Thursday, 22 January 2015

Travelogue: Hong Kong (Part 1)

 
21 June 2014
Hong Kong Disneyland 

Assalamualaikum 
dan salam sejahtera....

A walk down to memory lane. Trip kali ni adalah throwback waktu balik cuti musim panas tahun lepas. Sebelum penerbangan ke Malaysia, kami berlima - Adila, Insyirah, Faaez dan Amir, yang memang satu kelas kat sini, ambil keputusan untuk transit 4 hari 3 malam di Hong Kong! Sebenarnya, dah lama sangat teringin nak pergi Hong Kong sebab ade Disneyland dan Ocean Park. Kali ni, ada rezeki lebih, drop by sini kejap. Jom jelajah Hong Kong!

Panas dan lembap! Fuh. Turun je dari kapal terbang, angin bertiup macam kena tampar kat muka ni. Sebab kat Russia panas dan kering, tapi bila sampai Hong Kong yang merupakan sebuah pulau, angin dia macam dekat Langkawi dan rasa masin laut. Sumpah, berpeluh sangat. Berderai-derai jatuh.

Sampai airport, terus naik bas ke bandar dan hostel di Tsim Tsa Tsui. Peringatan - kalau nak tempat tinggal selesa kat HK, silalah ambil Hotel. Disebabkan kami selalunya travel kawasan Eropah yang menyediakan hostel yang cantik, kemas dan bersih, kami pun beranggapan hostel yang sama di Asia. Tetapi, bila sampai dan nak check-in, hostel tersangatlah kecil dan dalam kawasan macam Petaling Street kat Malaysia. Bawah hostel macam pasar ikan. Pengsan. 

Tambahan, setiap orang bawa beg 30kg untuk bawa balik Malaysia, payah sangat heret sana-sini cari hostel yang tukar-tukar tempat. Kemudahan lift yang kecil dan perlu beratur lama sangat buat rasa nak nangis je waktu mula-mula sampai. Hari pertama sampai, banyak sangat dugaan. Tapi jangan risau, makin lama makin biasa dan banyak sangat tempat menarik kat HK. Antara yang kami pergi...
  • Avenue of Stars with laser show
  • Hard Rock Cafe HK
  • Longest outdoor covered escalator in the world
  • HK Disneyland
  • Ngong Ping 360
  • The Peak Tram
  • Ocean Park
  • Mong Kok Shopping Street
Avenue of Stars


 All of us. From left, me, Amir, Faaez, Adila, Insyirah.
Ada kenal siapa-siapa?

Lepas je letak beg untuk check in, petang tu terus keluar untuk berjalan. Kami mulakan dengan tempat yang paling dekat dengan hostel. Kami sampai kat Avenue of Stars ni dengan jalan kaki sahaja dari hostel. Waktu ni dah makan nasi beriyani kat kedai halal. Pedas sangat! Nasib baik saya order yang original, kalau tak boleh dapat peptic ulcer bila makan. Dah kenyang, baru jalan ke sini. 

Di sini, ada kesan tapak tangan dan nama-nama artis terkenal di HK. Antara nama yang ada - Bruce Lee, Michelle Yeoh, dan macam-macam lagi. Kebannyakannya tak kenal sangat, sebab tak minat tengok cerita cina sangat. Panjang pedestrian walk yang disediakan, dan berada di sepanjang sungai yang memisahkan dengan kawasan HK yang lain. 

Kami berada di sini dari petang hingga jam 8 malam sebab menunggu pertunjukan laser dan lampu di seberang sungai. Pertunjukan ada setiap malam jam 8 rasanya. Tak berapa nak pasti. Bila sampai je waktu pertunjukan, ramai akan tunggu di tepi sungai dan menikmati pemandangan. Tapi kan, nak cakap, pertunjukan dia biasa-biasa sahaja. Nothing special, but its a nice place to stroll during the evening. 

Gambar campur-campur. Some from my camera, some from Amir's camera. 

