Sunday, 25 January 2015

Travelogue: Hong Kong (Part 2)

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Entri ini merupakan sambungan kepada entri Part I - Travelogue Hong Kong. Dekat situ dah cerita banyak sangat tentang perjalanan kat Hong Kong hari pertama dan kedua. Sebelum masuk hari ketiga, kita sambung hari kedua sikit lagi. Tempat seterusnya...

Mong Kok Shopping Street
Tempat beli souvenier! Bahagian beli buah tangan ni, cepat je sampai. Memang penuh sangat tempat ni, sepanjang hari mungkin. Barang jual tersangat mahal kalau tak pandai nak tawar-menawar. Tapi kalau tawar-menawar, boleh dapat harga murah sangat. 

Rasanya, antara semua negara yang penah pergi berjalan, dekat Hong Kong dapat beli t-shirt paling murah. RM50 dapat 8 t-shirt. Ape lagi, borong untuk semua ahli keluarga. Tempat ni memang terbuka, macam pasar malam. Jual barang-barang merepek pun ada, macam style uptown Damansara.

Mong Kok Street. Sebelum beli souvenier. Baru balik dari Ngong Ping 360.

The Peak Tram
Lepas je balik beli buah tangan dekat Mong Kok, balik hostel untuk rehat. Kaki penat sangat. Dan dah tak hujan! Jadi, boleh jalan dengan jayanya. Malam tu, nak jugak pegi naik Tram terkenal dekat HK ni. Ikut otak, badan ni dah penat sangat. Tapi, ikut hati, nak pergi sangat. Bila lagi nak sampai kan. 

Jadi, pergilah kami berempat, tanpa Faaez. Penat sangat kot. Totally worth it! Memang semua orang perlu pergi. Tram ni naik condong dalam 45 darjah. Nampak bangunan semua senget to da max. Terkejut jugak sebab tak expect condong sangat. Pastu, orang lain yang buat research tempat ni, memang pergi ikut je. 

Sebelum naik. Excited tapi tak berapa nak larat sebab kena daki bukit nak sampai sini. 

Nice kan. Ada tarikh dan masa kami di sini. Baru lepas lihat view.

Pemandangan waktu malam, dengan lampu-lampu bandar HK, memang cantik sangat. Nasihat saya, kalau pergi dah lewat malam, ambil tiket naik tram pergi sahaja, balik naik bus dari atas. Kalau nak balik naik tram, akan ramai dan panjang sangat line beratur sebab semua orang nak turun kan. Kami pun ikut cadangan kawan kami, naik bus.

Sampai di atas, dapat lihat pemandangan cantik sangat. Kalau ada budget lebih, boleh tengok pemandangan dari tempat istimewa. Kami cuma lihat dari tepi bangunan je. A beautiful View of HK in the middle of the night. 

Me and Insyirah. Tram tengah 45 darjah!

 View dari atas. Susah sangat Amir nak ambil gambar sebab gelap. Thanx Mir!

Ocean Park, Hong Kong
Hari ketiga. Kat sini tak nak cerita banyak sangat. Kita cerita berdasarkan gambar oke. Ocean Park ni sangat cantik! Sebab ia adalah gabungan taman tema yang ada roller coaster, solero shot, semua thrill ride, dan binatang-binatang comel! Dari obor-obor yang warna warni pelbagai bentuk hingga ke ikan pari besar orang. Jatuh cinta. 

Lagi. Ocean park terletak di lereng bukit dan tepi pantai. View waktu naik roller coaster, ride, and cable car, memang superb! Cantik sangat, Subhanallah. Tengah-tengah ada satu Grand Aquarium. Memang sangat besar. Besar dari Aquaria kat KLCC. Ikan semua ada. Jatuh cinta lagi.

Oh ya, hujan jugak! Tengok belakang tu orang pakai payung. Ni dapat tempat teduh, ambil gambar jap. 

Ride pertama! Best, tapi tak rasa sangat. Idea kami: Dah basah kena hujan, keringkan badan dengan naik ni. Haha. Tak berkesan.

Ride kedua. Amir dan Faaez. Idea kami: Dah alang-alang basah, jom basahkan diri lagi. Ni idea bernas jugak la dari sebelum ni.

Tu, solero shot! Naik 3 kali sampai puas sebab tak ramai orang pun. Tunggu tak sampai 5 minit pun. Serius. Jadi, tak nak lepas peluang langsung. 
p/s: Ni pemandangan atas fairy's wheels. 

Tengok track roller coaster. Sebelah sana dah laut. Cantik kan.

 Cuba kira berapa dolphins yang tengah melompat?
Dalam Ocean Park pun ada show. Jadi kena bahagi masa betul-betul nak main, tengok show, tengok binatang. 

 Sekarang kira berapa ramai orang pulak. haha. 

Panda pun ada! Tengah makan daun bamboo.

 Me and Adila. 

Now, its me and the smiling big stingray. Ikan pari. Besar kan!

Dalam Grand Aquarium. Fishes are everywhere!

Jadi, itulah sedikit sebanyak perkongsian tentang trip kami ke Hong Kong. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk melancong ke sana. Hari terakhir kami, sebelum ke Airport, bergegas dalam hujan untuk pergi ke sebuah masjid di sana. Nak cuba jugak makan dimsum kat Hong Kong. Memang made by chinese muslims. Kami jadi pelanggan pertama sebab awal sangat pergi. 

Sedap! Pertama kali cuba makan makanan ni. Lepas tu, redah semula hujan dan balik hostel untuk ambil beg 30kg plus 10kg handluggage. Dan pulang ke Malaysia untuk cuti semester tahun lepas!

Semua sedap! Dimsum, dan tak tahu nama yang lain. Yang penting, semua halal.

That's all for now
Thank you for reading
^_^

Nota hari ni: Alhamdulillah, cuti semester musim sejuk dah bermula! Akan ke Manchester, Andalusia  dan Edinburgh insyaAllah jika tiada aral melintang. Pack barang jom! Doakan semua berjalan lancar.

7 comments:

  1. Seriuosly ikan pari tuh senyum?? comelnye!! :D selamat berjalan2 :D

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat jenjalan tgk negara org hajar..hhehee

    ReplyDelete
  3. Seronoknya berjalan-jalan tengok tempat orang. Mesti banyak pengalaman kan.

    ReplyDelete
  4. Seronok je baca :D

    Selamat berjalan-jalan ^_^

    ReplyDelete
  5. Looking forward to read your next adventure.
    The pic with the stingray is very unusual. Unique.

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^