Tuesday, 18 March 2014

Ups and Downs.

3 February 2014
On top of Ericson Globe, Stockholm, Sweden.
"Sometimes, even when we are on top of the world, 
there's always a moment when you feel that you're deep under the sea level." 

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera...

Hurm. Rasa macam bukan manusia pula kalau hidup ni tanpa cabaran, kalau hidup ni perfect je sepanjang jalan. Kadang-kala, mesti ada momen yang kita rasa sangat down. Rasa macam semua benda yang terjadi pada kita serba tak kena. Sampai dibawa-bawa dalam mimpi. Setiap malam. 

Saya pun manusia biasa macam anda semua. Kadang-kala, kalau kita baca belog orang lain, dan rasa hidup orang tersebut dah sempurna dan nak sangat hidup macam tu, kita terlupa sesuatu. Setiap seorang telah diberi rezeki dari Tuhan. Rezeki tu tak bermaksud harta dan wang ringgit sahaja. 

Rezeki tu luas. Ibu bapa, adik beradik, anak, rakan-rakan, kebahagian, kerajinan, ilmu pengetahuan, dan sebut je semua benda yang ada di sekeliling kita. Laptop nak tulis belog ni pun rezeki. Cuba untuk bersyukur atas setiap sesuatu, insyaAllah. 
^_^

Peluang untuk belajar kat Russia ni pun satu rezeki. Kadang-kadang rasa macam belajar doktor ni just go with the flow. Result SPM dulu pun oke, dapat biasiswa dari MARA. Lepas tu, terus terbang waktu umur 18 tahun. Sekarang dah 23 tahun. Tinggal setahun setengah lagi sebelum masuk ke alam pekerjaan. Baru terfikir tentang passion in medicine. 

Sekarang dalam usaha untuk mencari PASSION tu. Susahnya nak in love with the job. Kadang-kala, rasa down juga fikir, kenapa lah ambil bidang medicine ni sedang tahu, kerja nanti memang tiada masa untuk keluarga. Makan, rehat, tenaga tak cukup untuk awal dua tahun waktu house officer. Kuat ke nanti untuk hadapi semua ni? 

Hurm. Macam mana ye? Rasa kurang passion menghantui diri beberapa hari lepas. 
How to stay in love in medicine? or simply how to love your job? 
Then only, I can be a great doctor one day, insyaAllah. 
Any idea? or story which can inspire me? #HelpInNeed 

Thank you in advance. 

25 comments:

  1. The world looks different from under the sea :) inshaAllah everything will be fine and better and better.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, hi there. i love blogwalkin here. i feel the same sometimes, so i guess this is normal to ensure we're still human. hehe, try to be sincere. inshaaAllah, you'll see the beauty in everything. love, chumut.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Hajar, in shaa Allah. semoga dipermudahkan urusan kamu habiskan belajar dan bekerja. jangan takut nak hadapi masa akan datang. doa dan tawakal biar seiring. selamat pagi, akak singgah sambil menabung sini. jaga diri baik2 ya ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam akak. Thank u akak untuk segala doa dan kekuatan yang diberi :)

      Delete
  4. InsyaAllah boleh.... :) jgn stress ye , enjoy your life ..

    ReplyDelete
  5. Betu tu Hajar. Sungguh luas konsep rezeki sebenarnya.

    ReplyDelete
  6. mohon pada Allah untuk menetapkan pendirian dan meneruskan perjuangan dalam bidang yang hajar tempuhi sekarang... bukan senang nak jadi doktor dan hajar adalah insan yg sangat bertuah tau.. gd luck...>_<

    ReplyDelete
  7. Enjoy the moment, Hajar! :)

    Tak tahu nak bagi nasihat macam mana sebab tak berada dalam situasi awak. Tapi, at least awak tahu yang produk akhir pengajian awak ni, insya Allah doktor.

    Kalau saya, masih terumbang-ambing lagi. Tak tahu nak kerja apa. Lagi la teruk sebab tak tahu nak letak passion apa dan dekat mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita dapat mencari passion kita dalam benda yang kita suka sangat. Especially career. Sebab kita akan berada dalam career yang sama for the whole life.

      Delete
  8. Things happen for a reason. :) fikir positif ya, tentu ada hikmah tersembunyi Hajar ke arah bidang perubatan..mungkin rasa down skit skrg, in sha Allah in future pasti akan ada manisnya..

