temperature oke je. Around 1 degree celcius.

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Esok cuti! Cikgu subjek Trauma sibuk dengan banyak pembedahan esok. Jadi, kami dilepaskan untuk bercuti. Yey! Ada masa sikit untuk update belog tentang travelogue baru-baru ini. Seperti yang semua tahu, saya dan tiga orang rakan - Fakhirah, Amirah, dan Yana bercuti ke Sweden awal tahun ini. 

Kenapa Sweden? Kisah sebenar disebalik pemilihan negara ini untuk bercuti adalah sangat drastik dan cepat dan tidak disangka-sangka. Pada suatu malam yang hening, setelah pening-pening sebab rasa pelik sangat tak pergi bercuti ke mana-mana tahun ini, saya pergi ke bilik mereka bertiga dan beri cadangan untuk pergi bercuti as a weekend getaway. 

Jadi, kami memilih negara yang menawarkan tiket penerbangan yang paling murah dari Moscow. Pada waktu ini, tiket kami berharga 5900 Ruble (RM590) untuk pergi dan balik Stockholm dengan AirBaltic Airlines. Pada waktu yang sama, ada penerbangan ke Helsinki, Norway, London yang menawarkan harga lebih RM100 macam tu, tapi tak nak jugak. Nak yang paling murah sebab katanya weekend getaway je. 

Jadi, beberapa hari selepas itu, terus beli tiket dan tempah hostel. Beli tiket train melalui internet. Buat peperiksaan, dan pergi bercuti! 

Di Terminal 5, Arlanda Airport. 
Oh, H&M lines berasal dari Sweden! Rasanya pakaian harian orang sini memang H&M. Serius!

Kali kedua jejak kaki di Arlanda Airport. Kali pertama semasa transit tahun pertama menaiki kapal terbang MAS sponsor ticket dari MARA pada tahun 2009. Kali ini, pergi untuk bercuti. Sampai airport, terus keluarkan wang mengikut jumlah yang telah dikira-kira untuk berbelanja. Mata wang yang digunakan adalah Sweden Krono (Sek). 10 Sek = RM5. Tapi burger fish king kat burger king pun dah 55 Sek. *Nanges*

City of Perfection. Kenapa? Saya suka sangat bandar ini kerana semuanya tersusun. Entah. Memang suka dengan idea Ikea yang tersusun. Jadi, bandar ni macam Ikea yang besar. Oh ya, Ikea turut berasal dari Sweden. Jangan tanya makan ke tak meatballs Ikea, sebab memang tak makan. Mana entah nak cari meatballs halal kat sini. Tak jumpa! *Nanges lagi*

People of Sweden. Ramah. Memang culture orang negara Eropah. Mereka sangat ramah, lebih-lebih lagi kalau London. Kecuali Russia. Agak sukar untuk cari orang Russia yang tiba-tiba approach dengan kata Zdrasvyuitye (Hello) pada kita tiba-tiba. Tapi kat Sweden, jumpa ramai orang dan hello mereka sangat pelik - Ey ey. Dengan intonasi yang sangat tinggi dan kadang-kadang terkejut bila kena tegur macam tu. Hehe. But overall, mereka sangat friendly and smart, as in the way they dressed up. Perfection. 

Places to go in Stockholm - Rasanya kebanyakan tempat yang perlu pergi di bandar ini, kami berjaya pergi. Antaranya...
  • Gamla Stan (Old City) 
  • Vasa Museet - Vasa Museum
  • Skyview Ericson Globe
  • Stockholm Palace and the changing guard.
  • World largest Ikea Kungens Kurvans 
  • The Fittja Mosque
  • Drottninggatan Walking Street
In the middle of Gamla Stan, Stockholm.

Gamla Stan (Old City)
Di kebanyakan bandar di Eropah, memang tak lari dari jumpa bandar lama mereka. Mereka suka menyimpan sejarah lama dengan rekaan bangunan yang punyai ukiran dan seni bina yang lain. Bangunannya warna-warni jika lihat dari stesen Metro Gamla Stan. Cantik, tapi tak jumpa gambar fully bandar lama ini. Mungkin ada kat Fakhirah, tapi tak ambil lagi. 

Kedai-kedai di Gamla Stan. On the way ke Royal Palace. 

