Insyirah's Birthday Pizza Party
29th March 2014
Assalamualaikum
dan salam sejahtera....
Nampak sedap tak pizza tu? Yummilicious! Banyakkan?!? Siapa entah nak makan pizza banyak-banyak cenggitu. Kami lah - Group 531 L&M. Group Suka Makan. Lekat dah nama group macam tu. Macam famili yang besar dah kami semua. Iye la, duduk perantauan ni, kawan-kawan la jugak keluarga kita. Kalau nak hidup sorang-sorang, memang boleh mati kutu tak tahu nak buat apa.
Friendship.
A group of friend together in hardship to achieve success. Be it, dunya or akhirat. Definisi sendiri. Kadang-kadang, kita rasa kita boleh hidup bersendirian. Yup, memang tak nafikan. Diri sendiri ni rasa macam kuat je untuk hadapi segala cabaran sendirian. Tapi kan, kan lagi indah memori yang dicipta kalau ada rakan-rakan di sekeliling kita.
Oleh itu, sentiasa hargai teman-teman kita. Serius rindu semua kawan sekolah rendah, menengah, emaresem, dan bakal rindu kawan-kawan universiti. Oh masa, jangan berlalu terlalu pantas.
2015 NNSMA Graduates.
InsyaAllah.
Eh, lupa pula nak cakap pasal pizza. Best sangat. Dua belas regular-size pizza untuk 14 orang. Banyak tak? Buat banyak-banyak sebab takut tak cukup nanti. Tapi jangan terkejut, sebab memang dah nak habes pun. Group kami ni ramai orang lelaki, konfem-konfem la makan banyak kan. Kesemuanya ada 6 jenis pizza yang berlainan perasa.
- Island supreme pizza
- Hawaian chicken pizza
- Spicy chicken pizza
- Satay pizza
- Pepperoni Pizza
- Texas pizza
Semua pizza adalah home-made! Iye la, kalau beli dekat kedai, mesti takde yang halal. Yang boleh beli, pizza tuna, pizza margherita, pizza cheese. Bosan dah. Kali ni buat sendiri, semua perisa ada. Yummy. Tambah dengan menu Pizza Hut - Chicken wings, mushroom soup, garlic bread, salad, onion ring, chicken nugget. Oke, kenyang. Alhamdulillah.
^_^
Pizza yang saya buat - Hawaian chicken. Mudah je, cuma perlu letak ayam yang dimasak setelah dipotong dadu, nenas, rempah, cheese, mayonaise, sos dan tomato paste. Ikut resipi dekat internet je. Ingat mula-mula nak ikut resipi Fatin Liyana. Tapi, sebab masa tak cukup, pakai buat resipi paling mudah. Campak-campak dan bakar dalam oven.
Tadaaaa.
My hawaian chicken pizza with mayonaise and cheese overload.
That's all for now.
Which pizza you prefer most?
^_^
Banyaknya pizza. Best sangat tengok! Kat sini beli vegan pizza je. Tu pun mahal gila. Tapi, hari tu ada senior belikan pepperoni pizza. Sedap tapi tak puas.
ReplyDeleteGuna resepi yang mana satu? Macam teringin nak buat juga. Teringin nak makan pizza berdaging, bukan pizza sayur je.
Hajar amek resipi dekat my Resipi je. Simple sangat. Kalau nak sedap, ikut Fatin Liyana punya resipi sebab sangat cheesy and yummy :D
DeleteSeronoknya makan pizza. Macam-macam jenis ada pizza kat sana yea.
ReplyDeleteselamat pagi
ReplyDeletesinggah pagi
Assalamualaikum Hajar, wahh home made. sila beri resepi! hehehe alaa terliur tau kita tengok. heheh betul la, dok di perantauan memang kawan2 je keluarga rapat kita. jaga diri selalu ye Hajar. hehehe singgah menabung ford sini~~~
ReplyDeletebanyak nyaaaaa pizaaaaaaaaaa....
ReplyDeletesebenarnya kan rasa mcm akak ni ambik jurusan memasak pulak!rajin betul masak.happy belated birthday to your friend,semoga diberkati dan sukses
ReplyDeletefriendship is precious kata orang.hiks
Serius ke buat sendiri? Mesti lagi best kan. Saya tadi baru jer makan dominos piza. Cakap pasal kawan2, minggu ni last pract, bermaksud tamat sudah pengajian kitowang. Mesti akan rindu zaman belajar dulu2.
ReplyDeleteMesti rindu. Ni hajar ada lagi setahun suku pun dah mula rindu dah. Apatah lagi kalau dah habis nanti. wuwu~
Deletewahh mengiurkan!!!!! br je oder piza makcik buatkan untuk sbtu ni.. kbtlan pulak baca psl piza kat blog ni.. rajinnya korang masak.. :)
ReplyDeletehajar buat kita rasa lapar. hahha
ReplyDeleteUhuk. Jangan baca malam2 tau. Nanti lagi rasa nak mengunyah malam2. heee~
Deletepehhhh siyesss rse lapaaaa tgok lizza tu..ni yang nak try wat sndri niiii
ReplyDeleteehm memang berpesta pizza... ehm duk jauh ngan famili memang sahabatlah tempat bermanja.. .syukur kalau punya kawan yang baik...
ReplyDelete