    ReplyDelete
  9. x sangka kn, nk habis study dah.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Rasa macam baru je datang russia ni Etie.

      Delete
  10. insyaAllah akak boleh punya. Allah dah tetapkan akak menjadi a doctor ,insyaAllah.dan Allah never put a burden on His caliph kalau Dia tahu hambaNya xboleh tnggung. just follow the flow.=)

    ReplyDelete
  11. Kadang2 bila kita compare kan diri kita dengan orang lain, mesti kita rasa best nye diorang, happy, gembira. Tapi setiap insan Allah dah tetapkan bahagian masing-masing kan, kita sebagai hamba perlu sentiasa bersyukur.

    Cakap pasal passion, dulu lepas spm, ramai orang tanya kenapa saya tak amik medic sebab result spm saya oke. Mungkin saya tak cukup 'kuat' untuk jadi student medic. Dan saya bangga dengan kawan2 dan kenalan2 yang belajar medic. InsyaAllah, semoga segalanya dipermudahkan ye kak :) dah fikir2 ke nanti nak jadi doktor dlm bidang apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minat bahagian cardiologist or orthopedics. IA kalau ada rezeki, mungkin ke bahagian itu.

      Delete
  12. Engineering..pun sme..xde mase.. :(
    2taun awal ni mmg kje cm org gle.. :(
    Mse blaja rs cm best..bl da kje..minat hilang ntah ke mne..huhu

    ReplyDelete
  13. Asslammualaikum awak.. jgn give up k.. rsnya semua org akan ada terdetik perasaan mcm tu.. x pe.. insyaAllah nanti bila dah jd doktor betul2.. insyaAllah passion akan dtg sendiri.. tapi kalau msh susah sesuaikan diri .. boleh juga bertugas di bahagian pejabat / research. dont give up k!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u. IA tak give up. Akan terus berjuang ;)

      Delete
  14. jatuh bangun tu adat kita sebagai manusia kan dik..allah x turunkan dugaan kalau dia x sayang kita kan.....

    ReplyDelete
  15. Berapa penat pun kita, kita jangan let anyone down, be it for our love ones, or at work or our social/religious/havoc life. Pandai2 la carik masa tidor. Slowly kita akan ada mentaliti kuat untuk tempuhi segala rintangan dan perjalanan hidup. Kerja kena happy, kena kasi positive aura kat semua, kerja tu ibadah, but at same time kerja tu cuma a means to an end.

    ReplyDelete
  16. salam, first time singgah blog ni.

    saya ada kawan study kat rusia jugak.
    same as as you.

    good luck!

    ReplyDelete
  17. best nya dpt study rusia. boleh kenal tmpt org.

    ReplyDelete
  18. betoitu akakni dulu duk sepital sebulan setengah sebab uri kat bawah dan ada pendarahan.. sajer cakap ngan doktortu harapnyer anak akakni nanti jadi doktor suka beno duk sepital lama2... dia cakap tak usahlah kak .. tengokjer sayani baju semalampun tak sempat tukar, tak mandi lagini der emergency pagi tadi ni dah kena ronda lak.. penat kak ... oooo baruler muhasabah diri... kerja akak sekarangni memang mudah sesangat, berfkirpun kurang, xtvt fizikal kurang so enjoy apa yang ada...

    betoiler akakpun selalu tengok kat fb kisah kawan2 yang melancong ke sana sini, hidup nampak mewah makan kat hotel dan restoran mahal, tengok beg dia yang akak duk simpan duit tak cukup2 tapi dia ada 2 biji beg jenamatu.. omg... omg... rasa kerdil sangat tapi tuler kena muhasabah diri... hidup kita okjer tak payah nak banding ngan orang lain.. bukan kita tak mampu nak gi makan di hotel tapi perluker sebab perut kita perut orang kampung yang suka masakan yang datang dari hati... beg yang kita ada sekarangnipun dulu pernah kita angau tapi dah pakai takler rasa apa2 samajer ngan beg yang kita beli di pasar malam... tak beza manapun... yang penting kita kena jadi diri sendiri, kena fikir kitalah yang hebattu...

    akak doakan siti hajar akan jadi doktor yang gemilang dan terbilang.. nawaitu kena betul.. semoga rasa cinta kepada job kita itu akan membawa keberkatan dalam hidup...

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^