 This is what i'm talking about. Along the road ada je nama artis yang famous.

 Avenue of Stars, during the night. 

Hard Rock Cafe and Longest Escalator
Selepas habis tonton laser show, kami bergerak ke Hard Rock Cafe sebab Adila nak beli souvenier untuk abang dia. Selalu pergi Hard Rock Cafe kalau ada orang yang pengumpul tegar barang Hard Rock je. Jadi, drop by kejap je beli t-shirt dan cawan. Oh, lupa, it was saturday nite, jadi, macam chaotic sikit sepanjang jalan ke Hard Rock. 

Seterusnya, teruskan perjalanan melihat escalator yang paling panjang di dunia. Mula-mula, punyalah excited sebab ingat panjang sangat. Rupa-rupanya ia merupakan escalator yang landai dan terputus-putus, jadi memangla panjang jadinya. Hurm. Patah semangat. Malam ni juga, kami cari kedai egg tart yang paling terkenal di HK, tapi bila sampai-sampai sahaja, dah tutup dah. Hurm. Overall, hari pertama kami di HK, tak tercapai expectation yang tinggi melangit. 


Hard Rock Cafe in Hong Kong. 

 Longest Escalator in the world. Panjang la jugak sebenarnya, sebab boleh hubungkan jalan-jalan kat sekitar bandar, 

Hong Kong Disneyland.
Hari kedua, lepas dah berehat untuk hari pertama yang memenatkan, kami mulakan perjalanan dengan pergi ke DisneyLand! Sepatutnya nak pergi Ngong Ping 360 awal pagi, tapi disebabkan hujan lebat, cable car ditutup untuk pagi tu. Oh ya, sepanjang kami berada di sini, hujan setiap hari dengan lebatnya. Jadi, akan lihat kami pakai baju poncho dalam setiap gambar. Huhu.

Jadi, drop by HK Disneyland. Kami semua tak bercadang untuk masuk dalam DisneyLand, sebab masing-masing dah pergi Disneyland Paris, dan bercadang untuk masuk Ocean Park, theme park yang terkenal juga di sini. Dalam perjalanan, akan naik special metro untuk ke sana - penuh dengan hidden mickey. 

Sampai sahaja kat sana, hujan lebat lagi. Hurm. Jadi, jalan semua dengan poncho yang sama. Nak cari kedai souvenier sangat jauh, dekat Disney Resort. Berjalanlah dengan jayanya dalam hujan lebat. Basah kasut semua. Nama pun budget traveller. Tapi takpe, nama pun pengalaman kan! Bila lagi nak mandi hujan waktu travel. 

Untuk sesiapa yang bercadang untuk beli souvenier HK Disneyland, tanpa masuk ke Disneyland, beli kat airport pun takpe sebenarnya. Harga sama sahaja, mungkin kurang sedikit pilihan, tapi kebanyakannya masih dijual. Tapi ingat, kedai kat airport buka office hour sahaja. Tak perlu pegi jauh-jauh ke Disneyland pun oke. 
^_^

Dalam metro. Next stop: Disneyland.

Berdiri tengah-tengah pintu masuk, buka tripod, ambil gambar waktu hujan lebat.
Like a boss.

Sempat beli souvenier. I badly need a cap rite now to survive the rain. 

Ngong Ping 360
Lepas Disneyland, kami pun cuba nasib pergi ke Ngong Ping walaupun dikhabarkan tutup. Tapi, alhamdulillah, rezeki kami ada untuk naik cable car ni. Bersyukur sangat, sebab jadual travel kami amat ketat, maksudnya, kalau tak sempat naik hari ni, memang takkan naik sebab banyak aktiviti lain. 

Ngong Ping merupakan cultural village di Hong Kong dan cara untuk pergi ke sana adalah dengan menaiki cable car. Ada dua pilihan cable car - crystal atau biasa. Kalau crystal - tapak cable car adalah kaca yang tebal. Boleh nampak bawah dengan jelas! Tak sesuai untuk orang yang gayat. Kami pun bercadang untuk pergi dengan crystal cable car dan balik dengan cable car biasa. 