Di sini, terdapat banyak tempat menjual souvenier, tapi kami pergi souvenir hunting pada hari terakhir. Hari pertama, survey harga cenderamata untuk keluarga dan rakan-rakan. Di bandar lama ini juga terdapat Bangunan bank lama mereka dan Istana Raja. Oh ya, mula-mula kami tertukar bangunan bank adalah Istana dan ambil gambar banyak sangat depan Bank ni. Rupa-rupanya Istana adalah opposite dengan bank ini. Oke, malu sangat. Lepas tu, cepat-cepat naik Istana untuk lihat Changing Guard Ceremony. 

In front of the National Bank. Yana, Me, and Mirah. 

Changing Guard Ceremony, Royal Palace, Stockholm.
Untuk musim sejuk, waktu untuk penukaran pengawal diraja hanyalah hari Sabtu, Ahad dan Rabu, jam 12.00 tengah hari. Untuk musim panas, setiap hari rasanya. Ia adalah antara a must-do-thing kalau kat Stockholm. Kalau kat London, kan ada changing guard dengan askar baju merah tu. Kat sini, guard dia pakai baju macam sailorman sikit. 

With the royal guards. Oh. Compare with the London one, they can speak to us. And he is a marine mechanics I think. 

Tapi memang tabik la. Perempuan dan lelaki di sini dianggap equal, di mana, ada antara ketua pengawal perempuan. Waktu tanya kat North gate pun, pengawal yang jaga pintu Utara adalah perempuan. Hey, jangan sesekali anggap perempuan lemah lembik oke! Waktu sampai sana, dalam jam 12 lebih dah. Ramai orang dah penuh dekat barisan depan. 

Tak best la kalau tengok dari belakang, lagi-lagi kalau orang Asia yang rendah macam saya ni. Hurm. Macam mana ni? Akhirnya, selit-selit sikit. Buat muka comel dekat makcik dengan anak perempuan dia yang macam umur 12 tahun, tapi tinggi lebih kurang sama dengan diri ini, makcik tu pun bagi masuk front line!  I made it! Excited. Pengalaman sekali seumur hidup, siapa tak nak buat yang terbaik kan? 
^_^

Managed to squeeze in the front line. Video pun dapat amek cantik je. 
The guard marched just in front of me. 

The moment the royal guard line up, waiting for the next shift guard to come. 

Makcik tu rupanya orang Sweden juga, tapi bukan berasal dari Stockholm. Itu kali pertama keluarga mereka pergi lihat acara ini juga. Tanya dia, makanan femes kat Sweden apa? Dia kata ikan dari sini sebab dikelilingi laut. Kata Scandinavian country kan. Too bad, we also didn't try the fish. But we tried the desserts! Yummy.

Vasa Museet, Stockholm.
Kalau ada sesiapa baca The Stars newspaper beberapa hari lepas, kelik sini. Ada cerita tentang The Swedish and the Best Brainy Attractions. And I was given the chance to be there. Alhamdulillah. Thanks Lord. Banyak sangat museum dekat Stockholm, tapi kami bercadang untuk masuk ke museum yang paling femes dan terkenal. Vasa Museum.  

In front on the museum. There's a five storey ships in this museum. It looks small from outside because there's 3 storey of it on lower ground level. 

One word - Absurd. Sangat kagum dengan pembinaan kapal lima tingkat ini. Seni ukiran pada kapal yang masih gah dan kukuh dalam bangunan ini. Sejarah mengatakan kapal ini dibina untuk King Adolf. Yang membuatkan ia sangat menarik adalah kapal ini pernah tenggelam di dasar lautan selama 333 tahun. Percubaan beberapa kali untuk mengangkat semula kapal ini tidak berjaya kerana tiada teknologi moden. 

Kemudian, setelah beratus tahun berada di dasar lautan, ia berjaya dikeluarkan dan rakyat Stockholm tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan peristiwa tersebut. Pada mulanya, cebisan demi cebisan dikeluarkan, kemudian, sebuah kapal dikeluarkan dari dasar laut. Sewaktu pemasangan semula kapal ini, ia seperti world largest jigsaw puzzle, kerana mereka perlu mencari tempat yang sesuai untuk setiap cebisan kayu. Skru baru menggantikan skru yang telah karat. Kapal di spray dengan lapisan wax yang menghalang kayu dari kering. 

The Vasa Ship. A huge ship. 
Tengok orang dekat bawah kanan gambar. They were at the ground level, 1st floor of the museum.

