Monday, 10 March 2014

Project Fun: Snowboard

First Time snowboarding. And its -10 degree celcius.
22 February 2014

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Pertama sekali. Nak ucap Happy Women's day kepada semua wanita-wanita cantik di luar sana dan yang sedang membaca belog picisan ini. Siapa tahu 8 Mac merupakan hari wanita? Sila angkat tangan. Yup. Sabtu lepas merupakan hari wanita. Seperti setiap tahun, hari wanita disambut besar-besaran di Russia. Begitu juga dengan Men's day

Jadi, hari ni merupakan hari Isnin dan merupakan cuti umum Hari Wanita yang ditarik dari sabtu lepas. Yey! Cuti. Itu yang paling penting. Cuti hari minggu tiga hari. Tak boleh bagi alasan monday blues la kalau masuk kelas hari selasa kan? Hehe. 

Sekarang nak update tentang pertama kali snowboard atau papan salji. Macam pelik je bunyi papan salji ni. Layan je lah ye. Kami pergi pada hari sabtu, setelah beberapa minggu delay sebab tiada salji yang turun dan tinggal salji lama yang keras atau suhu telah naik dengan mendadak mengakibatkan semua salji cair. Hari sabtu tu, tekad juga nak pergi walaupun tengok weather forecast -15 darjah selsius. 

Teman snowboard saya - Insyirah dan Adila. 
Groupmates lain ada perkara lain untuk dibuat pada waktu ni. Jadi tinggal kami bertiga sahaja perempuan. 

Snowboard merupakan salah satu wishlist untuk tahun ni. Iye la, dah tahun kelima, baru nak ambil kesempatan main kan. Tiap-tiap tahun mesti bercadang nak pergi, tapi selalu ke laut. Tahun ni, alhamdulillah dapat main jugak. 

And it was super duper fun! Serious! Walaupun memang akan sakit badan dan kaki beberapa jam sahaja lepas main dan untuk beberapa hari seterusnya. Sakit badan macam lepas pergi masuk marathon 5km setelah setahun tak berlari. Ataupun macam balik gym setelah beberapa bulan tinggalkan. 

Kenapa sakit badan? Sebab untuk pemain amatur yang baru pertama kali nak main, nak berhentikan snowboard lepas dah turun laju-laju adalah dengan menjatuhkan badan sendiri. Paling bagus jatuhkan badan ke tepi, tapi dengan jayanya, saya ni suka sangat jatuhkan diri ke depan. Apa lagi, lutut memang sakit to da max! Lebam jugak la bila tengok esoknya. 

Jatuh. Memang lebih pada 20 kali rasanya. Tapi kan, kalau tak jatuh dan tak berani, macam mana nak belajar main kan? So, no pain, no gain. Tak kisah la nak jatuh guling-guling ke, nak jatuh ke depan ke, ke tepi ke, as long as we take something from it, it a process of learning. Akhir sekali, boleh la main snowboard sebagai amatur. Tak hebat lagi. 

Snowboard with them. 
We had joy. We had fun. We had season in the sun. 
^_^

Lelaki pula, memang naturally hebat ea dengan snowboard ni? Jeles sangat. Smooth sangat diorang main. Tapi banyak sangat diorang ajar kami yang baru pertama kali nak main ni. Iye la, nak main from zero kan. Bukan senang. Dari nak pakai kasut, lekatkan dekat board, cara nak brake dan macam-macam lagi. Jadi, kalau untuk first timer, rasanya kena pergi dengan orang yang banyak pengalaman dah. 

Paling tak best. Lepas dah turun bukit selama 3 minit dengan seronoknya, kena panjat semula bukit sambil angkat snowboard yang tiba-tiba rasa berat sangat selama 10 minit. 10 minit campur masa mula-mula tak reti nak cabut kasut dari snowboard. Boleh tak nak main turun bukit je, tanpa perlu naik bukit sendiri? Huhu.