Worth it sangat! Pemandangan yang cantik, dapat lihat hutan, sungai, air terjun di tapak kaki dengan jelas. My advice - cuba naik crystal oke. Kalau budget banyak, naik pergi-balik crsytal. Kalau kat Malaysia, rasanya sekarang dah ada crystal cable car dekat Langkawi. Baru ada tahun lepas. Boleh cuba juga yang tu. 

Sebelum naik cable car yang tinggi tu. Waiting for crystal cable car. 

Kami berlima. Kalau tengok kat bawah, nampak warna hijau. Ada view laut bawah tu. 

Pemandangan naik cable car celah-celah gunung. Penuh kabus sebab lepas hujan.

Sampai je dekat puncak gunung, hujan masih lebat. Sejuk, basah, semua ada. Tu la, semalam komplen panas je, hari ni dan seterusnya dapat hujan. Dekat sini banyak jual souvenier yang memang pure hongkong. Tradisional. Dan dapat lihat permandangan yang cantik. Jauh dan besar juga perjalanan atas gunung ni. 

On top, ada patung Buddha yang sangat besar sambil duduk. Dengan licin dan hujan, mula-mula bercadang tak nak naik tangga yang tersangat tinggi. Tak terkira berapa anak tangga. Tapi, disebabkan ada orang yang semangat nak naik, alang-alang dah sampai kan, kami pun berusaha naik sama-sama. Macam naik tangga Batu Caves tau. 

Nampak patung buddha kecik belakang tu? Kena mendaki sampai sana!

And we did it! Tapi sebab kabus sangat, tak nampak dah top of the statue. 

Bila sampai atas je, tercungap-cungap semua. Penat to da max! Kena extra careful sebab licin hujan kan. Tangga pula berlumut. Duduk atas beberapa minit, rehat kejap lepas tu pusing dekat situ. More to historical and religious stuff dekat atas sana. Pemandangan - tak nampak sangat sebab penuh kabus. Dalam diameter 3 meter je dapat lihat. 

Makan mee dengan cuttle fish ball panas-panas waktu hujan memang best!

Dah penat dan lapar lepas tu, terus cari kedai sesuai yang boleh makan, dan makan. Omnomnom. Makan mee dengan cuttle fish ball or fish ball. Dapat panaskan badan kejap sebelum turun gunung naik cable car. Overall, untuk hari kedua - HK banyak tempat menarik untuk dilawat. Tempat Tourist attractions memang cantik dan berbaloi untuk pergi. Untuk hari ketiga dan keempat - Tunggu next post okay!

That's all for now
Thank you for readin'
^_^

Nota hari ini: Fuh, berjaya juga update tentang travel. Paling susah nak update post travel sebab banyak sangat nak cerita. Berhari-hari dalam draft. Enjoy reading! Akan update sambungan Hong Kong Trip dalam masa terdekat, insyaAllah.

6 comments:

  1. Seronoknya jalan-jalan macam ni. Boleh tengok negara orang kan.

    ReplyDelete
  2. best jugak transit lama ni :D kite selalu transit kat dubai, tapi tak pernah keluar. T_T sbb asal sampai situ je, mesti malam.

    ReplyDelete
  3. Macam mana ya boleh transit berhari-hari ni? Teringin juga nak buat tapi takut harga ticket jadi mahal.

    Escalator tu, yang pernah tunjuk dalam Running Man tu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Ticket akan mahal sikit dari biasa. Tapi takpe lah, dah nak final year dah.

      Escalator tu. Errr. Hajar tak tengok Running Man. Wuwu~

      Delete
  4. Hajar.... Amir tuh amir hamzah hamzaid ker? kawan sekolah kite lah....keciknya dunia!!! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Amir hamzah. La ye ke. Aah. Kecik sangat dunia!

      Delete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^