Thursday, 15 January 2015

Of Fortune Cookies and New Year...

'To Succeed, we must first believe that we can'
'Now is the time to try something new'
15 January 2015

Assalamualaikum
dan salam sejahtera....

Detik menaip - 2015 - dah masuk tahun baru dah kita rupanya. Tak sangka, cepat sangat masa berlalu. Pejam celik pejam celik, dah habis satu tahun. Azam tahun lepas macam mana? Dah tercapaikah? Kalau nak buat azam baru tahun ni, review2 jugak la azam tahun lepas sebab takut kita seronok buat azam tahun baru, rupa-rupanya sama je macam azam tahun lepas yang sukar digapai. Mungkin boleh turunkan threshold sikit untuk tahun ni? Heeee.

Jadi, selamat datang 2015. Hari ni dapat Fortune Cookies dari Jona, groupmates dekat sini. Mungkin dengan dapatnya biskut comel ni, terus diberi inspirasi untuk tulis semula blog yang dah lama terbiar. Bukan sengaja dibiarkan, tapi masa sangat mencemburui. Sibuk. 

Akan cuba update percutian lepas-lepas sebab dalam dua minggu akan pergi ke bercuti winter holiday, insyaAllah. Destinasi? Rahsia dulu la. Oh ya, kalau nak dapat update cepat, boleh follow instagram - Schajar. Sama je macam blogspot. Cepat sikit post dinaikkan kalau kat sana. 
^_^

Selamat Tahun Baru 2015 buat semua blogger. Masih belum terlambat kan! Semoga kita memanfaatkan tahun yang baru ini dengan sebaiknya. Jadi, pakulah azam yang bermakna buat diri masing-masing. Azam tahun baru saya? Simpan dalam nota sendiri je lah. 

Yup. 'Now its the time to try something new!'. 
Tahun ini, kita cuba sesuatu yang baru. Cuba untuk membuka kunci hati untuk sesuatu yang baru.  Terima segala cabaran yang mendatang dan sentiasa positif!

That's all for now.
Thank you for reading
^_^

13 comments:

  1. Nanti saya follow Instagram Hajar pakai personal Instagram saya dan instagram plushie saya :D

    ReplyDelete
  2. hai hajar...salam perkenalan jugak yer :D selamat tahun baru neway :D

    ReplyDelete
  3. have good journey holiday nanti! :D lama ea cuti? kite dah lama teringin nak ke Moscow, tpi tu laaa nak apply visa entahkan bila. sobsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auwwww. Tapi kan. nak apply susah sikit tau. As tourist pun sama. Kena invitation letter baru boleh buat visa selalunya. wuwu

      Delete
    2. haah laaa, rasa pernah jumpa masa RSSR tu :) hehe masa tu segan sangat sbb bukan dari Russia. hihi

      Delete
  4. This is nice and informative post, Thanks to post.
    Trebinje apartman

    ReplyDelete
  5. Selamat Tahun Baru buat Hajar... tp cm lambat jer kak Fiza wish.. hehe

    ReplyDelete
  6. Selamat Tahun Baru juga untuk Hajar... semoga tahun ni akan lebih sukses

    ReplyDelete
  7. Salam kak hajar, selamat tahun baru. Saya baru jer habis final exam, dah lama tak blogwalking...

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^