Punca utama ia tenggelam di Stockholm harbour sendiri setelah hanya 30 minit berlayar - kapal ini sangatlah berat, yang sepatutnya menjadikan ia kapal pertama pada waktu itu yang menempatkan 2 tingkat meriam. Kapal ini juga tidak cukup lebar untuk menampung beratnya dan ukirannya. Warna yang sepatutnya ada pada kapal ini adalah merah dan kuning keemasan, untuk melambangkan betapa gahnya kapal buatan Sweden. 

Namun, kapal ini tenggelam sebelum ia sempat berlayar dan belum sempat kehebatannya diperkatakan oleh bangsa Eropah lain. Sumber informasi: English tour in the museum and 17 minute documentary in it. 
Moral of the stories: Bersederhanalah dalam melakukan sesuatu. Jangan buat sesuatu untuk menunjuk-nunjuk. Pentingkan fungsi sesuatu binaan, bukan untuk diperkatakan. Jangan lupa baca bismillah sebelum buat sesuatu. Heee.
^_^


The replica of the ship. Ratio from the real ship 1:10.
The colour that supposed to be on the ship. The two levels of canons. 

View from the highest level of the museum.
*Sambil makan pasta with tomato sauce yang bawa sebagai bekal kalau lapar kat mana-mana*

Oke. Dah terpanjang pula entri kali ini. Rasa macam naka catat semua memori dalam ni sebab beberapa tahun lagi, mesti lupa dah info-info penting ni. Jam dah pukul tiga pagi. Kena sambung beberapa tempat menarik lagi di Stockholm dalam entri akan datang. Tak lupa desserts terkenal di sana. 

P/s: Hari ni snowing cantik di Nizhny. Eksaited tak sabar nak keluar hostel pagi-pagi untuk nikmati salji. Dan dalam kelas Traumatology, dapat tengok Total hip replacement! What an amazing day. Thanks God. 


That's all for now.
Thank you for readin'
^_^

My Swedish Travelogue continue...

33 comments:

  1. Bestnya, doakan saya sekeluarga ke sana, pandai bergaya dengan baju sejuk.

    ReplyDelete
  2. seronok bila sekali sekala bercuti lepas penat study kn.. release tension sambil jln2 tgk negara org.. br je 2 hari lepas pg ikea.. dah rsa nak beli itu ini.. kalau pergi IKEA sana mesti lg rambang mata mata.. =P

    ReplyDelete
  3. Mesti mat salleh tu semua heran, "apa jakun nah ambik2 gambo depan bank?". haha.

    Saya ada baca travel blog peminat2 Maiden pergi Sweden tengok Maiden kat sana, boleh dorang keep on pestering the royal guard on duty untuk buat "dio" hand sign \m/ gitu. Sampai guard tu buat hand sign tu, then dorang snap gambo letak dalam internet. Abis la guard tu kalau boss dia nampak foto tu haha.
    Scandinavia nye countries ni dari dulu gemilang sangat sejarah dan engineering prowess mereka. And they always have great bands and sportsmen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Tapi memang bank ni satu tourist attraction dia. Seni bina lama kot.
      P/s: kesian royal guard tu kalau kantoi. But diorang friendly je. So, no problemo. The city is beautiful.

      Delete
    2. HAHAHA style giler guard camtu. Peh siap aku pon komen kat sini kekeke~

      Delete
  4. Gambar semua cantik sangat :D

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum hajar, bestnya! kirimlah poskad untuk kita. hiewhiew... suka baca travelogue awak.. bilalah daku dapat ke sana... nak pergi negara jiran pun makan masa apatah lagi yang jauh2 gini. hehe jaga diri baik2 ya. kapal tu cantik sangat.. tapi sayanggg tak pergi jauh dah tenggelam. hikhik ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Rasanya nak buat segmen untuk hantar poskad dekat pembaca2 setia. InsyaAllah satu hari nnti ye kak Sheila ;)

      Delete
  6. penat dah blogwalking.rehat sini jap..hehe..

    ReplyDelete
  7. alamak cantiknyer pemandangan.. rasa cam bestnyer kalau akak yang bergambar kat semuatu.. tapi akak takder baju H&M... ha.. ha..
    teratur pekannyer yerk.. memangler kalau kat ikea sini barang dia dah rasa sangat memadai kan... memang boleh bayanglah betapa tersusunyer bandartu..
    hidup mereka pun teraturkan.. taukan kes rakyat Malaysia yang ditahan di sana sebab memukul anaknyer kerana tidak solat..