Harga untuk sukan snowboard - disebabkan kami pergi pada hari minggu, jadi 350 Ruble (RM35) untuk dua jam. Jika dari isnin hingga jumaat, 250 Ruble (RM25) untuk tiga jam. Tak puas sangat nak main hari tu untuk dua jam. Sampai orang tu dah panggil untuk masuk dan pulangkan snowboard dan kasut sewa. Gambar pun sempat tangkap sikit je sebab limit masa. Waktu mula-mula, tak nak tangkap gambar sebab eksaited nak main. Akhir sekali, habes dah masa. Curi-curi masa untuk tangkap gambar kejap sebelum pulangkan. 

The key is to never give up.

Konklusi. Kalau kita gagal beberapa kali pun untuk cuba sesuatu, jangan terus putus asa. 
I'll always remember this moment whenever I wanna give up. 

That's all for now
Thank you for readin'
^_^

P/s: Don't wait for happiness. Create happiness.
P/ss: Appreciate every moment in ur life. Good or bad ones. Because every little things create the person you are rite now. 
P/sss: Happy women's day.

24 comments:

  1. Assalamualaikum Hajar, bestnya main snowboard. perghhh ! okey, pasni selalu berlatih lama2 jadi pro kann ~~~

    ReplyDelete
  2. hari wanita dpt cuti.. best betul.. besar juga yer snowboard tu.. tinggi hajar tu.. lama2 pandai la main.. nak imbang badan bukan senang kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Susah juga nak imbang badan masa mula2. Tapi lepas dah lama2, jadi oke dah ;)

      Delete
  3. istimewa nya hari wanita di sana sampai da cuti umum... :)

    ReplyDelete
  4. alahai bestnyaa.. teringin nak main mendalah tu. huhu.. bila la dpt cuit salji =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau ada rezeki, boleb pergi jalan2 negara orang and rasa salji. Seronok. Cantik. Dan macam2 lagi.

      Delete
  5. Setuju dengan P/S tu. btw, lama tak nak practice main, sampai betul2 teror? Kalau saya mesti asyik2 jatuh jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hajar belum terrer lagi. Jadi, tak tahu la the guys main berapa lama dah untuk jadi terrer. But klu ade hidden skil, memang kejap je rasanya. Heee.

      Delete
  6. ooooo ingat tu semua korang punye papan lungsur sendiri..
    sewa eh..
    Beli la satu, buat design gempak2... tiap2 hari boleh main.
    Bawak balik sini, taruk roda...sambung main haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Ini paling lawak! Mcm boleh jadi skateboard je snowboard ni.
      Btw. Snowboard sgt besar. Setiap org saiznya adalah sampai chin or shoulder.

      Delete
  7. Kenapa semua banda kat Russia macam murah? Even snowboarding pun T___T

    Kalau kat sini, snowboarding lebih kurang CAD 50-CAD 75 atau lebih kurang MYR 150-MYR 225.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huk3. Kami pergi snowboard tempat murah ni. Kalau yang dekat moscow RM100 plus jugak. Especially kalau yang ada cable car tu.

      Delete
  8. Seronoknya main snowboard Hajar. Kat sini tak dapat naik main.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum....seronoknya meluncur salji....

    ReplyDelete
  10. bestnya ...hehe takpernah main pun kat sini takdak salji kakaka xD

    ReplyDelete
  11. Wah bestnyer..teringin nyer nak merasa..hihi
    jemputlah ke blog saya semua..hihi terima kasih
    http://syeraselamber.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. fuyoo..woman's day sambut besa2ran ek sane? huntunggggg!!
    hehe..

    dear, soalan cepumas..salji tu rase die ade mcm rase ais abc tu x bile pegang? haha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. untung jadi perempuan dekat sini. Hehe.
      Salji rasa lembut sangat. depends on jenis salji. ada yang macam ABC. Ada yang bentuk cantik sangat macam dalam cerita frozen. Ada yang jenis melekat pada pokok dan macam2 lagi :)

      Delete
    2. Ala bestnyeeeeee..bile la ade rezki nk rase salji ori ni..hehe

      Delete
  13. waa, macam best je main snowboard tu... xper, nanti lama2 teror la... Kat sana hari wanita cuti umum ye.. ^__^

    ReplyDelete
  14. Allahu, Subhanallah. Swave board pun saya tak reti. Snowboard belum berpeluang :)

    ReplyDelete
  15. wahh.. bestnye dapat main snowboard :)

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^