    ReplyDelete
  8. banyak nye tempat hajar pergi.. cuaca sejuk mcm tu tak tahu la kalau Fiza mcm mana.. keras beku kot nk berjalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Er. Tak keras beku punyer sebab kita pakai attire yang betul. No worries. Kalau ada rezeki, jangan lupa jelajah negara orang sebab dapat belajar banyak sangat benda baru ;)

      Delete
  9. amboii.amboiiiii... ini baru betul self rewards.. hhehee

    semua gambar cantik dgn orang2 nya. hehehe..have a good snowy day :)

    ReplyDelete
  10. jeles betul tengok sis jalan merata tau..hehe..ikea kat sana mesti besar gile kan? :)

    ReplyDelete
  11. sini macam london jugak ke byk tak castle lama? nampak byk banggunan lama...macam kat eropah

    ReplyDelete
  12. Seronoknya berjalan-jalan ke Sweden. Cantik tempatnya.

    ReplyDelete
  13. Hye..bestnya dpt jenjalan..nway good luck ye..^_^

    Just blogwalking n done following u.
    Come n visit me back ok..

    http://shafizam.blogspot.com

    Thanks..=)

    ReplyDelete
  14. best, akak paling suka part kapal tu sebab ada unsur sejarah .. ^_^

    ReplyDelete
  15. Hi,
    Nak tanya. Is it safe for a female traveller to go to Stockholm, alone?
    Saya akan pegi in mid may, InsyaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah selamat. Sebab dekat sana, macam terkawal je dari segi keselamatan. Cuma pastikan hostel/hotel bukan dekat tempat yang jauh pedalaman sangat. Macam saya amek hostel betul2 tepi metro, tengah bandar.

      By the way, mid may - Spring. Mesti cantik! Enjoy ur trip :D

      Delete
    2. Oh ya, jangan lupa try all the desserts! Yummy!

      Delete
    3. Thanks :) anyway barang2 kat sana mmg mahal eh? Tgh kira berapa bajet nak bawak. Haha. I am so looking forward to try the desserts yeay

      Delete
  16. Aww..a must visit place bila g Europe next year.

    ReplyDelete
  17. Treks Himalaya is indoor outdoor trekking and tours Operators takes you that further way to guarantee you has an unforgettable adventure Trekking in Nepal that you have been dream with Acute trek is part of your choice. We have your choose of trekking for 3 days or 30 or more days it depending of your timetable, sleep under lodges or tent. We always respect our duty to constantly your holiday satisfaction in Nepal. Whether you are looking for a quiet gateway, a memorable Hiking in Nepal outing with a family or an exciting nature adventure with Acute Trek Pvt. Ltd.. We offer you with the best progressive information and itinerary leading focused and modified as per your requirements. It is significant Treks Himalaya to memorize, though, it necessitate an enough level of physical homework and must remembers that there is also a psychosomatic assurance walking and Trekking in Himalaya. Acute trek is an attempt to encourage Nepal to the exterior world while striving to defend an aged tradition as well as conserve the surroundings for generation to come. We are specialize in organize Nepal travel activities excursion such as:- Trekking, Helicopter Tour, Peak Climbing, Mountain Flight, Honeymoon Tour, Sightseeing, Rafting, Jungle Safari, Pilgrim’s Tour, Hotel Reservation, Air Ticket, Tibet and Bhutan Tour many more your vacation desire. Trek in Nepal Nepal Tours Nepal Trekking Nepal Holidays Travel in Nepal Tours in Nepal Nepal Travel Holidays in Nepal

    ReplyDelete
  18. salam sis. best bc ceta sis. at least dpt la info sikit bg sy yg akn dok 5 minggu kat sana. huhu..dgr ceta brg kat sana mahal? susah x nk cari mknn halal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. barang kat negara Scandinavian agak mahal jugak sebenarnya berbanding Europe lain. Makanan halal, agak sukar, tapi boleh survive dengan seafood dan vegetarian food kat sana :)

      Delete
  19. Salam.. Dik, kt sana stay d mna ye?
    Bole x akak Nk pm awk Nk tnya berpa Soalan. 😃
    Ni fb akak
    Odie redha

    ReplyDelete
  20. As salam.. Dik..boleh tak nak tanya pasal melancong di Stockholm...

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^